Adam – Khalifah (manusia) pertama di muka bumi

19 06 2011

Assalamualaikum.. Aku tertarik untuk menghurai sedikit sebanyak mengenai sejarah manusia, yg bermula pada moyang kita, Adam A.S. dan percanggahannya dengan teori  Darwin.

Penemuan fosil yg berusia 4.4 juta tahun di Eutophia <rujuk di sini> yg didakwa manusia kerana bipedal (berkaki dua) adalah moyang kepada chimpanzi yg kita lihat pada hari ini. Inilah kekeliruan sarjana barat yg dikepalai Charles Darwin tentang asal usul manusia dari makhluk primitif yg mempunyai IQ setaraf keluarga monyet. Meskipun rangkanya seperti manusia, dan makhluk primitif ini pandai menggunakan alatan untuk berburu, melukis di dinding gua, namun mereka tidak diajar / dikurniakan Allah ilmu  mentadbir dan mengurus sumber di muka bumi. Seperti dalam Al-Quran;

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu sesuatu (makhluk) yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang tidak kamu ketahui”.

Dan Dia ajarkan pada Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para malaikat seraya berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”.

Mereka (malaikat) menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Tidak ada yg kami ketahui selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”.

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

(Al-Baqarah: 30-34)

Makhluk primitif seakan manusia ini tidak boleh disamakan dengan manusia yg dilantik Allah sebagai khalifah di muka bumi, iaitu Adam A.S. dan generasi manusia selepasnya. Sememangnya wujud makhluk primitif “seakan manusia” yg  sebelum Adam, yg hidup sezaman dengan dinosour yg telah  wujud 250 juta tahun dahulu. <rujuk di sini> Namun makhluk primitif inilah yg membawa kehancuran dunia dengan kepupusan spesis dinosour melalui pemburuan melampau, penularan wabak penyakit dan pembakaran habitat yg mengganggu ekosistem di muka bumi.

Jadi bagaimanakah Adam diciptakan?

Bila Adam diciptakan, Maha Suci Allah yg mengetahui. Cuma ketika Adam A.S. ingin diciptakan Allah sebagai khalifah, malaikat juga mempersoalkan penciptaan Adam seperti dalam surah Al-Baqarah ayat 30-34. Melalui pengkajian Al-Tabari, seorang ahli sejarahwan Islam, Allah memerintahkan malaikat Jibril, Mikail dan Izrail untuk mengambil tanah dari bumi dan Izrail berjaya berunding dengan bumi untuk membenarkan sebilangan tanah lembut dan keras dari pelbagai tempat dan pelbagai warna (putih, kuning, hitam, coklat dan merah) <rujuk di sini> demikianlah manusia mempunyai pelbagai warna kulit yg berasal dari Adam. Tanah ini dibawa ke syurga dan dijadikan tanah liat dgn air syurga dan pelbagai sifat dan diciptakan Allah manusia bernama Adam A.S dengan sebaik2 ciptaan.

Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah memulai penciptaan (makhluk), kemudian Dia mengulanginya (kembali). Sungguh, yg demikian itu mudah bagi Allah.

Katakanlah, “Berjalanlah di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan makhluk, kemudian Allah menjadikan kejadian yg akhir. Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

(Al-Ankabut: 19-20)

Ayat di atas menunjukkan proses penciptaan makhluk sehingga ke kejadian yg akhir. Pelbagai teori tentang kepupusan dinosour berjuta tahun dahulu. Tidak mungkin ada makhluk ketika itu yg terselamat dari malapetaka tersebut, paling tidak pun mati kerana tiada makanan. Selepas malapetaka tersebut, Allah mencipta semula makhluk2 di muka bumi ini  kepada kejadian makhluk seperti yg kita lihat kini. Justeru itu makhluk primitif seakan manusia itu tidak boleh disamakan dengan Adam A.S yg diciptakan sebaik2 kejadian. -Tafsiran ayat di atas mungkin mempunyai maksud  lain. Saya serahkan pada ahli mufasir yg lebih arif memberikan pendapat dan hujah.

Jika tarikh Nabi Adam A.S dicampak ke muka bumi dikira sebagai permulaan kalendar Tahun Adam, apakah perbezaan tempoh masa jika dibanding dengan Tahun Masihi (Kalendar Gregori)?

Pada dasarnya, Kalendar Adam adalah setara dengan Kalendar Gregorian (Masihi) tetapi dengan offset pada permulaan. Tahun masihi diukur bermula daripada kelahiran Nabi Isa A.S. dan tahun-tahun sebelumnya disebut sebagai sebelum masihi (S.M). Kalendar Tahun Adam pula diukur bermula daripada hari peristiwa Nabi Adam A.S diturunkan ke muka bumi. Idea kalendar Adam ini telah dicetuskan oleh En. Mohd Fadhil Hassan bertujuan untuk memudahkan pengiraan detik-detik peristiwa sejarah terutama sekali yang berlaku dalam tahun-tahun sebelum masihi. Kalendar ini pernah diketengahkan dalam majalah Mastika, Januari 2006.

Kalendar Adam dihasilkan melalui pengamatan dan kajian Fadhil selama 10 tahun. Walaupun begitu, beliau menyatakan bahawa kalendar tersebut masih terbuka kepada pembetulan dan kajian yang lebih mendalam. Beberapa penemuan fakta penting yang beliau dapati ialah:

1. Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa dikurniakan dengan ramai anak. Setetengah pendapat menyatakan ramainya adalah 120 orang, manakala ada juga yang berpendapat 80 orang. Manusia sempurna inilah yang telah mencetuskan ketamadunan manusia.
2. Nabi Ibrahim A.S. berpindah ke Mesir pada 1900 S.M. ketika berumur 40 tahun. Ini bermakna Nabi Ibrahim lahir pada tahun 1940 S.M.
3. Selang masa di antara Nabi Nuh dengan Nabi Ibrahim ialah 2140 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh wafat pada tahun 4080 S.M.
4. Nabi Nuh dikatakan mempunyai umur yang panjang iaitu 950 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh Lahir pada tahun 5030 S.M.
5. Selang masa antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh adalah 2000 tahun. Ertinya Nabi Adam wafat pada 7030 S.M.
6. Nabi Adam mempunyai umur yang paling panjang, iaitu 1000 tahun. Maka Nabi adam di turunkan ke dunia pada tahun 8030 S.M. Pada detik ini juga bermulanya Kalendar Adam.

Daripada fakta-fakta di atas maka dapatlah disimpulkan bahawa sekarang (tahun 2011) adalah bersamaan dengan 10041 Tahun Adam (T.A).

WAllahua’lam bissawab.

<Sumber tambahan>


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: