Prolog

23 04 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Idea nama pondok biru ni asalnya simple saja. Asal dari nama tempat tinggal aku kat Malaysia, dengan warna biru, warna kegemaran aku. Ni bukan blog aku yang pertama tetapi mungkin yang terakhir. Hasil fikiran dan idea aku selama ni selalu aku luahkan dalam blog, dan kadang2 pada teman2 rapat aku, tetapi tulisan2 aku dlm blog lama tu kebanyakannya untuk simpanan sendiri dan aku rasakan idea yg masih belum matang lg utk aku kongsikan dgn sesiapa

Aku amat mengagumi tokoh2 besar negara spt Dr. Mahathir, Mahatma Gandhi, Soekarno, yg paling dikagumi baginda Rasulullah s.a.w. dan tokoh lain2, di mana mereka2 ini mempunyai daya pemikiran yg hebat dan mampu mempengaruhi pemikiran orang lain. Mereka ini yg mempunyai “kunci” kepada hati2 manusia dan pada yg sama berusaha mencari kunci yg dapat membuka minda2 manusia. Adakah ianya suatu bakat kurniaan tuhan? Jikalau mereka memperolehinya daripada hasil usaha mereka memanfaatkan akal pemberian tuhan sebaiknya, maka aku mahu jadi seperti mereka.

Mm.. tak guna berceloteh panjang, dalam blog ni aku cuma nak berkongsi sedikit sebanyak perjalanan hidup aku seharian di bumi Jepun ni. Peluang meraih pengalaman di sini sambil melihat Malaysia dari luar kotak. So aku harap dapatlah kita share sama2 “permata” yg kita temui dalam kembara hidup kita. Perjalanan hidup kita semua tak sama, jadi aku harap la kita dapat sama2 kongsi dalam blog ni. sekian, yoroshiku onegaishimas (sila beri tunjuk ajar)
Assalamualaikum.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: