10 sebab kenapa aku sukakan Erika

24 04 2008

Hahah, tajuk post aku yg sangat random hari ini. 10 sebab tu mcm banyak, but i’ll try..
Bagi sesapa yg tak tau sapa itu Erika, Erika adalah suatu watak dlm “Dunia Baru” the series and the movie. Ramai yg beranggapan Erika yg aku maksudkan tu ialah empunya diri, Baizura Kahar, tapi pada aku Erika tu watak gadis idaman yg maya saja. Maybe the real Baizura Kahar is not exactly same as my ideal girl Erika.

Berikut adalah sebab2nya.

1) Rupa.
Mungkin Erika taklah secantik gadis2 lain di luar sana. Tapi watpe nak paras rupa yg sangat sempurna, cukupla sekadar sedap mata memandang. ( To Erika, awak memang cantik. Lapang dada saya tgk awak, sambil sengih sorg2)

2)Senyuman.
Tak ramai org yg dapat senyum secantik Erika. Seluruh muka dia berseri bila dia senyum. Ada perempuan yg x mahu senyum lebih2 di hadapan lelaki sbb tak mau dicop sebagai gedik. Tetapi istilah gedik tu pada aku hanya muncul apabila senyuman tu tlebih2 ataupun dibuat2. Senyumlah dengan ikhlas dan limitkan ia dengan perasaan malu. Senyuman anda akan jadi senyuman termanis di dalam dunia.

3)Body language.
Hmm.. tak ramai org yg memiliki kelebihan ini. Aku berpendapat tak perlulah seseorg itu asik berceloteh non-stop supaya org dpt memahami apa yg dia rasakan. Akhirnya, org yg mendengar tu akan rasa sakit telinga. Perasaan marah, suka, sedih, merajuk dsbnya, semuanya dpt disampaikan dgn raut muka dan body language yg sopan.

4)Stail rambut.
Rambut yg lurus dan kemas. X kusut kepala bila tengok. Aku suka sume stail rambut dia dlm Dunia Baru. Satu pendapat peribadi aku, mereka yg berambut pendek dan memakai pin (xpki pin pn xpe) akan menampakkan anda kelihatan lebih muda. Mereka yg berambut pjg dan diikat akan kelihatan sederhana, dan yg berambut panjang dan dilepaskan akan kelihatan sedikit dewasa dan matang.

5)Berbaju kurung.
Erika adalah antara gadis melayu yg gemar berbaju kurung. Look simple, sopan but “sexy” dan penuh dengan ciri2 ketimuran. Aku da x heran da org yg sibuk dedah sana dedah sini ni.. Baju kurung laagi seksi :p

6) Tutur kata.
Tutur kata yg jelas maksudnya dan tidak menggunakan nada suara yg tinggi akan lebih menarik, lebih2 lagi jika susunan dan pilihan kata2 yg betul dan perfect intonasinya akan menghasilkan komunikasi yg lebih menarik sehingga membuatkan hati si pendengarnya akan terbuka luas, menerima segala yg terbaik dari diri anda.

7)Peramah yg tidak “terlalu peramah”.
Sukar utk menemui org kita yg berani membuka mulut utk memulakan bicara. Mungkin itu sifat semulajadi kita yg sukar utk “break the ice”, but mereka2 yg mampu membuka bicara dan bersedia dgn light-hearted jokes ni memang mengkagumkan aku. Bersikap pemalu yg bertempat dan tidaklah sehingga tidak tahu malu.

8)Tidak plastik.
Kalau mood malas tunjukkan malas dan mood suka tunjukkanlah suka. Bagaimanapun kita menyorokkan diri kita yg sebenar, lama kelamaan akan diketahui juga. Mata dan hati seseorg yg tajam akan cepat menyedarinya. Keikhlasan dlm menunjukkan diri kita itu akan membuatkan org lain jadi lebih suka pada diri kita.

9)Tinggi dan kurus.
Hmm.. lelaki pun ada yg mengagumi perempuan yg tinggi, asalkan tingginya x melebihi dirinya. Secara emosinya seseorg lelaki lebih selesa kalo org lain melihat mereka tidak seperti bapak yg bersama anak perempuannya. Dan soal gemuk atau kurus, ianya menggambarkan aktiviti harian, tabiat dan pemakanan seseorg. Kalau kurus sgt mmg nampak kasihan, dan kalo gemuk sangat akan mengundang penyakit especially bila da tua2 nnt.. sama2 la kita jaga kesihatan.

10)Berfikiran terbuka dan positif.
Part ni paling susah aku nak huraikan, tetapi ciri2 tu memang ada pada Erika. Tuhan telah ciptakan akal lelaki lebih panjang drpd perempuan, jadi cubalah menerima fikiran org lain dgn lebih terbuka dan sentiasa lah berfikiran positif, mcm Erika.

1 je part yg aku harapkan pada Erika, alangkah manisnya kalo kamu bertudung.

(note: suka dan cinta tu 2 istilah yg berbeza. jgn kita campur baurkan maksudnya.)


Actions

Information

2 responses

2 08 2008
nabihah

ko tau mase ak bace nih, ak sengih jer memnjg,sengih sorg2,ntah aku pun tak nape,huahua…

5 08 2008
Beskal Emas Tua

huahua.. mungkin kau dah tahu siapa dia Erika yg kau cari2🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: