Kerja Sambilan

25 04 2008
“Impianku lambai di awan
Impianku tergantung di langit
Impianku membasah bumi
Impianku ***** (x clear apa liriknya)
Itulah impianku
Berdiri megah di puncak dunia”

hmm.. permulaan post hari ini dengan sekerat lagu yg dipetik dari filem “CUCI”. Filem yg menceritakan kisah adik beradik angkat menjadi tukang cuci di bandaraya Kuala Lumpur. Aku sebagai seorang rakyat Malaysia berasa bangga melihat Fairil(lakonan Afdlin Shauki) yg memasang impian di samping kerjanya yg dianggap low-class pada pandangan org Malaysia. Begitu juga dipaparkan watak C-Tan (AC Mizal) yg berfikiran negatif di samping wataknya yg kelakar, seperti adik beradik yg lain. Secara keseluruhannya filem ini berunsur komedi yg membawa mesej2 yg bermotivasi. Aku bagi 5 thumbs up!

Sekarang aku bekerja sebagai seorang “tukang cuci” di Hotel Okura, Kobe. Salah satu hotel 5 bintang yg terkenal di Jepun. Ada yg memanggil profession ini “house keeping”, dan juga “maid”, seperti dalam movie “Maid in Manhattan”. Lebih kurang macam tu je environment tempat kerja aku skrg, jauh lebih menarik dari kerja translator di kilang Daihatsu. mmm.. kaitannya topik post ini dgn lirik lagu “Impianku” di atas itu tadi ialah, berasa banggalah dengan apa pun kerja yg kita lakukan, asalkan ianya halal. Walaupun kalau aku hanya bekerja sebagai buruh kasar, aku rasa aku pasti akan berbangga jika aku jadi salah seorang daripada buruh kasar yg membina KL Twin Tower.

Aku akan berasa puas setelah hasil kerja aku memuaskan hati pihak hotel dan penginap bilik tersebut. Kat bawah ni aku nak listkan 10 perkara lain yg membuatkan aku suka dgn kerja aku
sekarang:

  1. Diberikan tanggungjawab utk mengemaskan beberapa bilik dan tugas kita adalah menyiapkan tugasan yg diberi dalam tempoh yg diberikan. Tiada mandur yg dok cekak pinggang perhatikan kita bekerja sambil marah2.
  2. Berjumpa dengan bangsa2 lain selain org Jepun. Suasana yg mungkin sama/xbegitu sama dengan tempat kerja yg lain. Tapi mereka2 di sini lebih bersikap terbuka, peramah. Dapat berkongsi banyak cerita2 ringan dan berat. Nanti aku cerita dalam post yg lain.
  3. Makcik2 obasan(makcik2 tua) yg kelakar. Sebab gaijin(foreigner) keje sini dan bcakap dalam english, dan mereka tak mau ketinggalan bercakap dalam english. Contohnya kalau nak sebut “thank you very much” mereka suka sebut, ” sankyu beri beri maccho!!!”.
  4. Kerja yg hampir sama mcm kemas rumah. Jangan xpercaya, kerja camni peluh dia banyak mcm main badminton ooo. Lepas kerja kt sini aku da mula rasa rumah aku kotor dan byk yg perlu dibersihkan. huhuhu.
  5. Merasa dok hotel mewah 5 bintang hari2. Masih mempunyai perasaan seperti tetamu walaupun hanya bertugas membersihkan bilik berkenaan.
  6. Dapat melihat bandar Kobe dari tingkap bangunan 36 tingkat. Aku mmg tak dapat nafikan keindahan bandar Kobe jika dilihat dari atas. Rasa tenang dapat tgk laut luas terbentang dgn kapal2 mewah dari tingkap bilik sebelah selatan, menara kobe di sebelah barat dan dapat lihat banjaran bukit Kobe yg hijau di sebelah utara. Sangat menenangkan fikiran.
  7. Penat? Masuk bilik je teruslah bukak air cond yg plg sejuk dan angin plg kuat!!! Jangan terjun atas katil pastu tidur sampai berdengkur sudah. Ingat hotel ni free2 je ke. hehe.
  8. Sambil2 mengemas tu on la sistem audio bilik tu. Best btol dpt dgr muzik instrumental sambil bekerja hari2.
  9. Masa kerja yg pendek dan gaji yg ma-ma-(boleh tahan). Kerja 10 pagi – 3@4 petang. Bayaran upah dalam 820 yen (RM25) sejam. Kos pengangkutan ditanggung oleh pihak hotel.
  10. Pada peminat paper bag lawa2, majalah2 free, kosmetik free, etc, anda boleh mendapatkannya di sini!! Arini aku dpt bwk balik 3 roll filem kamera yg belum pakai. Ada sesapa mau?

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: