Definisi Melayu

30 04 2008

(amaran: post kali ini mungkin sgt sensitif pada sesetengah pihak. better you skip this one or I’ll say minta maaf in advance)

Mungkin ada lah nanti sesiapa yg melawati blog ini akan melabelkan aku racist. Sejujurnya, aku bukan racist. Walaupun asyik2 Melayu, asyik2 Melayu yg akan sering aku katakan, aku cuma nak menyampaikan mesej kepada 60% daripada seluruh penduduk Malaysia. Sebab aku orang Melayu, yg nak berpesan pada Melayu yg lain. Terutama kepada Melayu yg sudah lupa. Kalau ada sebut pasal bangsa lain pun, aku tidak menunding jari pada semua. Hanya sebahagian yg rasa dirinya ditujukan sahaja. Kata2 aku hanyalah pendapat peribadi aku, bukan berniat untuk mempengaruhi pemikiran anda semua.

-klik untuk entri penuh-

“Bahasa menunjukkan bangsa”.. tapi pernahkah anda mendengar pepatah “agama menunjukkan bangsa”? Mungkin kalau aku sebut pepatah itu, itulah kali pertama pepatah itu aku dengar di telinga aku. Aku berpendapat kita selama ini membuat kesilapan besar mencampur adukkan agama dgn bangsa.

Kalau bangsa Amerika, mereka akan bercakap American English. Waima bangsa British sendiri pun bercakap English mereka sendiri. Negara kita… cakap bahasa apa ek? Kalau 1 orang Melayu tu cakap omputih, dia tu omputih ke? Macam sekarang ni aku cakap bahasa Jepun, aku orang Jepun ke? Huhuhu..

Walaupun orang2 Melayu ingin mengatakan Malaysia punya bahasa, iaitu bahasa Melayu. Tapi bagaimana pula dengan orang2 Cina, India, Bidayuh, Kadazan, Jakun, Negrito dan lain2? Negara kita punya masalah di situ..

Di sini aku nak terangkan definisi sebuah bangsa. Bangsa itu ialah sekelompok manusia yg hidup bersama di suatu kawasan, yg mengamalkan budaya hidup yg sama, makanan yg sama dan mempunyai bahasa pengantar yg sama. Jika di Malaysia kita lihat, selain makanan/minuman yg berkaitan dengan agama, kita semua makan benda yg sama. Tido di rumah yg sama bumbung flatnya atau taman perumahan, mandi dengan air yg sama, beli baju dan shopping di kedai yg sama dan bekerja pun di tempat yg sama, sama2 menggembeling tenaga membangunkan Malaysia. Jadi kenapa kita nak membeza2kan warna kulit kita? Di Amerika aku tengok tak berlaku pun? Hmm.. aku melihat org Malaysia masih belum terbuka fikiran kita mengenai masalah ini. Faktor warna kulit mungkin sgt menebal di Singapura, tetapi kenapa tempiasnya kena sampai ke Malaysia?

Orang Melayu sendiri ada pelbagai keturunan.. ada yg berketurunan Jawa, Bugis, Siam, Sabah, Sarawak, Minangkabau, dll. Tetapi mereka diklasifikasikan orang Melayu kerana faktor genetik yg sama (warna kulit mereka yg sama) dan mempunyai kepercayaan agama yg sama. Orang Jawa datang ke Tanah Melayu terima dirinya sebagai orang Melayu dan berbahasa Melayu. Jadi apa bezanya orang Cina dan orang India? Cuba kita jawab sendiri.

Inilah yg berlaku apabila kita mencampur adukkan bangsa dan agama. Di Jepun contohnya, orang Jepun ada je yg beragama Buddha, Shinto, Kristian dan Islam, dan ada yg tiada agama. Tetapi semuanya dinamakan bangsa Jepun kerana mereka dilahirkan dan membesar di Jepun.
Tak pernah pula berlaku kes seorang yg berbangsa Jepun hilang hak yg layak dimilikinya setelah dia menukar agamanya dari Shinto ke agama lain?

Perkara yg aku ingin sampaikan di sini ialah, Melayu itu adalah suatu bangsa di nusantara yg mengamalkan suatu budaya dan mempunyai suatu bahasa. Tiada kaitannya dengan agama. Kerana aku sebagai orang Islam sendiri berasa malu pada orang Melayu yg mengaku dia Islam tapi dia x semayang, tidak puasa, tidak jaga halal haram dan minum arak. Bila bab makan babi, pegang anjing, tau geli pulak.. Melayu=Islam?? Tolongglah!!!

Pada pendapat aku tiada salahnya jika kita orang Melayu sama2 belajar bahasa Cina dan India di samping bahasa Melayu. Dan org2 Cina dan India juga meringankan mulut bercakap bahasa Melayu. Bahasa menunjukkan bangsa, right? Jika berbahasa Inggeris sbg bahasa kedua tiada silapnya. Tetapi nak menjadikannya bahasa utama.. aku x rasa kita ni ada rupa orang putih pun.. Aku percaya kalau semua penduduk di Malaysia bersikap terbuka dan mahir berbahasa, bahasa itu sendiri akan berasimilasi sendiri menjadi satu bahasa. Asal2nya pun bahasa Melayu berasal daripada bahasa negara2 lain pun.. cuma ada lah beberapa (3 kot) yg asal2nya memang bahasa Melayu. Sama2lah kita menikmati suatu bahasa Melayu baru hasil asimilasi bahasa seluruh masyarakat pelbagai keturunan di Malaysia. Sedangkan bahasa Jepun yg 1 warna kulit ni je pun bahasa mereka semakin berubah2 sampai mungkin 1 tahap buku untuk belajar bahasa Jepun terpaksa dirombak semula, inikan pula negara Malaysia. Come on, terima perubahan positif dengan terbuka. Kalau perut kita boleh berasimilasi pelbagai resepi daripada pelbagai kaum(dan keturunan) di Malaysia, kenapa bahasa tidak?

“Bahasa menunjukkan bangsa”

Pada aku, cukup2lah trend yg telah dibawa oleh mak ayah kita. Mencampur adukkan bangsa dengan agama. Ramai yg Islam hanya pada nama, tapi amalan dan ajaran yg tertulis dalam al-Quran diabaikannya. Melayu tak semestinya Islam, dan Islam tak semestinya Melayu. Islam adalah kunci untuk semua umat manusia yg ingin mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Anda percaya pada kewujudan alam Akhirat? Wujudnya nasib untung dan rugi(qada’ dan qadar)? Maka pilihlah Islam, tidak kiralah apapun bangsa anda.

Kehidupan di Jepun inilah yg menyedarkan aku tentang semua ini. Aku tidak menolak kemungkinan akan ada Melayu berketurunan Cina dan Melayu berketurunan India selepas ini.. fenomena yg telah berlaku di Indonesia.. wallahualam. Cuma bab nama tu kalo boleh kekalkanlah.. itulah harta warisan keturunanmu.. nama Islam itu kerana ada maksud yg baik dalam bahasa Arab.. jadi sebagai doa bila dipanggil nama tu. Penyelesaian yg simple kan? -hakikatnya tidaklah sesimple itu.

(addition note: x salah ooo blaja bahasa melayu. once you can speak in malay very well, i’m sure you can speak in other languages easily. bahasa melayu was the lingua franca 700 years ago. Few days before, ada orang Jepun kat tempat keje aku cakap, “kalau saya x tgk muka awak, saya x tau awak ni bukan orang Jepun”-tolong baca bukan dgn nada riak. huhuhu)


Actions

Information

2 responses

2 08 2008
nabihah

iye,ntah ak pun sbnrnyer tak brpe nak setuju gak nape org cina ngan org india ckp english, kengkadang masuk kdai pun rase mcm kat negeri maner ntah, sape lagik kalo nak ckp bahasa melayu ke atau sblm nih org pggl bahase malaysia..sblm nih aku penah nek tren tetibe ak trkejut muke cine tapi ckp indon sesame anak beranak diorg,bkn ak tak besa,tapi ak terkezut agaknyer mase tuh,huahua….

5 08 2008
Beskal Emas Tua

hahaha.. camne plak dia boleh cakap indon? respek btol.i think they are indonesian chinese. ada sorg indonesian chinese keje kt kompeni aku keje yg biasa je cakap melayu dgn org2 melayu. xpnah dengar dia cakap chinese dgn chinese mainland. cakap japanese je. dunno either she can speak in chinese but she doesnt want to, or she cant speak chinese at all.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: