Testimoni untuk Tun Mahathir Mohamad

30 04 2008

Assalamualaikum
Sepanjang hidup aku, hanya 3 orang Melayu yg aku kagumi dan sanjungi. Hang Tuah, Hang Jebat, dan Tun Mahathir Mohamad

Hang Tuah, darah Melayu yg mengalir di badan beliau menjadikan beliau berbangga menjadi anak Melayu. Dengan keris Taming Sari di tangan, beliau pantas mencantas segala ancaman dari luar terhadap negerinya. Beliau yakin dengan kekuatan bangsa Melayu bahawa takkan Melayu hilang di dunia.

Begitu juga dengan Hang Jebat. Panglima lagenda yg berjuang demi bangsanya dan juga negerinya. Beza beliau dengan Hang Tuah, raja yg zalim beliau sanggah. Aku yakin kehebatannya juga setanding dengan Hang Tuah… cuma Taming Sari lebih mengenal mangsanya.

Tun Mahathir Mohamad, seorang panglima yg berjuang untuk bangsanya, selepas berlalunya zaman penjajahan kuasa asing ke atas hasil bumi dan minda anak2 generasi baru Melayu. Lidah beliau setajam Taming Sari yg bisa menusuk dada mangsanya. Seruan beliau bergema membangkit jiwa2 orang Melayu yg kehilangan semangat Melayunya untuk bangun dari tidur mereka, membebaskan belenggu yg mengurung minda anak2 bangsanya. Dan di sini aku ingin katakan, aku bangga dilahirkan pada zaman kegemilangannya.

Tanyalah pada dunia, betapa beraninya Tun Mahathir ini. Pada suatu masa dahulu, pernah hampir setiap hari dipaparkan di dada2 akhbar dunia dan berita di televisyen seluruh dunia tentang suara lantang beliau membidas tindakan kuasa besar dunia, Amerika Syarikat. Korea Selatan, Jepun dan negara2 lain yg tunduk pada US semuanya kagum akan keberanian beliau. Sedangkan pemimpin negara mereka hanya tunduk dan patuh pada Amerika Syarikat. (kisah ini aku dengar sendiri dari mulut2 warga negara tersenarai di atas.). Percaya ataupun tidak, Dr Mahathir lah orangnya yg membuka mata dunia untuk mengenali Malaysia. Tanyalah org2 dewasa yg peka terhadap politik dunia di mana sahaja di muka bumi ini, mereka mengenali Tun Dr Mahathir.

Aku tidak menafikan, tiada manusia yg sempurna di dunia ini selain para Rasul dan Nabi. Berdirinya bangsa Melayu di hadapan mata dunia atas jasa beliau, dan akan datang nanti walaupun jatuhnya juga bangsa Melayu melalui tangan beliau, beliau tetap insan yg aku kagumi. Konteks “kejatuhan Melayu” di sini bukanlah bermakna bangsa Melayu keseluruhannya hancur musnah, tetapi pada orang Melayu yg mindanya masih tidak merdeka dan yg memakan duit rakyat yg bukan hak mereka. Korupsi dan sifat melobi ahli keluarga menjadi pemimpin merosakkan organisasi sesuatu bangsa. Sejarah Kesultanan Melayu Melaka sudahpun menceritakan, dan kita hanya mengulangi kesilapan yg sama sekali lagi. Pada aku tiada apa yg harus dikesalkan akan “kejatuhan Melayu” yg sebegini. Tiada apa yg kita bole lakukan pada yg lupa diri walaupun selalu diingatkan.

Tun Mahathir, perancangan dan tindakanmu selama ini adalah yg sebaiknya yg kau lakukan. Sudah tiba masanya perjuanganmu disandang oleh kami, anak bangsamu. Impianmu untuk melihat bangsa Melayu dan negara Malaysia berdiri megah di persada dunia akan kami kotakan. InsyaAllah.

Terima kasih Tun Dr Mahathir di atas segalanya.


Actions

Information

One response

24 05 2008
Sakura

Aku kagumi Tun Perak hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: