Silat: seni mempertahankan diri yg kian dilupai..

1 05 2008

(artikel ini berdasarkan pengetahuan aku. betul salah wallahualam)
Silat ni seni mempertahankan diri yg bermula di nusantara sejak beratus atau beribu tahun dahulu. Ada yg bersenjata dan ada juga yg tangan kosong. Selalu aku tengok2 crita melayu kat dalam tv, aku tertanya2 lah jugak, kenapa x ramai yg mempertahankan diri dengan silat? Bila ditengok2 balik, silat sekarang pun banyak disebatikan dengan martial arts yg lain..

Aku suatu masa dulu pernah blaja silat. Silat gayong dan silat sendeng. Tapi bukan secara serius. Aku minat nak belajar, cuma lebih banyak effort yg perlu dicurahkan untuk menjadi pengamal silat yg sejati. Mmm.. sekarang ni, aku bukan nak crita pasal aku, aku cuma nak crita pasal silat.

-klik untuk entri penuh-

Perbezaan silat berbanding martial arts yg lain ialah terdapat 2 komponen dalam silat. Fizikal dan kebatinan. Seni mempertahankan diri yg lain hanya melibatkan teknik, kepantasan dan kekuatan fizikal, tidak berkaitan dengan kebatinan(mungkin ada dlm segelintir martial arts yg lain, tapi aku x tau). Tetapi undang2 negara Malaysia seperti tidak begitu membenarkan ilmu kebatinan ini dipelajari. Ini kerana ilmu kebatinan ini berkait rapat dengan benda2 supernatural di samping kemampuannya yg sangat luar biasa. Antaranya ialah keris terbang, pasak bumi (kaki bagai terikat di bumi), pukul seribu, ilmu kebal, memiliki kekuatan melebihi kuasa manusia dan sebagainya. Ilmu ini berkait rapat dengan ilmu putih yg berasal daripada Al-Quran. Di sini aku nak ceritakan serba ringkas mengenasi ilmu kebatinan dalam persilatan. Sedikit sebanyak yg aku pelajari semasa belajar seni silat gayong di sekolah agama dahulu.

PERINGKAT 1: Memiliki baju dan senjata. Pembacaan suatu surah Al-Quran dengan satu nilai yg ditetapkan. Ini adalah untuk menjadi “baju zirah” macam tu. Baju untuk berfungsi sebagai “sarung” kepada pelbagai “senjata” yg ingin dimiliki pengamal silat tersebut. Jika baju ini tidak sempurna, maka bahana nya boleh memakan diri sendiri ataupun persekitarannya. Contoh, jika pengamal silat tersebut mengamalkan ilmu mengawal unsur api (sbg satu senjata) dan bajunya itu “koyak” ataupun “senjata” tidak dimasukkan dengan baik ke dalam “sarung”, maka sekiranya dia berjalan di antara pokok2, makan layulah pokok2 tersebut. Macam ada aura yg bertempias keluar dari badannya. Ada juga ilmu lain yg bukan sejenis senjata, tp menjadi sejenis pelindung. Contohnya suatu bacaan surah Al-Quran yg jika dibaca pada jumlah tertentu, akan membina satu “shield” berbentuk himesfera yg sebesar ibu jari. Dan jika diamalkan berulang kali, maka shield itu akan bergabung dan membesar melindungi diri dan pada tahap tertinggi shield itu mempunyai satu radius yg sgt besar, dan mampu melindungi orang2 lain di sekitarnya. Untuk apa shield2 ni? Tujuannya adalah untuk mematahkan serangan “tuju2” ataupun dlm nama lainnya santau.

PERINGKAT 2: Guru dari alam ghaib. Seorang guru yg biasanya telahpun meninggal dunia akan datang dlm mimpi anda dan menurunkan ilmu yg dimilikinya. Biasanya cenderung mengikut keturunan. Jika moyang anda seorang pengubat@dukun, maka anda akan diturunkan ilmu merawat pelbagai penyakit. Jika seorang pahlawan, maka ilmu berlawan lah yg akan diperturunkan, (dan ada 1 lg profession yg aku dah x ingat dah). Tetapi perlu diawasi bahawa ada kemungkinan “saka” juga akan diperturunkan. Jika harimau putih, maka harimau putihlah. Jika seekor garuda, maka garuda lah ia dan ada juga saka2 lain yg tidak diketahui bentuknya ( x menyerupai apa2 binatang). Saka ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar, hanya org yg memiliki saka dan yg diberi keizinan Allah melihatnya saja dapat melihat.

PERINGKAT 3: Ikatan persaudaraan. Disatukan kau dgn seorang pengamal silat yg lain dengan satu ikatan hati. Boleh pilih siapa partner kita. Once dah memilih, maka akan terikatlah hati mereka. Cuma aku tak pasti diikatkan berdua saja atau boleh lebih daripada dua. Macam Hang Tuah bersaudara. Tujuannya, jika seorang sahabat kita ini dalam kesusahan, detik hati kita akan memberitahu si dia dalam kesusahan. Kita tau di mana dia berada dan dgn ilmu yg dimiliki, kita bole pergi pantas ke tempat tersebut dan menyelamatkan sahabat kita itu. Andaikata kamu hanya seorang, kelak akan tiba masanya kau dikalahkan. Andai hati2 mu bersatu bersama saudaramu, maka musuh pasti sukar menumpaskan. Begitu juga di waktu seorang sahabat menyalahgunakan ilmunya, maka akan terdetiklah di hati yg seorang lagi.

Begitulah sedikit sebanyak gambaran mengenai ilmu persilatan. Menuntut ilmu sebegini mempunyai syaratnya, seperti tidak boleh meninggalkan solat 5 waktu, tidak memakan benda yg haram, benda itu, ini dan sebagainya. Mereka yg menyalah gunakan ilmu ataupun melanggar larangan2 itu akan kehilangan ilmu yg dipelajarinya itu, ataupun boleh kena “isim” atau dalam kata lainnya menjadi gila. Berat ilmu2 sebegini. Cuba kalau ilmu2 sebegini ingin dipraktikkan lagi di zaman sekarang ini, boleh mendatangkan mudarat pada pengamalnya. Sukar kita nak jaga solat kita, menjaga amalan kita, dan memberi tumpuan masa mengamalnya. Susah juga kalau ilmu2 sebegini digunakan untuk kepentingan diri sendiri. Apapun, aku tak menafikan masih ramai lagi org Melayu dan sahabat2 aku mengamalkannya.

Hikmahnya belajar ilmu2 sebegini, ilmu ini mendidik kita untuk berusaha mendapatkan ilmu walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga. Mengajar supaya jika hendak menuntut ilmu, tuntutlah terus dari tok gurunya, bukan dari buku2. Dan ingin menunjukkan betapa besarnya kuasa seseorg itu setelah bergabung tenaga dengan yg lain. Peliharalah ikatan persaudaraan pada mereka yg menjadi saudara kita.

Akhir sekali, cuba kita sama2 fikirkan akan seni silat kita yg hampir luput ditelan dek zaman ini.. Ramai yg tidak sudi untuk mempelajari ilmu ini. Ilmu yg mampu mendisiplinkan diri dan memupuk keimanan pada kekuasaan yg maha Esa. Kenapa kita tak komersialkan perihal persilatan Melayu ini seperti ninja2 di Jepun. Mereka memperbesarkan ilmu ninja mereka sedangkan terdapat beberapa kajian yg mengatakan kebolehan ninja seperti taijutsu, geijutsu dll itu hanya diperbesar2kan. Berlainan dengan ilmu silat ini, ada yg kita pernah dengar dan lihat sendiri di persekitaran kita, dan jikalau berkesempatan pergilah ke Tanjung Tuan, Negeri Sembilan dan lihatlah satu kesan tapak kaki di atas batu yg dipercayai tapak kaki Hang Tuah ketika menggunakan ilmunya menahan ombak. (mungkin tsunami kot. wallahualam)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: