Terapi

6 05 2008

Sekarang ni term “terapi” makin kerap digunakan. Terapi di sini bukanlah terapi yg kat hospital tu, tp terapi untuk mengembalikan mood yg agak kurang ceria gitu.

Ada orang, terapinya pasang lagu rock, melalak kuat2. Ada yg terapinya hanya menangis abis2, pastu terus kembali normal mcm biasa. Ada orang yg sambar kunci kereta, gi doraibu(drive) jalan2 mana2 pastu singgah makan or shopping. Ada yg pegi berasap 2 3 kotak sambil memikirkan jalan penyelesaian ataupun hanya melayan fikiran. Ada yg pada mereka tido adalah “obat” yg paling best.

Terapi terbaik untuk aku: melihat org tersenyum. Rasa sangat puas dan gembira bila kita dpt melakar senyuman di wajah seseorang. Menghangatkan sedikit suasana yg agak dingin. Dan secara semulajadi, diri aku sendiri akan menjadi bertambah ceria.

Duduk di rumah aku kadang2 membuatkan aku terasa bagaikan berada kat satu deserted area. Tiada org di sekeliling aku. Environment yg sgt x membantu mengembalikan mood aku. Tapi mujurla ada internet, YM. Mengacau Chatting dgn orang lain menjadi suatu terapi utk aku. As long as I can make u smile, I’ll feel much better. Sistem barter yg sgt menguntungkan di situ.

Kadang2 aku sanggup kehilangan/berkorban utk kegembiraan org lain. Sesuatu yg berbaloi. Pernah juga aku membuatkan seseorang itu bersedih/membenci akan aku kerana aku melihat suatu kegembiraan menantinya di masa depan. Daripada aku melihat seseorang yg aku sayang berdiri depan mata sibuk buat fake smile depan aku, better aku suruh dia jgn buang masa, kejar kebahagiaan yg sedang menunggu dia di hadapan sana.

Mmm.. ada nak bgtau sket.. aku sgt membenci seseorang yg cuba membuatkan seseorg lain itu gembira tatkala dia tahu hakikat bahawa perkara yg berlaku itu sememangnya mendukacitakan seseorg lain itu. Tiada yg manis di sebalik yg pahit. Contohnya seseorg yg cuba menyedapkan hati kawannya yg sedih akan seorang ahli keluarganya sedang sakit tenat dan kita tahu si pesakit hanya sedang menanti seruan Ilahi utk kembali ke pangkuan-Nya. Janganlah cakap, “jgn risau, dia mesti recover balik punya”. Orang kata, kalo something buruk berlaku, fikirkan the positive side/ hikmah perkara itu berlaku, bukan nak menyedapkan hati sambil menyorokkan fakta/realiti yg berlaku. Kalo kita buat camtu, ianya tidak lebih tidak kurang hanya memanipulasi hati seseorang yg lain. Kita bukan memberikan “ubat” utk seseorg yg “sakit” itu “pulih”, tetapi memberikan “arak” yg “memabukkan” seseorg untuk mendapat kegembiraan sementara yg kemudiannya membawa mudarat di kemudian hari. (sama mcm dadah, gam, ecstacy)

Senyuman yg terlakar di wajah orang lain adalah suatu yg sgt berharga di dunia ini untuk diri kita. Oleh itu, sama2 la kita senyum untuk kebahagiaan orang lain. Senyum itu kan satu sedekah.


Actions

Information

One response

2 08 2008
nabihah

:)…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: