Career talk

7 05 2008

Terasa nak merepek pasal karier plak hari ini. Walaupun aku masih berstatus “pelajar” yg dah tua bangka tp tahun lepas masa aku tgh sibuk2 shukatsu (job hunting), aku ada laa fikir sket pasal karier2 ni. Mana hala tuju lepas grad nanti. Nak kerja kat Nihon (Jepun) ke, atau pulang ke Malaysia, berkhidmat untuk negara. Lama jugakla nak buat keputusan time tu. So kat sini sempena musim shukatsu ni, aku nak bagi la sket pandangan aku. Mungkin pandangan korang lain, tp jomla kita kongsi2.

Option 1: bekerja di Nihon/mana2 luar negara lain.

Sebagai fresh grad yg bercita2 nak jadi pro engineer, lebih2 lagi graduan oversea, mesti ramai yg berpendapat kalo balik Malaysia nanti kita da xpki sgt dah apa yg kita blaja kat oversea ni. Yg bernilai hanya sekeping kertas(degree/master/phd). Aku tak nafikanlah perkara tu mungkin ada kebenarannya. Rasa macam adalah lebih baik utk stay kat Nihon utk nak apply semua benda yg kita dah pnah blaja, memahirkan diri dalam bidang teknikal dan bekerja dengan budaya Jepun, di samping gaji yg masyuk. Bila rasa da cukup ilmu di dada dan poket pun cukup tebal nak bawak blk bini kereta jepun baru rasa nak balik. Lagi best kalo dah ada duit dlm RM100k-200k utk dibawa balik ke Malaysia, untuk memulakan bisnes sendiri.

Sambil2 tu ada gak yg rasa belum bersedia utk pulang ke tanah air dan hidup dgn environment Malaysia yg dah 4 5 tahun ditinggalkan. Attitude yg br nak disebatikan dlm diri 4 5 tahun tu mcm senang2 je akan hilang. Balik2 jadila org Melayu balik. Atau mungkin disebabkan kita rasa kita blom cukup meraih atau belum jumpa apa yg kita carik kat Jepun ni. Masa yg kita ada kat sini selama ni kita dah abiskan dgn berhibur, menonton apa je yg dpt di donlod/tonton kat skrin pc.

Ada jugak mereka yg berkorban demi keluarga. Kerja di luar negara untuk mencari duit lebih, hantar kat family bulan2. Orang2 yg mengambil keputusan begini aku lihat sebagai sesuatu yg sgt mulia. Aku respek.

Option 2: Pulang dan bekerja di tanah air.

Kita rasa macam dah cukup lama dah berada kat oversea dan kita rasa kita nak balik dah. Masing2 ada sesuatu yg dirindukan di Malaysia sampai x sabar nak balik2. Elokla kan, tapi kita tanya pada diri sendiri, sudahkah kita bersedia untuk menghadapi segala yg akan berlaku selepas pulang ke tanah air. Income sebulan yg hanya lebih kurang separuh je dari scholar dapat bulan2 kat sini, hidup yg xde tajaan dari sesiapa lagi. Takde duit yg free2 boleh dapat tanpa perlu bekerja. Belanja bulan2 terasa macam air je. Dengan komitmen2 lain lagi, asal ada kenduri kat sana sini, rasa mcm x sedap kalo xpergi.

Apapun pada aku, pulang ke tanah air tu umpama berdepan dengan realiti. 4 5 tahun tu suatu tempoh masa yg cukup untuk mengubah persekitaran kita. Cuba bayangkan kalo kita kerja 5 tahun (total 10 tahun) kat Jepun, balik2 nanti akan ada lebih byk perubahan. Perubahan yg kita suka ataupun tidak, kita x boleh nak salahkan orang lain. Persekitaran itu berubah di waktu ketiadaan kau. Suka atau tidak, terpaksa terima.

Bagi contoh terdekat yg ringan2 jela.. penerimaan diri kau dalam family. Walaupun kadang2 kau balik Malaysia duduk dengan family, kadang2 kau masih terasa macam org asing. Anak buah lahir masa ketiadaan kau pn da besar, dan mereka pn x kenal siapa kau. Bila jadi camtu, pasrah jela kan. Kau takde pn di situ masa tu.

Berbalik pada soal karier, kalo kau berniat nak makan gaji sampai pencen, pilihan kerja kat oversea tu agak baik. Balik2 org bole offer pangkat yg tinggi, setanding dgn kredibiliti kau. Tetapi kalau nak bukak bisnes sendiri, ada duit dan experience about that business kat luar negara, x mudah utk nak sesuaikan dgn latar belakang/ environment Malaysia. Kalau nak dibandingkan mereka yg da balik Malaysia 5-10 tahun lebih awal, ataupun nak dibanding dgn mereka yg mmg ada kat Malaysia sejak lahir lagi, sgtla berbeza level nye. Kau baru start nak gain network from 0, sedangkan orang lain dah beratus tapak di depan kau. Duit 100k-200k yg ko baru bawak tu pun entah2 bole dikumpul sebanyak tu jugak walaupun berada kt Malaysia tempoh beberapa tahun tu. Ada yg fikir ada duit utk modal da cukup, bole carik partner je. Tp sejauh mana kita leh percaya partner kita x bwk lari duit kita. Family aku ada sejarah hitam. Bapak aku muflis sebab kena tipu dgn bisnes partner. Kena sgt berhati2 bab ni.

Apapun, setiap orang mempunyai alasan tersendiri dlm memilih haluan hidup sendiri. Cuma kesimpulan yg aku dpt, kalau kita nak menjadi seorang yg berjaya di tanah air sendiri, mulakanlah tapak itu di tanah air sendiri. Time and tide wait for no man -omputeh kata.

p/s: aku masih lagi setuju dengan statement “kalau ada scholar, aku sanggup jadi student sampai bila2” hehehe


Actions

Information

One response

9 05 2008
ujai

aku rs cm kenal je ayat yg last skali tu..haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: