Mimpi buruk

11 05 2008

Pagi ini aku dikejutkan lagi dengan mimpi buruk. Takdelah mimpi buruk mcm dikejar hantu tu, tapi sebenarnya ingatan pasal perkara buruk yg berlaku dlm real life aku muncul dalam mimpi. Aku mimpi aku punya wang yg banyak dan aku enjoy membeli apa sahaja. Aku pergi ke kedai elektrik dengan harapan nak beli peti sejuk model baru yg agak mahal, tapi aku nak beli juga kerana peti sejuk tu menjimatkan elektrik.
(note: kat dunia sekarang ni hanya ada 2 model peti sejuk. 1 model yg guna pam biasa utk mengalirkan freon(cecair penyejuk) dalam sistem penyejuk. 1 model lagi guna alat elektromagnet untuk mengalirkan freon. aku tengok sendiri teknologi ni dekat R&D department Panasonic Refrigerator kat Kanagawa, Jepun)
-klik untuk entri penuh-
Bila wa tanya itu olang kedai kenapa this peti sejuk lagi mahal from that one, he just tell me that the expensive one is the new model, and the old one is cheaper. Sebabkan aku rasa sangat tak puas hati dgn description yg diberi itu taukeh kedai, aku terus keluar kedai. Sebab aku x yakin that “new model” yg itu taukeh cakap itu adalah jenis peti sejuk yg aku carik.

(here comes the real part. bukan mimpi. tapi mata aku masih terpejam lagi time ni)

Tiba2 aku teringat peristiwa dekat sebuah mall di bukit bintang. Dekat kedai kamera. Tahun 2004

Promoter girl: Hello, mari datang tengok this new sony camera model. Thin and light. Using small and compact digital lens. Can zoom up to bla.. bla.. (aku malas nak dengar)

Aku cuma tersenyum. pastu aku mula bersuara.

Aku: Mmm.. sorry, tapi kami (aku dgn kawan aku) sedang cari kamera yg ada optical zoom. Gambar lebih clear and sharp.
Promoter girl: This new model is also give u a clear and sharp image what. Buy this one. The size is smaller and lightier. Look at the design. Really cool bla.. bla.. (aku malas nak dengar)
Aku: But miss, we are looking for an optical zoom camera. The one that have optical zoom is better than the digital zoom one because bla.. bla.. (aku balik yg ceramah dia tentang fakta pasal digital optical ni. nak kencing orang lain boleh la amoi oi. ni nak kencing aku)

Last2 dia dah geram dengan aku. mungkin sebab dia terasa aku pandai dari dia. dia fikir orang bangsa dia je yg celik teknologi ni. Senang2 je dia nak tipu kita. (atau mungkin dia xde niat nak menipu. Cuma dia kurang pengetahuan tentang technical things ni, camera mechanism, etc). Last2 amik aku seketul obat.

Promoter girl: Hey you want to buy this (new model) or not??? If you don’t u can go laa.. haiyaa.. pergi2. (she want to promote to other customer. Plus maybe she don’t want others to hear our conversation that make her feels so dumb)

—- tersedar daripada tidur. mungkin sebab mcm x percaya mimpi bole bercantum dgn cebisan memori dlm otak aku—-

Situasi sebegini tidak pernah berlaku di Jepun. Promoters really study about everything they want to sell. If customer ask something she doesn’t know, she will refer to the catalog and then answer our questions. Terbalik dengan Malaysian people. Main cakap apa saja asalkan produk mereka terjual. Nanti akan ada pembeli yg tertipu membeli sesuatu yg lebih mahal harganya kerana ianya model baru, padahal fungsi produk model tu tiada beza dgn model yg lain. Nampak sangat knowledge tentang benda yg kita beli tu x penting pada org kita, orang Malaysia. pada peniaga, asalkan barang terjual, goreng aja apa cakapnya. pada pembeli, asalkan benda itu murah, kita nak beli. Senang nak bayar ansuran bulan2.

Kita ada hak sebagai pengguna. Bila harga barang tu mahal, ada je alasan peniaga supaya kita beli juga barang tu. Berita hari ini pun cakap harga beras naik lagi sampai penduduk Lembah Klang hidup mengikat perut. Golongan peniaga2 ini terus menipu rakyat dengan pelbagai alasan. Kalaupun negara jadi huru hara, bukan mereka yg dipersalahkan. Semua menunding jari pada kerajaan atas kegagalan mereka mengatasi masalah. Padahal diri kita tidak sedar diri kita yg bulat2 ditipu mereka2 ini. Ekonomi negara mereka yg pegang. Kuasa di tangan mereka. Lu olang sapa? Berapa ramai pun lu olang kalo kita olang tutup kedai lu olang susah mau makan woo.

Petunjuk yg datang dlm mimpi, intuisi dan ramalan aku akan perkara yg akan berlaku di Malaysia semakin banyak yg menjadi kenyataan. Bangunlah bangsaku!! berdirilah atas kakimu sendiri. Jangan diharapkan orang lain yg masih lena berdengkur yg tak mahu bangkit walaupun telah disimbahkan air ke muka mereka.

Setiap kali aku menulis blog, aku harapkan org yg membaca blog aku memahami apa mesej yg aku nak sampaikan. Aku rasa aku bertanggungjawab untuk menyampaikan kata hati aku.

Apakah perasaan anda jika anda nampak “kiamat” itu akan datang tetapi anda tak lakukan apa2 untuk menyelamatkan keluarga, saudara seagamamu, sebangsamu dan senegaramu?

Aku hanya bersedia untuk menghadapi situasi terburuk.. Walaupun aku nampak ada suatu cahaya yg sedang menanti kita di hadapan sana. Tapi kalau kita tidak sama2 berkejar ke arahnya, maka semuanya tidak bermakna.


Actions

Information

One response

11 05 2008
david santos

Hello, BESKAL!I loved this blog.Have a nice week.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: