Dialog 5/13

12 05 2008

Berikut adalah sebahagian dari perbualan aku dgn sorg mamat korea yg jd partner keje part time aku hari ini selepas dia nampak aku amik air wudhuk kat toilet.

Aku: Aku kena buat camni untuk sembahyang.

(dia senyum2 kat aku)

Dia: Kau percaya ke adanya Tuhan? Aku x percaya. Masa zaman sekolah dulu aku percaya lagi adanya tuhan. Tapi bila dah dewasa, aku enjoy hidup dengan kawan2, minum2, main perempuan.. masa tu aku dah mula x percaya tuhan dah. Tuhan x buat apa2 pun untuk kita..

Aku: Aku percaya bahawa Tuhan itu memang wujud. Bila kita berdoa(sembahyang) hari2 dan mintak pertolongan Dia, Dia akan bantu kita. Dulu masa aku kat Malaysia aku x nampak sgt pun bukti yg tuhan itu ada. Aku solat, puasa, etc, sebab aku Islam. Tapi lepas aku datang Nihon aku jadi sangat yakin dengan kewujudan tuhan tu. Banyak kesulitan yg timbul semasa aku ada kat sini, dan kalau aku x berdoa, yg mestinya kena berusaha untuk itu, aku takkan berjaya tamatkan pengajian kat sini.

Dia: Mmm.. bukan aku x mahu percaya.. aku dah pergi banyak negara yg percaya pada tuhan, Malaysia, Indonesia -tapi indonesia agak complicated sket(dia kata), Jordan, Iran dan negara2 lain di Timur Tengah, satu je persamaan yg aku nampak.. Orang yg percaya tuhan hidup dalam keadaan miskin. Negara yg tidak kaya. Kalau betul tuhan itu ada dan tuhan bantu mereka jika mereka berdoa, mereka tidak hidup susah mcm tu. Cuba tengok negara2 macam Amerika dan lain2, mereka tidak percaya tuhan dan mereka hidup kaya raya. Berdoa je mana bole jadi kaya kan?

..demikianlah sekerat dari isi perbualan kami hari ini. persepsi seorang yg tak percayakan tuhan pada kita org yg percaya adanya tuhan. Banyak lagi topik2 kecil lain pasal agama dibincangkan. Kalau kau di tempat aku, apa hujjah korg? Jawapan ringkas aku pada dia: mereka banyak berdoa, tapi kurang berusaha.. mana tuhan nak tolong mereka. Nak elaborate pjg2 kat dia kang ada aku bukak kelas belajar agama nanti. Pak ustaz yg nak ajar dia ni pun blom khatam2 lagi ilmu agama dia. huhuhu.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: