Kelab Cinta Sayang Malaysia Tourism Japan

15 05 2008


Baru lepas menonton slide show Kelab Cinta Sayang dekat website MSAJ (Malaysia Students Association in Japan) cawangan Kansai. Link dia ada kat sini >>KliK Sini<<. Make sure kalo korang ada masa, kena tengok ni.

Untuk sesapa yg tak tahu, Kelab Cinta Sayang ini adalah kumpulan pelajar Malaysia yg dilatih dan dibayar gaji dgn agak mewah oleh Malaysia Tourism cawangan Kansai, Japan untuk mempromosikan Malaysia di sebahagian besar Jepun bermula dari kawasan selatan Tokyo sampailah ke negeri paling selatan, Pulau Okinawa.

Aku pernah join Cinta Sayang ni, time kurus2 3-4 tahun dulu. Sampai satu masa aku quit sebab Kelab Cinta Sayang sudah tidak semeriah suatu masa dulu. Walaupun aku join Cinta Sayang sebab nak kumpul duit, tapi aku sanggup tinggalkan kemewahan2 itu. Tumpukan lebih masa untuk study sambil menikmati kenikmatan2 lain yg ada di Jepun. hahah.

Lepas tengok slide show kat website MSAJ tu, apa yg boleh aku katakan.. Cinta Sayang sudah kembali meriah seperti dulu. Memang happening laa korang!! Jauh di lubuk hati sejujurnya aku berminat nak join kembali Cinta Sayang. Ahli2 sezaman aku join dulu pun ada 2 3 orang lg. Memang aku rasa rinduu pada suasana itu. Sayangnya dengan kerja housekeeping sekarang ni memang buatkan aku rasa penat bekerja. Takleh nak join aktiviti Cinta Sayang.

Kadang2 orang2 di luar Kansai region pelik, kenapa dak2 di seluruh area Kansai (Kobe+Osaka+Kyoto+Wakayama+Hyogo+Nara) ni rapat antara satu sama lain, sedangkan kawasan2 berjiran di Jepun yg lain x semeriah Kansai. Apa yg boleh aku katakan, aktiviti Kelab Cinta Sayang dan futsal pada hujung minggulah antara faktor utama yg mengeratkan kemesraan antara kami semua.

Bila aku ada masa lapang, aku memang nak join tengok korang nye show secara live. Natsukashiii. Kenangan yg manis untuk dibawa pulang ke Malaysia…


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: