Kasih ibu pada anaknya.

16 05 2008

“Aku mak dia. Selagi aku hidup, jangan ada seorang pun hina anak aku!! Apa yang aku rasa, apa yang aku buat, dah jadi tanggungjawab aku sebagai mak dia! Selagi aku bernyawa, rindu aku, doa aku, harapan aku semua untuk Nazli. Walaupun benda ni semua boleh ratah jiwa aku, itu janji aku… “
-klik untuk entri penuh-

Itulah perasaan marah seorang ibu apabila ada orang lain yg menghina anaknya yg berjaya dalam pelajaran, tetapi melupakan jasa ibunya. Satu babak dalam cerekarama “Demi Masa”. Rasa mcm dah lama sangat air mata tak menitis dari kedua belah mata ni. Cerita yg menginsafkan diri aku dan menyedarkan aku mengenai pengorbanan seorang ibu.

Satu masa dahulu, abang aku pernah beritahu aku. “Seseorang yg berjaya dalam pelajarannya, tidak semestinya berjaya dalam hidupnya.” Dan hari ini aku sedar maksud di sebalik kata2 itu.

Aku berjaya selama ini adalah di atas doa ibu dan ayahku. Tanpa mereka aku tiada di sini. Aku berjaya harungi antara cabaran paling getir dalam hidup ini adalah berkat doa mereka. Aku bayangkan, bagaimanalah nanti apabila doa mereka sudah tiada menemani diri aku lagi..

Mak aku dulu pernah berpesan supaya aku berusaha sedaya mampu, kerana pada akulah bersandarnya segala harapan keluarga.. kata2 yg lahir dari hati seorang ibu, dan kata2 itu jelas sampai ke telinga aku dan masih aku ingat saat itu. Bermula dari saat itu, apa yg ada dalam kamus hidup aku ialah berusaha. Selebihnya doa ibu yg membawa aku sampai ke sini.

Aku mulai sedar, akulah dalam adik beradik aku yg paling kurang meluangkan masa bersama ibu dan ayah dan suka berjauhan dengan keluarga. Aku bukan derhaka, aku cuma ingin hidup berdikari, membuat keputusan sendiri dalam membuat pilihan hidup. Aku ingin berusaha dan berjaya untuk memberi peluang mak ayah menikmati kesenangan di atas kejayaan anak2 selepas bersusah payah membesarkan kami adik beradik. Aku kan lalukan apa yg termampu.. walau hakikatnya 5 anak menjaga seorang ibu tidak akan dapat menandingi seorang ibu yg menjaga 5 orang anak.

Suatu masa aku rasakan aku sudah ke arah menjadi orang yg berjaya dalam hidup, bukan setakat orang yg berjaya dalam pelajaran. Merasakan diri sendiri sudah menjadi manusia. Tapi masih ada kekurangan lagi.. aku masih belum menjadi anak yg berjaya. Aku tidak tahu menilai kerinduan seorang ibu pada anaknya.. tidak sama seperti rindu seorang anak pada orang tuanya..

Ada seseorang yg sudah berkeluarga berpesan pada aku. “Nanti bila kau ada anak, baru kau faham kenapa bila kau kena gigit nyamuk pun, ibu kau marahkan nyamuk. Waktu tu baru kau sedar, bagaimana sayangnya seorang ibu pada anaknya..”

Aku masih belum berkeluarga, belum mempunyai anak. Tapi aku harap aku dapat menyedari betapa tinggi nilainya kasih sayang seorang ibu pada anaknya..

(Taatlah pada Allah dan Rasulnya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu dan kemudian ayahmu. -maksud Hadith.)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: