Mata Hati

16 05 2008

Sewaktu kecil, aku pernah meminati kartun ” The 3 musketeers”, watak hero nye D’Artagnan. Ibu D’Artagnan selalu berpesan, “Hati2 pada mata perempuan,di dalam matanya ada racun yg meracun dan melemahkan hati seorang lelaki.”

Waktu tu aku masih kanak2 lagi. Aku hanya terima kata2 itu tanpa berfikir sejauh manakah kebenarannya. Dah besar sikit barulah aku faham, apa yg dimaksudkan racun itu.
-klik untuk entri penuh-

Manusia dikurniakan Allah 2 mata. Mata untuk melihat luaran dan alam sekeliling kita, dan satu lagi mata untuk melihat dalaman dan perasaan orang lain di sekitar kita. Mata yg boleh aku bahagikan pada mata fizikal dan mata hati. Kedua2 mata ini asalnya seimbang aja powernya, tapi bila kita lebih menggunakan mata fizikal kita, mata hati kita akan berkurangan powernye, dan sebaliknya jika seseorang itu buta, mata hatinya sangat2 terang.

Kat mana mata hati kita berada? Jawapannya tentulah dekat hati. Sistem saraf kita menghantar impuls dari organ deria terus ke otak dan ke hati. 2 arah. Tidak hairanlah kalo kita sakiti seseorang, walaupun pukulan itu tidak sakit, tapi yg terasa di hati sgtlah sakit. Maknanya itu adalah dalil bahawa hati itu pun terima impuls dari deria yg sama. Dalam Quran pun ada tertulis, “jika baik seketul daging(hati) itu maka baiklah keseluruhannya”. (khatamkan kitab ilmu tasawwuf kalo berminat nak dalami ilmu ni).

Kesimpulannya, kenapa kita dinasihatkan supaya tidak melihat ke dalam mata seseorang? Kerana apabila kita membuka mata hati kita dan melihat ke dalam mata seorang wanita, kita akan dapat melihat hatinya. Hati mereka lebih fragile dan lebih mudah dilihat berbanding seorang lelaki. Tapi tak elok la kita tgk hati dan perasaan orang.. sesuatu hak empunya diri yg “private”..

Pernah tak anda menipu ibu anda? Berani tak anda melihat mata ibu anda ketika menipu? Mesti susah kan? Ibu kita melihat ke dalam mata kita sejak kita dilahirkan lagi. Di waktu kita langsung tidak tahu menyelindungkan perasaan kita. Rangsangan dari semua deria kita merasai segala kasih sayang yg dicurahkan terhadap kita terus ke hati kita. Sejak dalam dukungan ibu kita hinggalah kita mampu berdiri sendiri. Kita tidak akan dapat menyembunyikan apa2 di dalam hati kita sewaktu melihat ke mata ibu kita.

(amik masa sampai 3 hari nak siapkan entri yg ni. Cuba curik2 masa nak buat tapi xde masa gak.. penat btol keje 2 3 hari ni..)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: