Cerita Politik

19 05 2008

Aku tidak berapa gemar berbicara politik secara umum. Lebih2 lagi dalam blog. Sebab pada aku, sebersih mana pun politik itu ingin dipraktikkan, kekotoran akan wujud di mana2. Kerana manusia akan melakukan kesilapan. Tiada yg sempurna. Selain Nabi Muhammad s.a.w dan para nabi, tiada manusia yg maksum.
-klik untuk entri penuh-

Aku lagi berminat menjadi seorang usahawan melayu berjaya daripada menjadi ahli politik melayu yg berjaya. Bila kita berjaya dan mempunyai wang, wang itu sendiri punyai kuasa yg boleh membantu orang lain yg memerlukan. Wang yg disalurkan pada jalan kebajikan dan kemakmuran alam akan menjadi saham walaupun kita sudah meninggal dunia.

Kata2 dan tindakan seseorang ahli politik itu juga punyai kuasa, tetapi kuasa itu akan berkurangan apabila kita turun takhta, dan pengganti seterusnya akan mengambil alih kuasa itu. Silap hari bulan, kuasa yg kita miliki satu masa dulu boleh menikam diri kita balik. Ahli politik akan mengambil peluang menunjukkan dirinya lebih baik berbanding ahli politik yg lain. Fitrahnya diciptakan sifat manusia sebegitu.

Apapun pilihannya, hendak menjadi seorang yg berkuasa wang ke, berkuasa politik ke, pokok pangkalnya adalah niat kita, ketelusan dan ketegasan dalam perlaksanaannya. Apa gunanya kita mempunyai kuasa tetapi tidak mempunyai ketegasan mengawalnya untuk kebaikan sesiapa yg mengamanahkan kuasa padanya. Kuasa itu adalah nikmat dan tanggungjawab tuhan yg perlu dilaksanakan sebaiknya.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: