Housemate baru

20 05 2008

Tadi aku berbual panjang dgn housemate baru aku. Chinese dari tanah besar China. Dia dari puak Hui >>Hui people wiki<< yg berketurunan Islam. Emak dia Islam, bapaknya bukan Islam. Tetapi bila dia dah dewasa, dia memilih untuk ke jalan Islam. Mula2 aku terasa ini bagaikan cabaran untuk aku kerana dia boleh dikategorikan sebagai mualaf yg perlukan banyak bimbingan dan tunjuk ajar.. sedangkan diri aku ni masih banyak cacat cela lagi dlm amalan agama.

Tapi Alhamdulillah, lama kelamaan aku makin selesa dengan dia. Berbual mengenai persepsi dia tentang masa depan Islam, masalah perkauman dsb. Walaupun nampak dari segi ilmu agama dia yg masih byk perlukan bantuan, tapi dari segi tauhidnya dia memang mengkagumkan aku. Cuma mungkin aku harap suatu masa nanti aku dapat mengajar dia mengaji Al-Quran yg ditulis dalam arab, kerana selama ini dia membaca Quran dlm sebutan kanji cina.

Dia cakap kat aku, tuan rumah kami, Ono Sensei (sekarang ni beliau antara seorang lawyer terhebat di Jepun), pernah memberitahu dia, daripada pembacaan dan pemerhatian beliau, Islam akan terus berkembang dan berkembang. -kata2 seorang Jepun yg beragama Buddha.

Yusuf san ni pula berpendapat, kalaulah tragedi 11 September dulu tidak berlaku, perkembangan agama Islam akan berkembang luas dengan lebih cepatnya. 9/11 menimbulkan rasa kesangsian masyarakat dunia pada Islam. Dan keadaan masyarakat Islam sekarang ini pun, seakan sukar untuk membersihkan imej Islam di mata dunia.

Fenomena yg berlaku sekarang ini, ramai yg tidak percaya tuhan itu wujud. Tetapi ada juga mereka di luar sana yg masih tercari2 sesuatu di dalam hidup mereka. Sesuatu yg boleh mententeramkan hati mereka. Dalam hati aku selalu berbisik pada diri sendiri, beritahulah mereka bahawa mereka sebenarnya sedang mencari Islam. Tetapi mengapalah mulut ini sungguh berat untuk dibuka untuk menyampaikan pada mereka..

Kadangkala terasa sangatlah cetek ilmu agama aku. Sampaikan tiada dalil2 akli yg dapat keluar dari kepala aku ni, untuk meyakinkan mereka, tuhan itu ada dan Islam adalah sesuatu yg mereka cari selama ini..


Actions

Information

2 responses

24 05 2008
Sakura

Actually situation di negara Cina ni, aku dpt lihat from my housemates jugak. Diaorg tiada agama and tak percayakan Tuhan tetapi kadang2 diaorg cam mencari-cari mcm kawan ko tu ckp. Tp aku rasa yg plg penting kena percaya pada Tuhan dulu. Sb susah kalau seseorg tu masuk Islam tp dia tak tau kenape and tujuan dia. Sb ape yg kite buat ari2 pun kerana Allah yg satu.

25 05 2008
Beskal Emas Tua

yup. aku setuju part yg itu. tapi part nak mereka percayakan tuhan itulah yg agak sukar pada aku.a japanese said, even without god they can be a successful person if you put all your effort into the things that you do.a korean ni plak told me, dulu dia percaya tuhan, tp sekarang tidak lagi. kerana dia berdoa pun tiada bezanya. kerana dia berfoya2 mabuk2 dgn kawan pun, dia amalkan seks rambang pun tiada balasan buruk pun yg dihukum ke atas diri dia. jadi persoalannya, di manakah tuhan? jika tuhan itu ada, apa buktinya?Chinese di China rata2nya memang dah tidak percayakan tuhan. Ada agama ke xde agama ke is not an issue. Dan kalaupun seorg chinese itu Islam, tak jadi apa2 masalah pun pada mereka sebangsa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: