Yahoo! Mail Malaysia

22 05 2008


Dengan rasminya hari ini aku ingin meninggalkan akaun Yahoo(International) aku dan membuka akaun baru di Yahoo Malaysia. Sudah lama aku menyimpan niat hendak meninggalkan akaun lama dan segala isi di dalamnya dan membuka akaun baru.
-klik untuk entri penuh-
Bak kata orang Melayu, “Nak ditelan pahit nak dibuang sayang”. Bukanlah pahit semuanya, ada je yg manis. 50-50. But I decided to leave them there and start a new one.. Symbolic, huh? It’s all started with friendster, now my Yahoo account. Rasa lega bila niat dalam hati dah tercapai.

Terjumpa info kat Yahoo! Malaysia yg sekarang ni dah ada email@yahoo.com.my. Info yg berada di masa dan waktu yg tepat untuk berpindah. Aku ada pakai yahoo.com, yahoo.co.jp. Ada org Malaysia yg pakai yahoo.co.uk. Walau apa pun pilihannya, yahoo.com.my bolehlah aku kategorikan sebagai satu option baru yg “not bad” untuk kita sebagai Malaysian.

Mungkin ada yg terasa hatinya digeletek bila melihat interface Yahoo Mail Malaysia. TAK SESUAI!!!. Rasa pelik dengan hampir semua istilah yg digunakan. Kadang2 aku terfikir, betul ke ini orang Malaysia yg buat? Apapun aku masih kategorikan penggunaan Bahasa dlm website ini sebagai “boleh diterima” lagi.

Aku terfikir, kalaulah bahasa Malaysia kekal sebagai lingua franca sejak dulu, cam ne lah rupa interface Windows, dan hampir segala paparan dalam web adalah dalam bahasa Malaysia. Masih adakah lagi orang akan rasa lucu melihat segalanya ditulis dalam bahasa Malaysia?

Untuk menukar paparan website dari English ke bahasa Malaysia bukanlah mudah. Tidak ramai orang Malaysia yg mampu menggunakan bahasa Melayu 100%. Bahasa Malaysia ialah bahasa Melayu yg sudah berevolusi, sudah dicampurkan dengan bahasa pasar, bahasa sms, bahasa Inggeris, dan sedikit bahasa2 negara lain. Orang Melayu sendiri pun ramai je yg dah x reti nak gunakan bahasa Melayu yg betul, termasuklah diri aku sendiri. Tapi syukur lagilah aku x jadi perosak bahasa yg menggunakan istilah2 “e2 <- itu", "c2 <-situ", "on9 <- online", etc. Aku boleh puji lagila orang yg buat Yahoo Malaysia ni. Cuba kalo kita yg kena tukar satu website dari English ke Malay. Aku tak rasa aku bole buat dengan baik. Silap2 bahasa Jepun pun keluar sekali. Pengalaman kerja sebagai translator kat Daihatsu dah cukup la buat aku sedar kemampuan diri sendiri..

Aku rasa bangga gakla kalo katakan nanti aku jadi taukeh kerepek pisang, dan alamat emel aku kat pek plastik kerepek pisang dan dekat bisnes kad aku ada tertera xxxxx@xxxxx.com.my. Produk buatan Malaysia yg berada di rak2 makanan ringan di hampir seluruh kedai seantero dunia.

(note: Aku pernah main game online Malaysia. Jin Online. Online MMORPG game versi bahasa Malaysia yg pertama di dunia. Sehari je aku cuba bersabar dgn penggunaan bahasa Malaysia dalam game tersebut. Game yg menarik tetapi bahasa yg digunakan aku klasifikasikan sebagai “sampah”. Mungkin kerana ini asalnya game versi bahasa Cina. Bukan senang nak translate tulisan kanji ke bahasa2 lain, termasuklah bahasa Malaysia)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: