Pahlawan2 Melayu merentasi zaman

24 05 2008

Pahlawan2. Mereka insan2 yg berjuang demi mempertahankan bumi warisan nenek moyang mereka. Selagi mengalir darah bangsanya di dalam diri, selagi itulah mereka akan terus berjuang. Hingga tumpahnya darah mereka ke bumi, hingga hancur jasad mereka dikandung tanah. Itulah mereka, pahlawan pembela bangsa.

-klik untuk entri penuh-

Pahlawan2 Melayu.. Mereka segolongan anak bangsa Melayu yg tidak dijajah jiwanya dan mindanya. Malangnya ramai antara mereka gugur dalam mempertahankan kota Melaka. Namun, perwira agung seperti Hang Tuah, dikatakan hilang begitu sahaja. Kadang2 aku terfikir, siapa Hang Tuah? Adakah beliau benar2 manusia? Manusia yg tidak mati ditewaskan. Hilang tanpa sebarang kesan. Tidak meninggalkan seorang waris pun untuk menyambung perjuangan beliau.

Kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka adalah di bawah ketentuan Allah s.w.t. Hilangnya Hang Tuah juga di bawah kekuasaan Allah s.w.t. Demi Allah yg maha mengetahui. Dengan akal kurniaan Allah ini fikirkanlah hikmah di sebalik setiap ketentuan-Nya. Mengapa semua ini terjadi? Pasti akan ada jawapannya.

Pada aku, Hang Tuah belum mati. Hang Tuah sentiasa hidup dalam hati kita. Hati orang2 yg berjuang demi agamanya, demi bangsanya, demi negaranya. Cermin wajahmu, renung ke dalam dirimu. Adakah engkau seorang yg berjihad demi mempertahankan agamamu, bangsamu dan negaramu?

Kepada seorang pahlawan, tiada istilah “dijajah” di dalam dirinya. Mereka sanggup mati dibunuh, diseksa dengan kejam dari mengenal erti “dijajah” itu. Berjihad hingga ke titisan darah terakhir. Kerana mereka tahu, Allah menjanjikan syurga pada mereka yg berjihad ke jalanNya.

Pahlawan2 Melayu yg merentasi zaman. Mereka wujud di zaman membina dan mempertahankan negara Malaysia. Meneruskan perjuangan nenek moyang mereka membina empayar Melaka 500-600 tahun dahulu. Mereka tidak mengenal zaman penjajahan. Tidak ada istilah “Dijajah” di dalam diri mereka. Merdeka jiwanya dan mindanya.

Cuba kita lihat diri kita. Adakah kita salah seorang pahlawan2 Melayu yg merentasi zaman itu? Merdekakah jiwa kita dan minda kita? Benarkah jiwa kita dan minda kita tidak dijajah oleh bangsa asing? Adakah kita meletakkan bangsa Melayu setanding dengan bangsa2 lain yg hebat di dunia?

Jika istilah penjajahan itu ada dalam diri kau, engkau bukanlah pahlawan Melayu yg merentasi zaman itu. Engkau memuja kehebatan bangsa2 lain dan memandang rendah kemampuan anak bangsa engkau. Siapa engkau? Engkau adalah insan yg telah dididik oleh mereka2 yg telah dijajah mindanya dan jiwanya. Dan hidup meneruskan penjajahan itu dlm jiwamu dan hatimu.

Jika mereka sudah jatuh ke dalam lubang yg sangat dalam dan gelap, adakah engkau merelakan diri engkau diheret sama ke dalam lubang itu? Aku tidak mahu.

Moyangku, atukku, adalah para pejuang tanah air. Pahlawan Melayu. Berjuang membebaskan negara dari penjajahan bangsa asing yg mengaut hasil bumi Malaysia ini dgn tamaknya. Aku bersyukur darah mereka mengalir di dalam tubuhku. Biarpun suatu masa nanti darah ini berhenti mengalir di dalam tubuhku, aku berdoa di waktu itu agamaku, bangsaku dan negaraku berada di mercu kegemilangannya. Amin..

(Firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yg bermaksud, “Aku tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri”.)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: