Kemalangan

25 05 2008

Hari ini masuk kali kedua aku kemalangan jatuh motor dekat Jepun.Kedua2nya di atas jalanraya di cerun bukit Kobe yg licin. Kali pertama masa mengambil selekoh di simpang nak ke sekolah. Hari ni betul2 depan traffic light. Motor depan aku berhenti tiba2. Aku cuba brek yg tak begitu mengejut tapi jalan yg licin waktu hujan telah berjaya memakan kulit di tangan+siku+pinggang kiri dan kedua lutut aku. 5 tempat semuanya. Part pinggang yg paling teruk. Jatuh mengiring. Alhamdulillah lutut dan tangan terlindung dgn jaket dan jeans aku.

Jam tangan swatch kinetic kesayangan aku pecah. Tapi jam tu dah berjasa selamatkan pergelangan tangan aku.

Waktu tu sakit luka tu memanglah sakit. Tetapi perkara yg lebih menyakitkan, orang Jepun yg ada sekeliling aku boleh pandang je aku jatuh. Takde sorang pun yg berhenti tolong aku. Atau sekurang2nya bertanya “daijoubu?” (tak apa2 ke?).

Walaupun lepas jatuh tu aku boleh berdiri sendiri, tapi tak boleh ke korang tolong aku angkat motor, payung dgn beg aku ke bahu jalan? Aku tgh merintih tahan sakit ni tau tak??

Akhirnya aku sendiri yg kena tolong diri aku sendiri. Tapi sakit hati aku pada sikap orang Jepun lagi sakit dari luka yg aku alami waktu tu. Tsumetai (dingin) sungguh mereka..

Telefon ofis tempat kerja pun, mereka suruh aku datang, cuba bekerja. Sebab hari ini agak taihen(sukar) kalo kekurangan staff sebab agak busy. Sampai2 je aku kat sana, staff tmpt aku kerja dah siap2kan kotak first aid kit, balut tmpt luka aku yg berdarah. Bekerja seperti biasa selepas tu. Ada lah staff lain tolong aku sebab aku xleh nak buat kerja laju2.

Esok lusa aku masuk kerja lagi..

(apapun, kesakitan yg paling2 sakit adalah masa nak letakkan iodin kat tempat luka. betul2 rasa nak meraung pedihnya.)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: