monolog 5/26

26 05 2008

Kalaulah tindakan aku melepaskan emosi aku di blog ni umpama menyepak bola sekuat hati ke dinding, sekarang ini bola itu telah melantun dan terkena batang hidung aku sendiri. Aku terduduk dan memikirkan betul ke tidak apa yg aku lakukan ini. Bertindak mengikut emosi. Sekarang baru aku sedar, bertindak mengikut emosi untuk sesuatu masalah actually is the worst decision among the best.
-klik untuk entri penuh-

Orang berminat btol nak tanya pasal kemalangan jatuh motor aku bila tengok badan aku bertampal sana sini. Dan aku pun mula bercerita..

“..Sakit kemalangan tu xdela terasa sakit sgt, tapi benda paling menyakitkan hati bila org Jepun yg ada kat sekeliling tu bole tengok je, xde nak tolong pun.” Dan lepas2 tu aku menambah lagi, “Orang Malaysia kan, kalau ada je kemalangan, confirm orang akan datang tolong. X kiralah sesiapapun (bangsa apapun) yg accident, mesti ada orang tolong hantar ke hospital, atau tolong apa yg patut.”

Point yg aku nak highlightkan kat sini, tak kiralah kalo seorang Melayu pun yg tgh terbaring atas jalan raya tak sedarkan diri, even orang Cina pun nampak ada orang yg kemalangan camtu akan tolong angkat orang tu dan hantar ke hospital. Walaupun nanti ada darah yg akan kotorkan seat kereta dia. -ini kisah benar pengalaman seorang kawan aku. Orang Cina tu tolong hantar dia yg dah patah2 tangan dgn kawan dia yg dah x sedarkan diri ke hospital dan kemudian pergi macam tu sahaja tanpa ada kisah nak claim kos nak bersihkan seat kereta dia yg kotor dgn darah td.

My Chinese housemate menambah, kalau di China, selagi pertolongan itu tidak melibatkan duit, dan perlu sgt2 bantuan baru mereka tolong. Mereka xnak menyusahkan diri sendiri bila nak tolong orang lain. Money does matter.

Perkara yg camni buatkan aku berfikir seketika: Tak kiralah orang Melayu ke, orang Cina ke, orang India ke, selagi kita hidup sama2 di bumi bertuah Malaysia dengan berbudi dan berbahasa, kita sebenarnya hidup dengan jiwa Malaysia. Amalan hidup seharian kita sudah berasimilasi antara satu sama lain. Sikap orang Melayu sudah tidak sama dengan orang negara Indonesia, orang Cina tidak sama lagi dengan orang negara China dan orang India tidak sama lagi dengan orang negara India. Walaupun warna kulit kita berbeza, corak pemikiran yg berbeza, kita mempunyai hati yg sama. Hati yg mencintai Malaysia. Di mana bumi yg dipijak, di situ langit dijunjung. Sudah hampir tiba masanya kita bersatu hati dan berbangga menjadi seorang yg berbangsa Malaysia.

Walaupun sudah hampir 5 tahun aku berada di Jepun, kadangkala tu aku suka dengan Jepun, orangnya dan negaranya, dan kadangkala tidak, tetapi di akhirnya aku mendapati menjadi seorang warganegara Malaysia adalah yg terbaik dalam segalanya.

Walaupun kelahiran bangsa baru yg bernama bangsa Malaysia agak lewat berbanding kemerdekaanya yg sudah lebih 50 tahun, bagaimanapun usaha beberapa pihak yang masih hendak memecahkan rakyat Malaysia mengikut warna kulit dan asal usul, negara semakin hampir kepada kelahiran bangsa Malaysia. Dasar pecah dan perintah yg diamalkan sejak zaman pendudukan British lagi itu sudah tidak relevan lagi.

Aku sarankan kalau korang ada masa, cubalah baca The Malay Dilemma karya Dr Mahathir kita. Daripada pembacaan buku itu, aku nampak macam hampir tiada jalan penyelesaian kepada masalah ekonomi dan sosial negara kita kalau negara kita terus melabelkan negara Malaysia sebagai “Negara yg bermasyarakat majmuk dan berbilang kaum”.

To all Malaysian, buangkan sifat perkauman dalam hati kita, dan satukanlah hati kita di bawah panji(bendera) Malaysia. Sudah masanya kita sama2 berkongsi tuah dan nikmatnya menjadi rakyat Malaysia.

(note: nanti kalau ada masa aku akan post few entries untuk sokong hujah aku betapa bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia)


Actions

Information

One response

28 05 2008
ada

really luv to read ur idea on dis topic..patriotisme..tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: