monolog 5/28

27 05 2008

“Look I can’t tell you what to do that’s up to you. But 25 years ago there was a man named Wilton Knight, told me that one man can make a difference. I was that man.”

Beberapa baris ayat dari filem Knight Rider(2008). Membuatkan aku terfikir.. mampukah seseorang melakukan sesuatu perubahan. Perubahan ke atas dirinya yg kemudian mengubah persepsi keluarganya kepada dirinya. Kemudian mengubah persepsi masyarakat sekeliling kepada keluarganya, mengubah persepsi masyarakat umum kepada bangsanya dan kemudian mengubah persepsi dunia kepada negaranya?

Setiap hari aku mengunjungi blog Tun Dr. Mahathir. Sekadar ingin mengetahui pandangan serta nasihat beliau mengenai segala perkara yg berlaku di Malaysia. Kerana pada aku, inilah peluang untuk kita belajar melihat sesuatu melalui sudut pandangan beliau. Sementara beliau masih ada. Aku tidak dapat bayangkan suatu masa nanti apabila beliau sudah tiada lagi di dunia ini. Apakah nasib bangsaku dan negaraku nanti? Apakah aku dapat memotivasikan diri aku untuk terus ke hadapan, sedangkan sumber inspirasiku sudah tiada lagi di dunia untuk menyuntik semangat ke dalam jiwa rakyat Malaysia dan dunia?

Dialah antara model kepada “one man can make a difference”. Salah satu contoh lain, Yang Di-pertuan Agong Sultan Mizan, yg memperlihatkan kebesaran kuasa Sultan kepada negara.

Aku bukanlah seorang yg berakal panjang dan bijak membaca taktik lawan macam Tun Dr Mahathir. Aku juga tidak punyai kuasa seperti Yang Di-pertuan Agong. Oleh itu, mampukah kita sebagai seorang manusia biasa, melakukan perubahan? Rata2 aku lihat ramai yg mampu. Melakukan perubahan untuk diri sendiri dan keluarga. Full stop. Tidak lebih daripada itu.
-klik untuk entri penuh (untuk kisah hidup aku)-

Aku adalah manusia yg tidak punya kelebihan macam 2 insan yg aku sebut di atas. Tetapi aku sedar yg sejak kecil lagi jalan hidup aku bagai sudah dirancang. Aku nampak takdir aku yg telah diletakkan depan aku. Aku cuma perlu mengatur langkah dengan perlahan dan pasti, dan dengan izin Allah aku akan capai takdir itu.

Namun apa yg ku lihat, semakin aku dewasa, semakin berliku laluan untuk mencapai takdir itu. Bukti bahawa tiada yg mudah dlm mencapai kejayaan. Semakin kita berjaya lepasi satu tahap cabaran, cabaran yg lebih sukar menanti kita di hadapan. Semakin penuh dengan teka teki.

“Kenapa jadi macam ni?”, “Kenapalah susah sangat?”, “Kenapa?”, “Kenapa?”, “Kenapa?”. Manusia akan terus bertanya dan bertanya akan nasib yg telah ditentukan ke atas dirinya. Hanya mereka yg terus berusaha dan tidak putus asa akan berjaya menemui jawapan semua persoalan itu.

Jawapannya mudah sahaja. Kerana perkara2 yg terjadi ke atas kamu itulah yg menjadikan diri kamu hari ini.

Ramai antara kita yg pasrah dan berputus asa. Kerana katanya itu adalah takdir dia. Persoalannya, adakah kau dapat melihat takdir kau? ataupun ianya hanya tanggapan itu adalah takdir kau supaya kau boleh berhenti berusaha dan pasrah menerima “takdir”?

————————————————————————————————-
Masa sekolah rendah, aku teringin nak dapat UPSR 4A. Sebab nak masuk sekolah SBP. Tapi Allah bagi English aku B. Aku masuk sekolah agama negeri je. Kena amik bahasa Arab yg aku x suka. Duduk bersama2 golongan alim ulama. Amik peluang yg ada untuk mendalami ilmu agama. Sampai ketika aku jadi sayang sangat dengan sekolah itu. Aku meletakkan syarat. “Kalau aku dpt Bahasa Arab A, aku stay. Kalau x aku blah”. Aku sayang nak tinggalkan kawan2 masa tu. Tapi demi masa depan, pengorbanan perlu dilakukan.

Result PMR aku 8A 1B. Arab B. Dengan result tu, akhirnya aku masuk juga ke SBP, aliran Teknikal. Dengan harapan aku nak jadi engineer. Boleh buat robot satu hari nanti.

Dekat SBP aku, aku minat dengan subjek Teknologi Kejuruteraan. Ikut sejarah sekolah, ada sorang je pernah dpt 1A, itupun Chinese. Dan setiap tahun pun boleh kira dgn jari je berapa orang dpt 1A dlm Malaysia. Aku simpan niat nak jadi Melayu pertama dpt 1A kat sekolah tu. Dan Alhamdulillah aku dpt. Aku teringat waktu tu aku call mak aku, benda 1st aku cakap, “Mak, dah boleh pegi Jepun!!! Dapat 8 1A, 1 A2 (+math), 1 B4(english)”. Dengan keputusan cam tu mmg x melayakkan aku belajar ke negara omputih. Aku apply Jepun.

Aku yakin aku boleh dapat offer JPA ke Jepun time tu. Dapat offer2 lain, aku selamba tolak. Tapi last2 aku masukla UTP sebab mak aku dah macam xleh blah dgn keselambaan aku. Kali itu hati aku lembut jugak bila tengok mak aku menangis kerana risaukan masa depan aku. Tapi 2 minggu lepas tu, sampai surat offer JPA ke Jepun. Aku pikir lama gak time tu, sbb xtau nak pilih, tp last2 aku pilih untuk ke Jepun. Macam ada sesuatu yg buatkan aku terpanggil untuk pergi ke sana.

Then lepas da masuk UM untuk preparation course ke Jepun, my bro reminded me pasal my 1st call to my family masa bgtau result SPM. Masa tu baru aku ingat aku memang pernah cakap aku nak ke Jepun. To do my degree in engineering there. To fulfill my dream: to make a robot by myself.

Lulus Monbukagakusho exam, aku berjaya masuk Universiti Kobe ni. Belajar perit macam nak mati. Hampir2 putus asa tu mcm da byk kali berlaku kat sini. Tapi at last, based on result 1st-3rd year aku melayakkan diri untuk masuk lab research pasal robot. Aku berjaya buat robot kereta aku sendiri. I build it, I programmed it with helps from my senior and prof. And voila!! pada satu tahap, impian aku dah terlaksana.

Sepanjang aku berada di Jepun ni, aku nampak peluang untuk hanyut dalam arus kesesatan dunia dah terhidang di depan mata. Tatkala ini, aku rasa bersyukur dapat didikan yg hampir sempurna daripada keluarga dan bersyukur masuk ke sekolah agama dulu. Membuatkan aku rasa sayang sangat pada iman ini, walaupun ianya hanya sebesar zarah..

Supposed to be aku dah balik dah Malaysia time ni. Tapi Allah masih letakkan aku kat Jepun ni. To learn everything I should learn from Japan, and from Japanese. Waktu belajar aku xbanyak nak blaja benda2 lain selain game dan benda2 dlm buku rujukan subjek2 engineering. Ada banyak hikmah atas segala ketentuan tuhan.

All I can say, I’m enjoying my life now. Berkat doa mak ayah, usaha dan petunjuk Allah berikan, aku rasa aku dah berdiri di tempat yg sepatutnya aku berdiri.

Masih byk lagi petunjuk yg Allah berikan utk mengejar takdir yg menunggu aku di sana. Aku rasa belum sampai masanya aku tulis kat blog ini melainkan aku dah mencapai apa yg ditakdirkan utk aku.
————————————————————————————————-

Aku tidak tahu sama ada orang lain juga yg dapat “melihat takdir” seperti aku. Petunjuk2 yg datang dlm real life aku dan juga mimpi2 aku, membantu aku supaya tidak was2 dlm memilih haluan hidup aku. Aku bersyukur diberi nikmat sebegini walaupun hakikatnya untuk mengejar takdir yg ditetapkan ke atas diri itu adalah sangat sukar.

Pesan aku, kalau anda ada impian dan cita2, kejarlah ia. Jadikanlah ia kenyataan. Mungkin ada antara kita yg melihat ianya hanya sekadar cita2 dan angan2. Tetapi gunakanlah akal, dan lihatlah segala bukti keajaiban kuasa tuhan yg berlaku ke atas diri kita. Nanti di suatu masa nanti kita akan sedar, itulah takdir kita. That is my destiny.

Aku masih lagi bertanya pada diri sendiri,”Does it really true that one man can make a difference, if the man is you?”
Aku masih lagi belum mampu menjawab soalan itu..


Actions

Information

3 responses

28 05 2008
ada

Perubahan?..ikut kamus oxford (ni je kamus ak smpt rujuk),ia adalah suatu y dibuat utk jdkn suatu tu len dr len ataupun leh jg di katakn memilih suatu inisiatif lain utk jadi len dr len..ak rs makna ni pun da cukup utk jlskan pe tu perubahan..jd ‘perubahan’ tu lbih byk di dorong oleh siapa y ingin buat perubahan tu..jk kt nk b’ubah,xpyh hrp semua di sekeliling kt akn y akn m’dorong perubahan itu/trut b’ubah b’sama2 kt..all r in ur own hand to change anything!

29 05 2008
Ahmad Amzar

maa ne..memang makin lama makin ssh utk dapat kejayaan..tapi,perjuangan kena diteruskan jugak,sungguhpun akan gagal sekali sekala..tengok jalan hidup org2 mcm Tunku,Tun Dr Ismail,Tun Dr Mahathir dll,x lupa jugak Rasulullah,semuanya berliku dari awal lagi…

2 08 2008
nabihah

waa,satu bnde ak nak ckp,ko mmg patut brsyukur becoz u r lucky person!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: