Persatuan Membela Seorang Pekebun Sayur

1 06 2008

Hari ini kat stesen JR Motomachi aku amikla kertas yg biasa orang pass2 kat tmpt org lalu lalang. Biasa aku tak amik, sebab topiknya pasal tuntutan kenaikan wang persaraan(kokumin nenkin) ataupun mengenai bantahan pada agenda perang yg dicipta sekutu US. Isu yg tak menarik minat aku.

Satu orang hulur kertas kuning tu, aku tunduk cakap trima kasih. Sikit2 aku jeling tajuk kertas fotostat itu. “Selamatkan Kebun Sayur Pakcik Tanaka”.. menarik nih.. lepas tu ada org lain hulur je kertas tu aku amik.

Alkisahnya, mereka tengah nak mengumpul orang untuk sama2 membela Tanaka mempertahankan kebun sayur yg diusahakan daripada dibeli oleh pihak Narita Airport. Katanya kapal terbang terbang setinggi 40m sahaja dari bumbung rumah beliau. Jadi pihak airport nak membeli tanah tu atas dasar keselamatan dan tambahan lagi, industri pertanian Jepun sudah tiada masa depan lagi.

Mereka2 ini hendak membela nasib Pakcik Tanaka. Kata mereka, Jepun dah terlalu banyak bergantung pada hasil tani (sayur+buah) negara luar. 44% sahaja produk tani dlm negara. Baru2 ini pun berlaku kes chinese dumpling yg beracun dieksport ke Jepun. “Adakah kita hendak terus bergantung kepada makanan dari luar negara yg tidak berkualiti dan membahayakan?” kata mereka.

Begitu juga perikanan Jepun. Kos minyak RM2k untuk tangkap seekor ikan tongkol berharga RM2k juga. Tiada untung -dari rancangan tv aku tengok kelmarin.
————————————————————————————————
-Klik untuk entri penuh-

Mesej yg aku nak sampaikan sekarang ni, ramai antara kita seperti aku, engkau dan mereka yg mengutuk/mentertawakan Pak Lah bertemu dengan PM Jepun (Fukuda xsilap aku) untuk meniagakan sayur dengan kereta. SAYUR DENGAN KERETA?? REALISTIK LAA SIKIT!!!

Hakikatnya perkara itu memang realistik. Jepun sudah hampir ketiadaan tanah untuk pertanian. Semuanya banyak diganti dengan perumahan dan perindustrian. Dalam kertas aku dapat tu jelas2 tertulis kutukan pada syarikat kereta Toyota (dsbnya) kerana sibuk nak bersaing dlm FTA sampai menyebabkan tanah pertanian mereka dibeli utk tujuan2 industri.

Kepada usahawan2 Malaysia yg baru nak memulakan perniagaan, bidang pertanian mempunyai potensi yg sangat2 cerah. Manusia kena terus makan untuk hidup. Muslim mahukan makanan yg diyakini halal dan bersih. Dah masanya untuk kita menghasilkan produk makanan, sayuran dan buah2an yg berkualiti untuk pasaran dlm negara dan eksport ke luar negeri.

Import Jepun dari negara2 ASEAN: Thai dan Filipina eksport mangga. Thai eksport durian dan beras. Filipina eksport pisang dan nenas. Singapura dan Indonesia banyak eksport makanan siap proses mcm makanan masak siap segera, perencah, makanan2 dlm botol, tin dsb. Maggi sepeket RM3-RM4. Durian sebijik RM30. Pisang 3-4 bijik RM3-5. Nenas sebijik RM25~. Malaysia pula banyak import makanan dari negara ASEAN sendiri..

Tanah kita ada. Iklim tropika pun kita ada. “man jadda wa jadda, man zara’a hasad”-siapa ada kemahuan, di situ ada jalan, siapa yg bercucuk tanam, dia yg dpt menuai hasilnya.

Pada kita yg beragama Islam, dalam Al-Quran surah Al Baqarah ayat 172 Allah berfirman, “Hai orang2 yg beriman, makanlah makanan yang baik2(berkualiti, bersih dan halal) yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar2 hanya kepadaNya kamu menyembah.” Takkan kita nak makan mi, tauhu, ayam yg diproses dari kilang2 yg tidak menjaga kebersihannya. Takkan kita nak makan sayur yg disiram air kencing manusia yg diperam (urea), dan ikan keli yg sekali sekala diberi makan perut babi. Tu tak termasuk daging dari lembu yg dicuri dan makanan dicuri yg lain. Aku nampak kepentingan seorang mukmin mengusahakan produk makanan dari sumber tani. Dijamin halal dan bersih.

(Note: Nama pakcik tu bukan Tanaka. Aku cuma tak tau bacaan kanji nama pakcik tu. Dan satu lagi, harga petrol kat Jepun sekarang pun dah naik, purata RM5.20 seliter. Untung betul negara yg ada minyak ni. Berterima kasih negara2 yg buat&jual kereta.)


Actions

Information

2 responses

6 06 2008
nash

salam…duk di kobe ke tokyo???ke kempen ni boleh sampai ke kansai??

8 06 2008
Beskal Emas Tua

kobe. kempen tu yg sampai ke kobe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: