MEGA PROJECT

3 06 2008

Hey guys!!!! plz take a look at this video.

Reaksi aku pada video ini ialah:
HO HO HO HO HO!!!! huarggaahh. (sambil mata terbukak besar dan gelak bangga macam shial)
ADAKAH INI MALAYSIA??!!! (gelak bangga macam shial lagi)

Melihat bangunan2 sehebat ini yg bakal mencakar2 langit kota2 metropolitan Malaysia memang akan menggilakan semua orang yg melihatnya. Betul ke Malaysia akan buat projek mega sehebat ini?

Bermula dengan projek mega Petronas Twin Towers yg pada mulanya diilhamkan oleh Dr. Mahathir Mohammad sebagai suatu simbol kekuatan dan kemegahan negara Malaysia, kini projek2 mega sebegini semakin menggila di serata dunia.

Walaupun boleh aku katakan projek2 gila sebegini sekarang ini sedang di-lead oleh Dubai, aku masih berani katakan negara Malaysia memulakan langkah pertama ke arah projek2 gila sebegini. Negara lain juga mana nak kalah kan dgn negara underdog macam Malaysia nih.

Kotaraya Kuala Lumpur akan jadi secantik Dubai, Hong Kong, Paris dan kotaraya lain yg setara dengannya. Membuktikan kemampuan negara dari segi ekonomi dan teknologi yg kini boleh berdiri sama tinggi bersama negara2 hebat di dunia.
-Klik untuk entri penuh-

————————————————————————————————–
Aku betul2 berharap aku dapat kerja dengan Proton. Supaya aku dapat bentangkan satu projek mega yg bakal menguntungkan mereka. Projek mega yg blue print nye masih aku karang dalam kepala. Aku harap aku dapat bentangkan projek mega aku ni dengan baik. Dan Proton dapat keuntungan daripada idea dan usaha aku.

Aku punyai harapan. Harapan supaya Proton dpt berdiri di tempat sepatutnya dia berdiri. Supaya Proton dapat membayar hutangnya pada rakan senegaranya, Petronas. Dan supaya aku dapat membayar hutang budi aku pada kerajaan. Hutang budi yg tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Menolong keluarga aku menampung beban perbelanjaan persekolahan aku sejak sekolah rendah sampailah sekarang.

Aku tak nak jadi ular sawa mahupun buaya di zoo. Diberi makan sampai gemuk dan kemudiannya tidur. Tak kenang budi langsung. Tak boleh ke ular2 sawa dengan buaya ni jadi haiwan yg mengenang budi? Kalau pengunjung zoo datang derang menari2 ke, buat persembahan akrobatik yg special ke? At least kalau binatang2 ni buat cmtu, pengunjung2 akan sanggup beli duit tiket untuk melihat persembahan derang. Zoo tu pun dapat publisiti melalui siaran tv seluruh dunia.
You pay for your meat!!!

Kalaulah aku mampu untuk membayar hutang pada negara dengan suatu projek mega, aku nak jumpa secara peribadi dengan Dr. Mahathir dan salam tangan dia. Aku nak cakap, “Tun, saya dah bayar balik “hutang” saya pada Tun.”

Mmm.. kenapa Proton yg jadi pilihan? Petronas pun boleh, dan banyak lagi kompeni milik kerajaan yg lain kau boleh pilih. Mmm.. basically it’s simple. Kalau kita ada sejumlah wang yg kita nak gunakan utk membantu yg lain, kita akan beri bantuan pada yg lebih memerlukan. Tu je. Kalau sumbangan aku berupaya membantu mengubah nasib seseorang itu, ianya mendatangkan kepuasan pada diri sendiri. Tandanya Allah memberi kita suatu nikmat dan kita manfaatkan utk kebaikan sesama kita. Maka Allah akan tambah nikmat itu pada kita.-ringkasan dari Surah Ibrahim ayat 7.

Aku suka menjadi diri aku yg suka nak berkhidmat untuk negara sendiri. Aku taknak idea aku dibeli oleh Jepun ataupun negara2 asing yg lain. Cubalah beli aku semahal mana pun. Aku hak milik negara Malaysia.


Actions

Information

One response

2 08 2008
nabihah

ko mmg malaysian sejati,weh…wish u all luck!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: