monolog 6/5

4 06 2008

Aku berbual panjang dengan seorang kawan sekolah lama. Rasa macam dah terlalu lama aku x tersenyum lebar sambil mengenangkan saat2 manis zaman persekolahan. Aku terasa kagum apabila ada yg masih ingat hampir segala peristiwa yg berlaku di zaman bangku sekolah.. yg semestinya aku dah x ingat lagi dah.

Aku menikmati sebaik2nya suatu masa dan ketika sesuatu peristiwa itu berlaku, dan selepas itu, peristiwa2 yg berlaku itu menjadi kenangan. Aku biarkan kenangan itu tertinggal di situ dan terus melangkah ke hadapan.

Aku cuma biarkan kenangan2 itu di situ. Tiada siapapun yg boleh mencuri kenangan itu daripada aku. kerana kenangan2 itu adalah hak milik aku selamanya. Walau semanis mana pun kenangan itu, sepahit mana pun kenangan itu, aku biarkan ia di situ. Tenggelam ditimbusi waktu.

Di suatu masa, kawan2 di zaman sekolah kita akan bertemu kita dan bercerita tentang kenangan2 zaman persekolahan. Di waktu itu kita akan menghargai kawan sekolah itu kerana mereka telah membantu kita mengingatkan kisah silam kita. Segala kenangan yg berharga akan kita ambil dan bawa bersama menempuhi hidup kita.

Kenangan, memori adalah seperti satu peti harta karun milik kita. Ada orang yg sanggup mengheret bersama kenangan2 itu bersama mereka. Kata mereka, semua itu adalah panduan utk masa akan datang. Tetapi tidakkah kau rasa langkahmu menjadi perlahan disebabkan “beban” yg kau pikul bersama kau?

Aku memilih utk melangkah ke depan meninggalkan kenangan2 di belakang. Supaya aku dpt pantas berlari mengejar impian ku di hadapan. Membiarkan emosi waktu itu tinggal bersama kenangan..

But thanks to you, my friend.. Aku sudah membawa bersama aku permata2 yg aku telah tinggalkan di zaman silam.. Baru ku sedar rupanya banyak kenangan berharga yg telah ku tinggalkan..


Actions

Information

4 responses

4 06 2008
datinn

sou des ne..kenangan tu kalo yg pahit,,more to be ‘beban’..so..lets leave the ‘beban’ behind n move forward

5 06 2008
Hafizi

dr apa yg ko citer ni kan, aku rasa ko da banyak berubah la..dulukan terkenal dengan jolokan mamat poyo haha

5 06 2008
Beskal Emas Tua

mm.. yup.. kalo kenangan pahit semestinya beban. kalo kenangan manis yg buatkan diri kita tak dapat melupakan pun suatu beban gak. buatkan diri susah nak leave it all behind and move on..aku time sekolah dulu mamat poyo eh? hahaha

9 06 2008
ada

y pntg amek iktibar dr tiap kenangan xkira la kngn mnis/phit/msm/payau dll..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: