Minyak

5 06 2008

Memandangkan isu paling hangat di Malaysia ialah kenaikan harga minyak, aku pun nak beri pandangan aku gakla pasal isu ni.

Peningkatan harga minyak bukan masalah negara Malaysia sahaja. Ini adalah masalah global. Satu dunia mengalami masalah yg sama. Cuma cara menanganinya yg berbeza. Cara negara lain ada yg masih tidak membebankan rakyat. Tetapi cara Malaysia tangani masalah memang membebankan rakyat. Negara Jepun sekarang ni pun laksanakan cara yg membebankan rakyat. harga petrol RM4 ++/liter sekarang ni dah jadi RM5++/liter. Aku tidak berminat nak ulas isu minyak dlm Malaysia, kerana byk sangat kelemahannya. Ada masalah dlm perancangan ekonomi dan sosial negara..

Kita ketepikan seketika isu minyak dalam negara, kita lihat isu itu secara global. Kenaikan harga minyak ini berpunca dari US.
-klik untuk entri penuh-
Sejak beberapa tahun dahulu para economist telah menciptakan satu teori, iaitu “Peak Oil Theory”. Basically simple je teori ini. Graf penemuan minyak lawan penggunaan minyak. Katakanlah kita buka pili air bath tub kita sehingga bila hampir penuh, kita mula buka lubang singki bath tub tu. Aliran dari pili air ialah penemuan(oil discovery), dan pengaliran keluar air dari bath tub adalah penggunaan(oil consumption). Jadi akan tiba satu tahap usaha carigali menemukan minyak tidak lagi dapat menampung kadar penggunaannya. Tatkala itu krisis akan berlaku.

Negara yg bergantung 100% pada bahan api fosil ialah Israel. Dan… jeng jeng jeng.. segalanya bermula.

Menyedari kepentingan mendominasi minyak, Amerika melancarkan perang ke atas Timur Tengah. War for oil= war for money. “Dispose” semua senjata perang mereka yg dah lapuk ke negara2 Timur Tengah. Bermodalkan senjata kemusnahan, mereka nak trade kan untuk minyak. Tetapi malangnya perang di Iraq, Afghanistan, Palestin dsb, membuatkan mereka overbudget. Perang di Timur tengah bukan suatu penyelesaian bagi masalah ekonomi mereka, sebaliknya mengundang masalah. Sampai ketika berlaku kejatuhan nilai dollar US.

Sebabkan nilai dolar US jatuh, matawang negara2 yg diniagakan pada dollar US menjadi besar, dan kemampuan membeli minyak semakin tinggi. Dan untuk memastikan bekalan minyak cukup sehingga ada penemuan minyak yg baru, negara pengeluar minyak menaikkan harga minyak. Dan kesannya, seperti yg dpt kita lihat sekarang. Harga minyak naik di seluruh dunia.

Sebenarnya fenomena “bubble” sebegini beri keuntungan pada negara Malaysia dan negara2 pengeluar minyak yg lain. Peluang untuk membayar segala hutang2 negara pada negara lain, termasuklah perjanjian pinjaman Yen oleh Malaysia-Jepun yg dibuat lebih 20 tahun dulu untuk hantar pelajar Malaysia di bawah dasar pandang ke timur, tapi taklah sebesar mana compare dgn hutang2 yg lain. Selain itu kerajaan juga perlukan duit utk perbelanjaan dalam negara dan juga melaksanakan projek2 mega negara. Malangnya yg menanggung beban ialah rakyat, terutamanya yg miskin, yg kerja makan gaji.

Kalau kita lihat dari sudut positif, kita tak boleh salahkan kerajaan 100%. Kerajaan buat begitu utk bayar hutang2 negara. Abis tu, siapa yg nak dipersalahkan?

Jawapannya ialah economist, spekulator mata wang, Amerika(Yahudi), dan orang kaya yg kaya hasil dari perniagaannya. Waktu sekarang ini adalah “zaman emas” economist dan spekulator mata wang macam George Soros. Perubahan turun naik matawang2 dunia beri keuntungan besar pada mereka(FOREX). Begitu juga dengan kenaikan harga barang2 terutamanya makanan akan menggemukkan poket mereka. Yang kaya akan bertambah kaya, dan yg miskin akan sengsara kelaparan. Perbezaan jurang antara yg miskin dan yg kaya semakin ketara selepas ini..

Orang kaya. Orang kaya ini kaya sebab jual gula la contohnya. Tahun 2000, harga minyak RM1.20, pendapatan bulanan dia ialah RM100,000. Tiba2 harga minyak naik RM1.92 tahun 2006, kos pengeluaran meningkat dan keuntungannya merosot sampai jadi RM80,000 sebulan. Jadi orang kaya ini naikkan harga gula dia. Rakyat merungut. Tapi kerajaan akur dengan tindakan orang kaya ini. Lama kelamaan rakyat selesa dan berupaya beli gula spt biasa dengan kenaikan harga minyak RM1.92 seliter ini. Orang kaya ini punya untung kembali jadi RM100,000 sebulan.

Hari ini, harga minyak naik lagi, RM2.70 seliter. Orang2 kaya ini pastinya nak naikkan harga barangan jualan mereka. Supaya pendapatan bulanan mereka kekal RM100,000. -sikap mereka yg dlm otak mereka fikir $$$$ sahaja. Tidak faham konsep bersyukur dengan rezeki yg tuhan berikan, mengumpul harta untuk kepentingan diri sendiri sahaja dan tidak faham konsep penganiayaan ke atas orang lain.

Jadi kalau kita lihat isu kenaikan harga minyak di Malaysia ni, siapa agaknya yg untung? siapa pula yg rugi?

Ada laa juga orang lain yg berpendapat, kalaulah dunia tidak mahu memperdagangkan minyak dan produk lain dengan tukaran dollar US, masalah kenaikan harga minyak ini akan selesai, dan kesannya pada US, mereka akan kehilangan 25% daripada kuasa membeli mereka. Kuasa membeli itu akan berpindah kepada penduduk negara China, India (yg mewakili 30% penduduk dunia) dan negara2 pengeluar minyak seperti Arab Saudi, Canada, Mexico, Malaysia dsb.

US hanya mewakili 4% daripada populasi dunia tetapi mereka menggunakan lebih 25% daripada petroleum dunia, lebih daripada penggunaan gabungan 5 negara terbanyak gunakan petroleum iaitu China, Jepun, Jerman, Russia dan India. Oleh itu pada asal2nya pun idea pergantungan ekonomi dunia kepada dollar US adalah idea gila, sedangkan seluruh penduduk dunia juga menggunakan petroleum. Bila ekonomi US jatuh, takkan kita nak biarkan ekonomi dunia juga jatuh?(atau huru hara). Jika Asia menyedari fenomena ekonomi sebegini dan membenarkan perubahan mata wang negara mereka tidak bergantung lagi pada kuasa membeli Barat, kuasa membeli dunia akan mula berpindah ke negara2 Timur. >>Klik sini untuk gambaran lebih jelas dari komen Peter Schiff on US “bubble” economy. Cerita pasal apple farmer and orange farmer agak menarik<<

Negara2 Asia masih lagi membiarkan Barat menentukan masa depan ekonomi mereka.. Kerana rakyat dapat peluang pekerjaan dan produk mereka boleh dieksport (melalui US). Asia masih belum mempunyai kuasa yg cukup untuk mencegah “penjajahan ekonomi” Barat terhadap Asia.

(Kadang2 aku terpikir gak, kenapa laa Malaysia nak sangat hasilkan para engineer dgn ahli IT sampai dah melambak2 xde keje kat Malaysia tu. Kan bagus kalau dihantar student belajar pasal ekonomi. Negara perlukan ramai pakar ekonomi dlm negeri, bukan pakar ekonomi import dari luar negara..)


Actions

Information

2 responses

5 06 2008
Anonymous

bukan da unpeg ke?

5 06 2008
Beskal Emas Tua

bukan unpeg yg tu.maksud aku dunia da x terikat dengan dagangan nilai dolar US. gunakan matawang lain yg lebih stabil dan negara pengeluar minyak kembali berkuasa menentukan nilai minyak.-da edit balik part yg tu. kasi lagi senang faham..-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: