Pondok Biru

5 06 2008

Kadang2 aku terasa bahawa Pondok Biru akan kekal dalam status “dalam pembinaan” sampai bila2. Kerana hakikatnya aku tidaklah mempunyai kepakaran yg cukup untuk membinanya seorang diri. Tiada kepakaran untuk menghias pondok ini, menyediakan kemudahan2 yg menarik di pondok ini, dan tidak tahu menyediakan laluan yg memudahkan pengunjung datang mengunjungi pondok biru.

Cita2 aku hanya ingin membina pondok biru. Supaya orang2 dapat selesa berteduh di bawahnya. Hidup gembira, selesa dan bahagia walaupun hujan guruh halilintar sabung menyabung di luar sana, dan juga berlindung dari panas terik yg bisa membakar kulit. Biarpun pondok ini kecil, aku akan berusaha supaya ianya selesa untuk kita semua. Lagipun dengan kudrat yg aku ada, hanya pondok kecil ini yg mampu ku bina seorang diri.

Aku tidak berniat hendak membina istana. Sehinggakan orang berpusu2 datang singgah di istana itu. Ada yg datang untuk bertemu aku, dan tidak kurang juga ada yg datang hanya untuk mengotorkan istana yg dibina. Menconteng dinding di sana sini. Ada yg datang dan pergi tanpa sempat aku beramah mesra dengan mereka. Aku tidak mahu semua itu, cukupla sekadar pondok kecil ini..

Biarpun satu hari nanti aku sudah lusuh dimamah usia, aku harapkan pondok biru yg ingin aku bina ini dapat aku siapkan. Tiang serinya dan atapnya telah ku dirikan. Dan hari demi hari, sekeping demi sekeping papan aku pakukan pada tiang2 itu untuk aku jadikan dinding. Mungkin tatkala tua itu aku sudah berkeluarga, aku harapkan anak2 aku sanggup menyempurnakan usaha membina pondok biru ini. Ataupun menaik taraf pondok ini kepada yg lebih besar dan selesa, sekiranya mereka mampu..

Aku ingin mewarnakan pondok ini dengan warna biru. Warna yg bertentangan dengan warna merah. Biru itu sejuk, menenangkan dan menguatkan jasmani dan rohani. Warna yg dapat boost up kekuatan dalaman seseorang bila dirinya memerlukan. Juga melambangkan kepintaran, kesetiaan dan kesatuan hati2 manusia.

Itulah harapan diri aku, penghuni pondok biru.

(Aku tengah bermood nak bersastera pulak arini. Don’t play2, PMR aku dpt terbaik bahasa Melayu tau! hahaha)


Actions

Information

One response

11 06 2008
pakbearuang

biarpun ia tinggal sebagai pondok, abg selalu singgah berteduh di sini, banyak ilmu dan manfaat yg boleh kita dapat dr sini. Alhamdulillah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: