Engineer vs Mathematician

6 06 2008

Aku extend 1 sem hanya kerana 1 subjek: Ordinary Differential Equation.
Aku lemah math yg penuh dengan 1)kamiran 2)persamaan umum mengenai permasalahan math yg penuh dengan simbol2 yg sememangnya hanya ahli mathematic sahaja yg faham, tetapi memaksa engineer dan ahli2 ekonomi untuk berfikir seperti mereka.

1)kamiran.

Engineer: mencipta benda A daripada benda B. “bezakan” benda A untuk jadikan benda B. untuk apa nak “kamirkan” benda B untuk jadi benda A balik?
Contoh: daripada besi(benda A) boleh jadi sebiji kereta(benda B). untuk apa nak kembalikan sebiji kereta kepada besi balik? obviously benda B itu tak boleh 100% dikembalikan kepada benda A. Itu hakikatnya.

Mathematician: mencipta benda A daripada benda B. selepas terbukti bila dibezakan benda A boleh dapat benda B dia nak kamirkan juga jadi benda A balik. untuk apa?
Contoh: contohnya hanya atas kertas. bila bezaan dan kamiran berjaya, mathematician itu bpuas hati dgn hasilnya.. heh so not like me.. dunia atas kertas. untuk merealisasikannya tidak semudah itu.

2) persamaan umum.

Engineer: setiap benda mempunyai parameter yg spesifik. benda B yg berlainan parameter x semestinya akan mencipta benda A yg sama.

Mathematician: setiap benda hendak dibuat persamaan umum. pasti akan ada persamaan yg umum. benda A akan dicipta dari benda B.
-klik untuk entri penuh-
————————————————————————————————-
Kadang2 aku macam tak boleh menerima seorang mathematician mengajar seorang engineer untuk faham cara mathematician. Menyeret engineer yg berpijak di dunia nyata ke dalam dunia mathematician yg dunianya di atas kertas.

Banyak kali aku cuba fahamkan apa yg sensei matematik aku ingin ajarkan, tapi otak aku sememangnya sukar untuk berfikir cara mereka. Hanya engineer yg boleh mengajar engineer mengenai matematik.

Nanba sensei, tolonglah jangan heret aku ke dalam dunia matematik atas papan hitam sensei. Aku tak paham. Itu bukan dunia aku.
————————————————————————————————-

Aku tak selesa dengan cara ahli matematik. Life is all about math. Persamaan umum oleh seorang guru kepada anak2 muridnya. Persamaan umum seorang perempuan kepada semua lelaki, dan sebaliknya. Hey!! Setiap manusia ada parameter tersendirinya laa.. All parameters are unique. Begitu juga kebarangkalian sesuatu itu akan berlaku juga dikira, walaupun hakikatnya “GTH laa nak barangkali camne pun”. Statistik digunakan untuk mengukur kesalahan yg pernah dibuat oleh seseorang. Sekali seseorang itu pernah buat kesalahan besar, berdasarkan statistik, tidak mungkin tidak akan buat kesalahan lagi. People change ma.. people make decision not depending on your kebarangkalian.

Untuk suatu ketika, aku benci ahli matematik. Walaupun lepas tengok movie “21”, ahli matematik masih hidup dalam dunia atas kertas. Mengira, semua orang boleh kira. Tetapi bukan semua orang boleh hidup dalam dunia kau, ahli matematik.

(Aku bacalah jokes pasal engineer, physician and mathematician >>kat sini<<. memang gambaran mereka pasal 3 orang lain bidang ni menarik. sampai aku tertanya2 gak di mana hubungan engineer dgn mathematician yg sehaluan sampai ada yg katakan pasangan yg sesuai untuk seorang engineer kahwin ialah seorang ahli matematik.. one more thing, kalau anda seorang mathematician, janganlah amik hati sangat..)


Actions

Information

3 responses

9 06 2008
agypts

wahai studnt engineering. sebelum tu biar aku kenalkan diri dulu.. aku ni ex student UKM enginering jugak la macam ko tapi dah keja as an engineer.. ko punye penyataan “hanya engineer yang boleh mengajar engineer” tu silap la beb.. engineer yang bagus sebenarnya engineer yang boleh menerima ilmu daripada apa bidang sekalipun.. daripada boss, orang bawahan, teman , matematician, sasterawa, arkitek, ally atau musuh ketat.. open your mindset. kalau ko rasa hanya engineer yang boleh ajar engineer ko sebenarnya “katak bawah tempurung beb”.. one more thing.. in a real life, dont be shock if i said that engineer is just a tools. So think again.

9 06 2008
Beskal Emas Tua

apa yg aku maksudkan ialah engineer lah yg senang nak ajar engineer yg lain supaya faham bidang lain yg nak diajarkan. otak manusia lain bidang lain mekanism nya, lain cara pemahamannya.kalau seorang japanese di malaysia menyuruh seorang malaysian untuk bekerja kuat, orang malaysia itu hanya tahu bekerja kuat pada konteks dirinya sahaja. cuba pergi ke jepun sendiri dan bekerja seperti orang jepun. lepas tu kita akan sedar istilah “kerja kuat” orang japanese yg orang japanese kat msia ingin sampaikan itu x sama dengan “kerja kuat” yg orang malaysia itu faham.matematik: ahli matematik akan faham matematik itu dengan cara mereka. dan engineer akan faham matematik dengan cara mereka. atas sebab tu aku kata, hanya engineer yg boleh ajar engineer.kalau kita suruh seekor katak dan seekor kucing bergerak ke hadapan, si katak akan faham “melompat ke hadapan” dan si kucing akan faham “berjalan ke hadapan”.anyway, thanks for ur comment. it make me think again about it

9 06 2008
Beskal Emas Tua

yes, an engineer is a tool, if he think he is just a tool. and all he can do is to become a tool. btw, niat aku mula2 nak amik engineering sebab nak buat robot sendiri je. da buat da pun.in malaysia, degree is a license. seperti lesen kenderaan. kalau ada lesen kenderaan, bolehla bawak kenderaan utk jual sayur ke, jadi posmen ke, bukak warung kedai ke. maksudnya x kesahla kalo kita ada lesen bas kita kena jadi pemandu bas, ada lesen moto kena jadi posmen atau penghantar pizza. kita boleh jadi apa2 yg kita suka dengan lesen yg kita ada

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: