Jimat petrol kereta (updet sikit)

9 06 2008

Sekarang ni menjimatkan penggunaan petrol memang penting. Kat sini aku nak share la sikit benda yg aku tulis dalam report aku masa lecture pasal enjin tahun lepas. Cara memaksimumkan penggunaan petrol dalam kereta. Aku rasa ramai yg dah tau, tp aku tulis jela. kalo ada point aku x tulis yg nak ditambah pun, sila2 kan la. sharing is caring.

  1. Eco drive. Setiap kereta biasanya ada satu had kelajuan yg paling efisyen untuk enjin. Biasanya sekitar 60-80 km/h.
  2. Kurangkan beban dalam kereta. Bukak balik boot kereta dan keluarkan semua harta2 yg xpenting yg selama ni kita buatkan boot kereta seperti almari bergerak kita.
  3. Angin tayar mencukupi. Angin tayar yg cukup akan mengurangkan luas permukaan tayar yg bersentuhan dengan jalan. Kurang geseran, lebih kinetik.
  4. Menukar gear mengikut kelajuan dan keperluan. Timing untuk gear shifting yg perfect akan menghasilkan output(tenaga) daripada daya * jarak.
  5. Tidak merempit. Menekan minyak dengan kuat secara tiba2 akan memaksa enjin untuk meningkatkan rpm tetapi dalam tempoh itu banyak gas petrol yg tidak membakar dengan sempurna dan pembaziran akan berlaku. Tekan minyak slow and steady. Kurangkan kadar putaran enjin untuk pecutan dan nyahpecutan. Maintain the speed.
  6. No idle stop. Bila berhenti seketika di traffic light yg baru merah ke, berhenti seketika untuk beli air tepi jalan ke, matikan enjin.

Part bawah ni aku tak tulis dalam report. Tapi relevan.

  1. Jangan gunakan aircond bila tidak perlu. Enjin kena bekerja lebih untuk memutarkan belt utk air cond sekali. Kalau dah hampir sampai ke destinasi tu, sambil2 carik2 parking tu dah bolehlah tutup aircond. Taklah sampai berpeluh pun nak carik tempat parking.
  2. Kalau kereta menuruni bukit, tak perlu menekan minyak. Rugi2. Let momentum and gravity do their work. Nak support sikit2 tu.. ikutla kesesuaian.
  3. Begitu juga kalau kat lampu isyarat dah kuning, xpayahla nak tekan minyak dan sampai depan2 line nak break.Just slow down je. Biarkan momentum je buat keje.
  4. Jangan letak kereta bawah panas. Minyak petrol boleh meruap. Kering tangki minyak nanti.
  5. Isi minyak di waktu pagi, waktu2 sejuk. Petrol senang meruap menjadi gas ketika suhu panas. Tekan tuil pam sederhana supaya petrol yg bertukar jadi gas sempat kembali ke bentuk cecair. Laju2 nanti gas tu akan terlepas keluar tangki. Satu lagi, isi sewaktu tangki separa penuh. Benamkan nozzle pam tu ke dalam minyak.
  6. Panaskan enjin sebelum digunakan untuk jalan jauh. Enjin yg panas memudahkan pembakaran petrol tetapi janganlah memanaskan enjin terlalu lama. Membazir petrol gak tu..
  7. Elakkan traffic jam. Idle stop, no eco-drive, accelerate and decelerate, low gear. All-in-1-package.
  8. Rancang route perjalanan. Susun 2 3 4 destinasi yg hendak dituju dengan teratur supaya tak perlu berulang alik laluan sama banyak kali. Dan elakkan kes2 lupa barang ni. Nanti kena pusing balik umah/ofis balik.
  9. Kongsi kereta jela. Minyak ton-tong sama2.

Apa pun sekarang ni ramai juga yg nak convert kereta mereka jadi NGV (natural gas vehicle) car. Lebih info ada kat >>site ni<<. NGV conversion buat masa skrg ni masih ada pros and contras lagi. Jadi fikir masak2 dulu la baru pilih option yg ni.


Actions

Information

One response

18 06 2008
I_Am_Megat

bagus! info yang berguna…kalau perodua dia malas nak bagi saranan-saranan yang macam ni..dia just cakap “belilah Viva!” hahahaha…senang sungguh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: