Naqib

9 06 2008

Seorang lelaki dipanggil naqib. Naqibah pula untuk perempuan. Persoalannya, apa kebendanya naqib/naqibah ni? Walaupun masa sekolah sains dulu aku pernah menyandang jawatan naqib, kalau kau tanya pada aku, aku pun tak tau apa jawapannya.

Sebelum masuk sekolah sains, aku belajar di sekolah agama. Setiap hari dibacakan hadis dan tafsiran ayat AlQuran, hampir setiap minggu hari jumaat ada orang tabligh datang dari serata dunia, malamnya pula ada tasmik ( istilah bahasa arab yg bermaksud memperdengarkan (bacaan doa2, wirid2, surah2, hukum2) dan praktikal ilmu2 fiqah yg basic patut diketahui oleh seorang muslim). Jadi mahu tak mahu, ajaran2 agama ni dah disebatikan dalam diri semua student yg blaja di situ.

Aku hanya seorang pelajar dari sekolah agama. Bukan ustaz/tabligh/alim warak pun. Tup tup persatuan naqib sekolah aku nak aku sandang jawatan naqib tu. Of course la aku tak nak!! Tapi aku hanya menjawab, “nantilah saya fikirkan..”

Dan pada suatu malam, ada seorang naqib datang memujuk seorang dormmate aku, yg katilnya di bawah katil aku, untuk menerima jawatan naqib. Lalu diperdengarkan maksud ayat surah al Baqarah ayat 30:

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Waktu mendengar itu aku termenung jauh.. selama aku hidup ini, pernahkah aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai khalifah? Bagaimana di akhirat nanti kalau aku dipersoalkan mengenai tanggungjawab aku sebagai khalifah itu kelak? ..Mungkin kalaupun dalam hidup aku lepas ini aku tidak mampu jalankan tanggungjawab sebagai khalifah, cukuplah sekali dalam hidup, aku pernah menyempurnakan tanggungjawab itu. Kerana dan hanya kerana itulah aku terima jawatan naqib itu.

Tapi masa itu aku masih kanak2. Remaja yg belum matang. Pada aku, khalifah itu seperti ustaz, imam, bilal, pegawai jabatan agama, biro kerohanian sekolah, dan seangkatan dengannya. Tetapi bila aku semakin dewasa, baru aku sedar interpretasi aku pada tugas sebagai khalifah di muka bumi itu adalah silap. Persepsi aku pada agama Islam sangat sempit waktu itu. Islam ialah Islam. Hidup adalah hidup.

But then selepas aku berada di bumi Jepun ni, baru aku sedar. Islam ialah kehidupan. Islam bukan sekadar budaya, seperti yg diamalkan di Malaysia. Kalau kita amalkan Islam dalam kehidupan, hidup kita akan jadi aman, makmur dan harmoni. Dan sebenarnya itulah tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah di muka bumi: memelihara kemakmuran dan keharmonian alam.

Dalam ayat Quran itu sendiri “mereka” menafikan kredibiliti manusia. Kerana terbukti manusia sememangnya merosakkan dunia dan berperang sesama sendiri. Kenapa manusia dijadikan khalifah?

Itulah persoalannya. Ada orang Islam cukup rajin beribadat, bertasbih, berzikir kepada Allah. Seperti yg “mereka” claim diri mereka lebih layak menjadi khalifah di muka bumi. Adakah orang yg beribadat seperti “mereka” itu adalah khalifah? Kita cubalah jawab sendiri.

Ada orang berkata, aku buat blog ni sebab aku ni penuh dengan semangat patriotik. Aku tak kata salah, cuma kurang tepat. Sebenarnya aku lakukan semua ini kerana aku, engkau, kita semua adalah khalifah di muka bumi ini. Aku nak sampaikan apa yg terbuku dalam hati aku.

Adakah kita mahu biarkan manusia membolot semua nikmat dunia(kekayaan) sampai sanggup bunuh membunuh manusia yg lain, menikam dari belakang, dan juga menyebabkan pencemaran yg merosakkan bumi kurniaan Allah ini? Apabila dipersoalkan kita mengenai tanggungjawab kita sebagai khalifah di akhirat kelak, bagaimana kita mahu menjawabnya? Kita tanyalah pada diri sendiri..

Kita bukan sekadar seorang manusia di muka bumi ini. Kita adalah seorang khalifah yg dilantik oleh Allah. Dan menjadi seorang khalifah itu punyai tanggungjawab untuk dilaksanakan.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: