Patriotisme (kisah atuk)

9 06 2008

Semangat cintakan tanah air. Kalau aku lahir2 seorang rakyat di negara2 Afrika yg hidup menjadi hamba di tanah air sendiri, adakah aku akan mencintai tanah air aku sebagaimana aku cintakan Malaysia sekarang? Jawapan aku tidak.

Kalau semangat patriotik dalam diri aku sangat tebal, aku rasa aku akan jadi seperti blogger2 yg penuh menulis tentang politik Malaysia. Pemimpin tu salah, ni salah. orang ni bagus, orang tu hampes.. Aku dedahkan semua itu untuk pengetahuan umum supaya negara aku tidak hancur disebabkan oleh tangan2 pemimpin yg tidak bertanggungjawab. Aku perlu lakukan semua itu demi masa depan negara aku.

Semangat patriotik aku di tahap biasa sahaja. Level yg sama dengan hampir semua rakyat Malaysia. Cuma aku menyerlahkannya bukan di hari kemerdekaan 31 ogos, itu aje. Aku tulis dalam blog ini begitu sebagai simbol mengenang budi pada kerajaan yg membela aku. Dan atuk aku yg sekarang menikmati tuah atas usaha perjuangan beliau memperjuangkan kemerdekaan negara Malaysia.

Sewaktu zaman penjajahan Jepun di Malaysia dulu, atuk aku berperang dengan tentera Jepun. Beliau memilih untuk menjadi perisik tentera Inggeris, dengan niat hendak mengusir tentera Jepun. Suatu ketika, ketika berperang, atuk aku ditawan oleh tentera Jepun dan diseksa dengan kejam. Tetapi beliau bernasib baik dapat melepaskan diri dari tawanan Jepun dan lari masuk ke dalam pesawat tentera Jepun ketika sedang diburu.

Atuk aku berjaya melarikan diri dengan terjun dari kapal terbang tetapi payung terjunnya tersangkut pada sebatang pokok. Banyak hari beliau cuba melepaskan dirinya yg tersangkut di pokok itu dan akhirnya berjaya. Beliau kembali kepada tentera British dan membuat laporan.

Selepas itu beliau menyelinap masuk ke dalam kapal selam British. Dan dengan takdir Allah beliau sampai ke Mekah dan dapat menunaikan haji dan berguru ilmu perubatan di sana.

Zaman penjajahan Jepun akhirnya berakhir. British di waktu itu sedia memerdekakan Tanah Melayu. Sekembalinya beliau di kampungnya di Bukit Senggeh, Melaka, orang kampung terkejut melihat beliau masih hidup. Beliau difikirkan sudah mati ketika dalam tawanan Jepun bersama tawanan2 yg lain. Beliau diangkat sebagai pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.

Sehingga hari ini, beliau masih conquer tv pada pukul 6. Melihat berita. Melihat berita mengenai negara Malaysia yg beliau perjuangkan kemerdekaannya beberapa puluh tahun dahulu. Beliau berbangga negara Malaysia yg ditadbir parti perikatan telah menjadi semaju yg sekarang ini, dan beliau adalah salah seorang perjuang Melayu yg sanggup menggadai nyawa demi menghalau penjajahan kuasa asing yg merosakkan orang Melayu, merompak segala sumber bumi Tanah Melayu.

Jika ditanya mengenai hak ketuanan Melayu, beliau akan lantangnya menyatakan bahawa bangsa Melayu berhak ke atas tanah air mereka ini. Kerana sudah banyak darah bangsa Melayu yg sudah tumpah demi membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah. Memperjuangkan kemerdekaan itu bukan perkara yg senang. Tanah Melayu hak orang Melayu. Jangan persoalkan ketuanan Melayu.

Ketika ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-50 yg disambut di Banda Hilir, Melaka, Atuk aku, Haji Ahmad bin Haji Joned JP, AMN. di atas kerusi roda disorong di tengah2 perarakan hari kemerdekaan bersama2 beberapa pejuang2 tanah air lain yg masih hidup dan YAB Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri2 lain serta disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai tanda negara Malaysia menghargai perjuangan beliau dan pejuang2 kemerdekaan yg lain.

Aku berasa bangga menjadi cucumu. Aku mengecapi nikmat di atas usaha perjuanganmu. Terima kasih Atuk. Terima kasih Malaysia.

(kronologi kisah perang beliau sebenarnya aku tak ingat secara detail. mungkin yg aku tulis ni pun ada silap sikit fakta. panjang sangat kisahnya. kalau berminat nak tahu lebih lanjut, temuramah la atuk aku sendiri. beliau ada buku diari catatan kisah perjuangan beliau)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: