Bumi menangis..

10 06 2008

Bumi Malaysia menangis.. Menangis dengan kemungkaran dan kerosakan manusia2 yg hidup di atasnya.. semuanya berpunca dari kegagalan pemimpin2 yg dilantik oleh Rakyat menunaikan amanah mereka.

“Saya pemimpin Islam, mana saya boleh buat macam tu”.
“Saya pemimpin Islam..”

Adakah begitu contohnya seorang pemimpin Islam memimpin negaranya? Setahu aku dalam Islam tidak ada istilah kronisme, “menjual” negara, “menzalimi” rakyat demi kepentingan kroni2nya.. Janganlah mereka2 ini mengaku melaksanakan amanah yg diberikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini dengan sebaiknya..

Jika dilihat kembali surah Al-Baqarah ayat 30 itu, “… sesungguhnya Aku(Allah) mengetahui apa yg tidak kamu ketahui.” Jelas membuatkan aku mempersoalkan kredibiliti pemimpin2 ini sebagai khalifah Allah.. mereka bukan khalifah2 Allah yg sepatutnya berada di kedudukan itu..

Pemimpin2 negara yg berkelulusan perundangan dan kedoktoran sebelum ini berjaya mentadbir negara dengan baik. Sepatutnya pemimpin yg berkelulusan pengajian Islam boleh menunjukkan kejayaan negara dengan pentadbiran cara Islam.. malangnya ianya tidak berlaku seperti sepatutnya. Aku lebih rela memilih pemimpin yg bukan berkelulusan pengajian Islam tetapi dididik dengan ajaran Islam sesempurnanya sejak kecil..

Di sini aku buat kesimpulan, untuk menjadi pemimpin yg baik, seseorang itu mestilah memiliki kepakaran dalam sekurang2nya 1 bidang ilmu duniawi, x kisahla law ke, sciences & engineering ke, ekonomi ke.. daripada menjadi pemimpin yg dipengaruhi orang lain untuk buat itu dan ini, kerana dirinya sendiri tidak memiliki ilmu2 duniawi itu.

Pemimpin negara, sesungguhnya Rakyat merintih, bumi menangis di atas tindakan2 mu.. teraniaya dengan kezalimanmu. Jika Rakyat mendoakan perkara buruk pada mu di atas penganiayaanmu, doa2 mereka kelak dimakbulkan oleh Allah s.w.t..

Jangan nanti bumi mencelamu sehingga bumi tidak mahu menerima pengebumian jasadmu.. Nauzubillahi min zalik..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: