Life is like a RPG game.

12 06 2008

Ada seorang kawan pernah beritahu aku dulu, “Hidup ini macam game RPG” (roleplaying game)
-klik untuk entri penuh-

Dalam hidup kita ini, biasanya pada tempat yg sesuai dan masa yg sesuai, Tuhan akan temukan kita dengan suatu keadaan dan permasalahan. Ada suatu quest/mission「課題」 di hadapan anda dan perlu diselesaikan. Dalam berusaha mencari penyelesaian kepada quest/mission「課題」 itu, kita akan gain experience「経験値」. Sekali quest itu dapat kita selesaikan ataupun kita solve satu problem tu, kita akan level up – pemikiran menjadi lebih matang.

Tetapi dalam game RPG ini, kita perlu ingat suatu perkara – terdapat cabang kemahiran, skill, ability yg kita pilih untuk kita kuasai. Pilihannya tiada had. Kita bebas memilih untuk mempelajari kemahiran apa sahaja. Keputusan terletak padamu. Kamu boleh memilih skill yg unik, yg tidak dimiliki orang lain, sekiranya anda mahukannya.

Oleh sebab itu, ramai antara kita yg sanggup menghadapi sesuatu problem, menyelesaikan quest mahupun melaksanakan mission dengan jayanya. Kerana ada ganjaran menanti – level up. Level up akan disertai dengan skill baru yg kita pelajari. Manusia akan terus menerus level up hingga game over – hidupnya di bumi ini berakhir.

Allah akan terus beri tugasan dan permasalahan untuk kita hadapinya, dan semuanya untuk mematangkan diri kita. Belajarlah dan latihlah diri menghadapi permasalahan itu.

Ada manusia yg memilih untuk melarikan diri dari melaksanakan tugasan/permasalahan itu. Itu terpulang. Tuhan takkan menghukum kau kerana tidak melakukannya. Kamu masih lagi memiliki satu kemahiran: kemahiran melarikan diri dari masalah. You never learn any other skill/ability. And you never level up neither.

Mesej yg ingin disampaikan di sini, kalaulah satu masa nanti kita dihadapkan dengan masalah, cubalah selesaikan/hadapinya. Melarikan diri adalah option terakhir yg harus dipilih. Pengalaman menghadapi perkara sebegini akan mematangkan fikiran semoga kita tidak akan mengulangi kesilapan yg sama dalam memilih penyelesaian terbaik apabila perkara itu berulang lagi. Carilah kekuatan untuk menghadapi masalah itu. Kekuatan itu ada di dalam dirimu..


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: