Kenapa bahasa baku?

13 06 2008

(read this) amanyus: Kenapa bahasa baku?

Topik yg menarik perhatian aku. Aku rasa nak sumbangkan pendapat aku gak mengenai topik ini. Sebab blog aku juga berbahasa Melayu, walaupun tidaklah berbahasa baku.

Ada antara orang kita yg menganggap, “Weblog ini semua kan untuk bacaan satu dunia. So, write in English laa beb!! Kat kampung boleh la nak berbahasa Melayu. Ni sampaikan kat internet pun nak berbahasa Melayu.
Komen aku: Ya saya tahu pemikiran awak lebih “global” berbanding orang2 Melayu yg kat internet pun sibuk nak berbahasa Melayu. Kampung betulla mereka2 ini – mungkin mereka ini orang kampung dan awak orang bandar, tapi awak silap.

Bahasa ialah suatu sistem komunikasi yg dicipta oleh manusia untuk menyampaikan mesej, idea, emosi, dan untuk melahirkan perasaan di dalam hati dalam bentuk kata2 untuk difahami jelas maksudnya untuk orang yg mendengarnya. Lainlah kalau awak memilih bahasa Inggeris supaya satu dunia memahami apa yg awak ingin katakan.

Suatu masa dahulu, bagai wujud satu tembok besar depan aku untuk bercakap dengan orang melayu yg lain dalam bahasa Inggeris mahupun bahasa Iepun. Sebab pada aku kan lebih senang jika menggunakan bahasa Melayu yg pastinya mereka lebih faham berbanding bahasa Jepun yg mereka hanya tahu jawab, “hait! hait! arigatok!!”. Dan bila bercakap dalam bahasa Inggeris pula aku merasakan yg kata2 itu bukan 100% datangnya dari hati aku. Aku hanya ingin “berlagak” cakap omputeh.

Ada juga antara orang kita mengatakan, “Aku suka nak berbahasa Inggeris dalam blog kerana aku rasa lebih mudah untuk melahirkan perasaan aku dalam ayat Inggeris. Kadangkala bila aku hendak menulis dalam bahasa ibunda(melayu) sendiri ianya nampak “stupid””
Komen aku: Ya, ramai antara kita orang Malaysia yg berpemikiran ataupun berperasaan sebegitu. Erm.. tak salah, jika itu cara yg paling selesa untuk mu.

Aku rasa aku berkemampuan untuk menyampaikan sesuatu mesej ataupun isi hati aku dalam bahasa Melayu dengan jelas. InsyaAllah tiada masalah dalam mencari kosa kata yg sesuai untuk menyampaikan mesej itu dengan jelas dalam bahasa Melayu. Kadangkala rasa kepuasan dalam diri itu akan muncul pabila si pendengar memahami ayat tersebut. Tidak kurang juga ada yg bertanyakan balik maksud istilah aku gunakan yg mereka tidak faham. Normal. Tidak ramai yg menghafal Kamus Dewan.

Ada orang antara sanggup belajar bahasa Perancis kerana bahasa Perancis dikatakan bahasa paling romantik dalam dunia. Dan pada mereka yg belajar bahasa Jepun, mereka tidak berasa kekok untuk menggunakan ayat2 jiwang apabila bercakap dengan pasangan mereka, mahupun ketika membicarakan tentang cinta bersama rakan2 mahupun keluarga. Sebab bahasa Jepun itu sendiri adalah bahasa jiwang yg poyo. Aku pula kadangkala gunakan istilah bahasa Jepun pada mereka yg faham bahasa Jepun kerana bahasa Jepun ditulis dalam tulisan Kanji (asal tulisan China) yg sememangnya setiap perkataan(Kanji) mempunyai maksud yg tepat untuk menggambarkan sesuatu perkara.

Ada orang berasa malu hendak meluahkan perasaan dalam bahasa Melayu. Alasannya bahasa Melayu jiwang sangat. Kalau kasar terlalu kasar, sopan terlalu sopan, jiwang terlalu jiwang. Mungkin ada konsep yg silap di situ. Kasar ke, sopan ke, jiwang ke, itu semua bergantung pada kemahiran berbahasa setiap orang. Aku rasa mungkin kau perlu menonton “Puteri Gunung Ledang” untuk belajar bahasa Melayu.

Bahasa Melayu adalah bahasa yg sangat unik. Bahasa yg dalam sebaris ayat boleh mempunyai lebih daripada 1 makna. Sebaris ayat boleh menyampaikan 2 atau 3 mesej yg berbeza. Ayat berlapis, orang Melayu kata. Jadi ayat yg dilafazkan dengan lembut dan bersahaja pun bisa merobek hati dan mencalar maruah seseorang. Ataupun ayat yg hanya membanding seorang gadis dengan keindahan alam sahaja sudah bisa melambangkan begitu cantiknya gadis itu di dalam hatinya. Bukan hanya lafaz mulut, “Kau nampak cantiklah”, “Saya cintakan awak” seperti dalam kebanyakan bahasa yg lain. Hanya mulut yg ringan berbicara kata2 yg bukan lahir dari hati yg sejati.

Aku akan terus berbahasa Melayu di dalam blog ini. Sebab aku ingin berkongsi idea, pandangan, perasaan aku dengan orang Malaysia. Kalau boleh aku mahu mesej aku didengari oleh seluruh rakyat Malaysia di mana pun mereka berada. Bukan omputeh. Bukan omjepun.

Aku juga tak mahu jika ada mereka yg ingin google perkara yg mereka ingin cari menggunakan bahasa Malaysia, laman web yg keluar hanyalah laman web dari Indonesia. Bahasa Melayu dipupuskan oleh bangsanya sendiri. Bukan kerana orang lain yg menyuruh kita pupuskan bahasa ibunda kita sendiri, tetapi diri kita sendiri yg memilih untuk mempupuskannya.

Bahasa Melayu direndahkan martabat oleh bangsa Melayu sendiri. Janganlah kita mengharap bangsa Cina, India dan etnik lain di Malaysia akan berbahasa Melayu dengan bangganya kerana itu adalah bahasa rasmi negara Malaysia, sedangkan orang Melayu yg lahir dengan bahasa itu sendiri malu untuk berbahasa Melayu. Dan jangan kau harap ada penduduk dunia lain ingin berbahasa Melayu jika kau sendiri tidak mahir berbahasa Melayu.

Bahasa jiwa bangsa. Carilah dalam jiwa kita, di manakah letaknya jatidiri Melayu kita. Mungkin ramai antara kita yg jiwanya adalah jiwa Inggeris. Tidak hairanlah jika ramai orang Melayu di luar sana yg berlagak seperti orang putih. Jiwanya bukan Melayu lagi.. menyedihkan..


Actions

Information

5 responses

13 06 2008
Aman

Bagi pendapat aku, cabaran sekarang adalah untuk mengadakan penulisan yang mudah dan tidak kompleks untuk difahami. Ia sememangnya sukar tetapi penulisan yang baik memberikan kepuasan pada penulisnya.Terus terang aku tidaklah seorang yang berpengalaman menulis – malah pernah fail BM semasa <>trial<> SPM – atau gemar membaca, tetapi aku banyak belajar daripada pengalaman berkomunikasi semasa belajar dan semasa kerja. Penulisan sama sahaja dengan percakapan. Ia adalah komunikasi. Dan komunikasi yang mudah difahami umum adalah satu kepuasan bagi penyampai.Penulisan untuk umum juga adalah satu cabaran. Kerana pelbagai jenis manusia yang berlainan laluan hidup yang akan membaca tulisan kita, dan mengelak dari menyentuh sensitiviti mana-mana pihak juga adalah satu kemahiran yang mencabar. Jika kita dapat lakukan ini dengan baik, maka akan memberi kepuasan.<>Rasa macam rangka komentar aku ni berterabur. Huhu. Tak apa. Aku cuba lagi nanti. Haha.<>

17 06 2008
fahmi

ko tak penat ke tulis panjang2 ni bear?

18 06 2008
I_Am_Megat

aku setuju dengan pendapat ko..tak hilang identiti aku sebab aku tulis dalam bahasa inggeris (walaupun tak sempurna) tapi benda tu bergantung kepada target reader + keselesaan. nak tulis dalama bahasa melayu memang senang tapi senang-senang dia pun ada susahnya. Aku dulu suka buat karangan…nantilah aku guna dalam blog aku..thanks!

18 06 2008
Beskal Emas Tua

Ye setuju dengan komentar kau aman. hehe.mmm.. aku tulis bila ada mood nak menulis. jadi nak kata penat tu xdelah. biasanya aku kena edit 2 3 kali sebelum publish, kasi x panjang sangat. jenuh nak membaca kang..aku memang lagi selesa berbahasa melayu kot. kalau kena cakap dalam jepun ke, english ke, selalu lepas tu aku rasa rahang aku sakit.. nape ntah.. hehehe

20 10 2009
nabihah

kalo bahasa melayu,aku suka bahasa melayu lama
mcm dlm hikayat2
tp susah nk buku cite skang yg gune bahasa melayu lama,
ape pndpt ko ttg bahasa melayu lama?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: