Nilai sebuah mimpi

18 06 2008

Mimpi. Selalu orang katakan ianya hanyalah mainan syaitan. Ada juga yg katakan ianya adalah petunjuk daripada Allah. Pelbagai tafsiran yg berbeza dilakukan oleh pentafsir mimpi. Nabi Yusuf juga seorang pentafsir mimpi yg mentafsir mimpi Raja Mesir, Qithfir. Itu antara bukti kukuh bahawa mimpi mempunyai nilainya yg tersendiri. Persoalannya, apakah nilai sebuah mimpi?
-klik untuk entri penuh-

Kita terus menerus menganggap mimpi yg kita itu hanya mainan waktu tidur.. Tetapi pada aku, apabila hampir setiap malam kita bermimpi, pasti ianya bukan sekadar mainan semata2.

Sebelum aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Jepun, aku perolehi mimpi. Sebelum aku menemui kembali cinta pertama aku lepas lama kehilangan, aku perolehi mimpi. Dan banyak lagi petunjuk2 dan mesej2 yg datang dalam mimpi, sejurus aku bangun tidur, aku laksanakan sesuatu seperti (yg disuruh) dalam mimpi. Alhamdulillah.. petunjuk dalam mimpi selama ini tidak pernah memerangkap diri aku. Kadangkala juga aku berasa gembira kerana aku berjaya melengkapkan mimpi aku.

Pada aku, menikmati mimpi adalah suatu nikmat. Kita menjadi watak utama dalam mimpi, bebas melakukan apa sahaja dalam mimpi, dan mimpi juga adalah cermin yg memperlihatkan diri kita kepada diri kita sendiri. Dalam erti kata lain, kita mempunyai 2 dunia. Dunia realiti dan dunia mimpi.

Walaupun dalam dunia realiti ini kita rasa penat bekerja, stress dengan masalah hidup, terasa susah payah menjadi seorang manusia, di dalam dunia mimpilah kita berpeluang untuk ketepikan segalanya kepayahan itu dan menikmati “dunia” ini sepuas2nya. Menikmati dunia yg sangat indah. Dan bangkitnya dari tidur, kita mempunyai mood yg baik dan semangat yg baru untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Tak kurang juga ada yg tension gak bila ada yg bermimpi bertemu gadis/lelaki idaman dalam mimpi dan berharap mimpi itu berterusan selamanya..

Pengalaman dalam mimpi mematangkan fikiran – aku fikir perkara itu relevan. Pertama kali aku jatuh cinta syok sendiri adalah sewaktu berumur 16 tahun, dan pertama kali aku ada komitmen dengan seorang gadis di umur 18 tahun. Tapi dalam mimpi lagi aku dah bercinta pada umur 13/14 tahun. Tak tahulah ke mana hilangnya gadis yg selalu datang dalam mimpi aku tu dulu.. Pengalaman bercinta baru 2 kali tapi aku rasa aku dah boleh menghuraikan mengenai cinta itu panjang lebar. Ada kawan yg melabelkan aku “Dr. Love”. Tapi aku tiada ijazah pun dalam bidang itu. Sekadar berkongsi pendapat, InsyaAllah aku boleh lakukan. Masih belajar dan belajar..

Pernah tak anda mengalami “deja-vu”? Rasa seperti pernah berada di tempat yg sama, keadaan yg sama, dan menyebutkan kata2 yg sama. Kadangkala hingga berulang kali. Kamu tidak rasakah ini semua berasal dari mimpi? Saintis gagal membuktikan fenomena ini. Kesimpulan aku mudah sahaja.. ianya berasal dari mimpi.

Mungkinkah mimpi ini adalah “spoiler” dari buku kisah hidup anda? Anda buatlah penilaian itu sendiri..

Kiranya anda percaya mimpi itu ada nilainya, anda mungkin sedang meletakkan kedua2 dunia ini selari antara satu dengan yg lain, menikmati dan mempelajari sesuatu dalam dua dunia ini dengan sebaiknya.. Dunia ini indah.. dan pilihan haluan hidup yg tepat akan menemukan kita dengan pintu di hujung dunia, pintu yg menuju ke syurga.


Actions

Information

One response

6 12 2008
Anonymous

rsa2nya..kalau kita kerap mimpikan lelaki yang sama mcm mana ya..?dan kalau mimpi sebelum subuh tu..boleh pcaya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: