Cinta sebelum perkahwinan

20 06 2008

Seringkali aku mendengar rakan2 mengutarakan pendapat mereka tentang cinta. Ada yg sedang dilamun cinta sampai bila bercerita nama si dia aja yg keluar sampai rasa naik bosan. hehehe. Ada juga yg masih keliru dengan perasaan sendiri sama ada adakah ianya cinta. Ada juga yg berkesedihan kerana kehilangan cinta. Ada yg berasa dirinya sepi tanpa cinta, dan ada juga menolak sekeras2nya kehadiran rasa cinta. Kerana padanya cinta hanya patut wujud selepas perkahwinan.

Di sini aku ingin berkongsi pandangan aku mengenai cinta. Dan jawapan mengenai cinta ini adalah subjektif. Betul atau salah, itu terpulang padamu.

Mungkin ramai antara kita yg bersetuju dengan aku, bercinta adalah utk menuju ke arah suatu perkahwinan. Dalam fasa ni kita belajar mengenali seseorang, menaruh perasaan lebih dari suka terhadap seseorang. Setia dan percaya pada perasaan cinta itu. Ada yg sampai hatinya dilukai atau melukai. Persoalannya, adakah benar perasaan cinta itu membenarkan kita berkelakuan seperti suami isteri yg sudah berkahwin? Jawapannya tidak.

Aku bersetuju kalau ada antara rakan2 aku yg ingin bercinta. Sebab pada aku adalah penting untuk belajar menilai harga cinta dari seseorang itu, menikmati hikmah akan kekuatan yg ada dalam cinta itu, dan sebagai balasan terhadap cinta itu, balaslah ia dengan perasaan cinta yg tulus ikhlas dari hati kita sendiri.

Kalau hendak disifatkan cinta ini, cinta ialah suatu unsur dalam hati yg sgt fragile yg lapisan luarnya dilindungi oleh setia dan dicantum/dihubungkan dengan hati yg lain dengan percaya. Kemudian hati ini bertukar milik: kamu membawa hati si dia dan si dia pula membawa hati kamu. Dan setelah itu sama2 memegang amanah menjaga hati baru milikmu itu sebaik2nya. Walau dipisahkan kedua hati itu beribu batu jauhnya pun, ikatan percaya tadi itu tidak akan terputus. Hati akan akan berdenyut menyampaikan signal cinta pada hati yg satu lagi. Begitulah juga apabila satu hati dilukai, maka satu hati lagi pasti akan terasa lukanya melalui ikatan itu tadi.

Susah sebenarnya nak handle with care hati orang yang kita cintakan ni.. Lebih2 lagi bila berjauhan.. Ada orang merelakan setia yg melindungi hatinya itu dihakisi oleh orang lain. Ada yg ikatan percayanya yg menghubungkan kedua hati itu semakin longgar dan akhirnya terpisah kedua hatinya. Berjauhan antara satu sama lain adalah ujian terbesar antara 2 hati ini: menguji sekuat mana benteng (lapisan luar) kesetiaan yg melindungi hatinya dan sekuat mana ikatan kepercayaan antara kedua2 hati ini.

Bila sudah berkahwin, mereka akan tinggal bersama. Sambungan/ikatan antara kedua-dua hati ini diteguhkan bersama apabila dapat bertemu dan bermesra bersama hari2. Sama2 juga saling melindungi lapisan kesetiaan daripada dihakisi orang lain. Susah senang sentiasa dilalui bersama. Boleh dikatakan ujian2 getir pada hubungan sebegini hanya akan datang pada saatnya ia akan datang..

Jadi mesej yg aku nak sampaikan di sini ialah, jika ada peluang untuk bercinta, anggaplah ini suatu peluang untuk kita belajar bercinta. Ia meliputi banyak perkara: kita belajar mengenali hati orang lain dan mengenali hati diri sendiri, memupuk dan membentuk ikatan cinta, dan seterusnya berusaha mengekalkan ikatan dua hati itu sedaya termampu diri kita. Berusaha untuk menjadi seorang lelaki yg boleh diberikan kepercayaan dan amanah menjaga hati seorang perempuan, dan begitulah sebaliknya yg perlu dilakukan oleh seorang perempuan.

Tiada manusia yg sempurna. Kegagalan bercinta atas sebab kelemahan diri adalah lumrah manusia. Gunakanlah peluang yg ada untuk terus belajar dan belajar bercinta. Jangan kunci hati kita.. takut nanti hati kita menjadi keras dan tiada jiwa di dalamnya.. Pada yg rasa tidak diberi peluang mempelajari cinta, percayalah dalam diri sendiri bahawa anda mempunyai kredibiliti yg cukup untuk menjadi seorang suami/isteri yg soleh/solehah nanti, tanpa perlu belajar bercinta banyak kali. Kerana ada orang sudah pandai menilai dan memilih permata dengan 1st try, tetapi ada manusia yg kerap tersalah pilih kaca dan agak mengambil masa untuk dapat membezakan antara kaca dan permata yg berselerak di depan mata..

Jangan meletakkan niat ingin bercinta itu berserta niat memenuhi hawa nafsu. Kerana kelaknya boleh membawa padah. Kerana (1) nafsu (2) hawa (3) dunia (4) syaitan adalah musuh utama kita yg boleh menghumban kita ke neraka. Niatlah bercinta itu untuk belajar menjadi seorang lelaki/wanita yg sempurna. Dan sebelum kahwin ni jangan taksub bercinta.. Latih diri menjadi orang yg boleh mengawal emosi dengan rasional akan fikiran.🙂

Pada yg sedang ingin bercinta, selamat bercinta! Pada yg akan melangsungkan perkahwinan, hargailah nikmat dan anugerah yg tuhan kurniakan kepada orang2 yg bercinta keranaNya. Dan pada yg masih belum bercinta, masa dan ketikanya insyaAllah akan tiba pada saat dan ketika yg paling sesuai ia datang. Pada yg rasa dah cukup2lah bercinta, tunggu nak kahwin aja, marilah sama2 gunakan masa yg ada untuk mempelajari segala ilmu lain yg ada di dunia dan ilmu untuk akhirat. Kerana cepat ke, lambat ke, sudahpun tertulis di luh mahfuz bila kita kan bertemu jodoh kita. Andai si dia jodohmu yg tertulis di luh mahfuz itu, pastinya Allah akan mencampakkan rasa cinta itu di dalam hatimu, dan jua di hatinya. InsyaAllah..

(nota: untuk peringatan diri sendiri gak semua ini sebenarnya..)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: