monolog 6/22

22 06 2008

“Aku boleh buat apa yg aku suka di sini tiada siapa boleh menghalang aku. Aku seorang seniman. Menghalang aku dari melahirkan karya2 aku adalah suatu penyeksaan. Kenapa mesti kau hendak menyeksa aku? Kau tahu kenapa aku membawa kau hidup bersama aku sebagai isteri di rumah ini? Sebab aku mahukan seorang teman yg boleh meniupkan semangat aku dalam usia uzur aku ini.. Kau seharusnya memberi aku kekuatan, bukan menyeksa diri aku..”

Petikan baris ayat dari drama “Perempuan (kepada) Seorang Sutradara”. Mungkin dengan baris2 ayat di atas ini sahaja kita sedikit sebanyak dah boleh faham jiwa seorang seniman. Ataupun isi hati seorang yg mempunyai hasrat, impian dan cita2 terhadap sesuatu yg sudah menjadi sebahagian dari jiwanya.

Aku tak tahu nak kategorikan diri aku dalam kelas apa. Mungkin aku seniman, mungkin aku pejuang, mungkin aku orang yg kuat bermimpi. Jauh di sudut hati aku, aku menghargai nilai seni warisan melayu yg dah sebati dengan diri, berjuang untuk pertahankan kesenian itu dari luput ditelan zaman, dan mempunyai hasrat, impian dan cita2 untuk memperlihatkan seni2 itu ke seluruh dunia. Itu adalah jiwaku. Itu adalah akarku.

Biarpun dicabut hingga ke akar dan di bawa dari bumi melayu ke bumi sakura pun, ia pasti akan membuahkan buah yg sama dan putik bunga yg sama. Kerana ianya disemai dari akar yg sama.

Mungkin hujan emas di negeri orang kan menyemai pohon itu dari akarnya lebih subur dari hujan batu di negeri sendiri. Namun begitu, pastinya negeri sendiri juga tempat akar itu ingin berdiri. Kerana di situlah asal akarnya..

————————————————————————————————-

Perempuan seorang sutradara. Seorang sutradara pun ingin mencari seorang perempuan yg memahami jiwa seninya. Biarpun apa pandangan, cemuhan orang lain terhadap dirinya, perempuannya itulah seorang insan mulia yg tetap setia berada di samping suaminya. Kerana hanya si dia yg memahami jiwanya. Si dia yg sentiasa memberi kekuatan pada dirinya mencapai apa yg diingini oleh jiwanya.

Aku juga inginkan perempuan yg memahami jiwaku.


Actions

Information

2 responses

2 08 2008
nabihah

ak cdgkan ko bace novel2 faisal tehrani,terutamenyer novel surat2 permpuan johor ngan kekasih sam po po,tapi ak rase semue novel die best2…

5 08 2008
Beskal Emas Tua

oo ye ke. thanks for your info.nama faizal tehrani tu cikgu skolah agama aku dulu selalu sebut sbb dia ex-student skola tu. xpnah baca karya dia yg lain selain dari “Kerana manisnya epal”. huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: