Ubah diri

26 06 2008

Aku tertarik dengan satu kisah yg diceritakan pada aku. Cerita pakciknya kepada dirinya.

“Pada waktu kecil kan, kau ada cakap yang kau ada impian untuk mengubah dunia. Nak jadi batman, superman, spiderman untuk mengubah dunia jadi aman damai.

Bila dah remaja sikit, kau dah mula berimpian untuk mengubah negara. Jadi perdana menteri, ahli politik, atau sekurang2nya pun menjadi polis, cikgu, engineer supaya negara ini menjadi aman, maju dan masyarakatnya berilmu dan berpendidikan

Bila dah dewasa pula, kau mula beralih fikiran untuk berusaha mengubah nasib keluarga. Nak jadikan ahli keluarga aku hidup dalam sihat sejahtera, hidup senang, semuanya berjaya sehingga dapat dicontohi dan disegani keluarga lain.

Tetapi nanti bila kau dah tua nanti baru kita mula perasan, yang sebenarnya kita bukanlah sesiapa yang sangat berkuasa, mampu untuk mengubah dunia di sekeliling kita, MELAINKAN sebelum itu kita berusaha dan mengubah diri kita terlebih dahulu.”

Ketika mendengar cerita ini, aku teringat zaman kanak2. Banyak impian dan cita2 yang ingin kita capai. Tetapi lama kelamaan kita rasakan perkara2 itu semakin sukar dicapai dan akhirnya dari peringkat ingin mengubah dunia, skopnya menjadi lebih kecil dan kecil. Mungkin sampailah di suatu tahap kita dah terlalu tua untuk berusaha mengubah nasib keluarga, negara dan dunia ini, barulah kita sedar yang pokok pangkalnya kita kena mengubah diri kita dahulu.

Saat itu barulah kita tahu, dunia tidak berubah mengikut seperti yang ingin kita ubah, tetapi kita yang perlu mengubah diri kita sendiri. Masih belum terlewat untuk kita menjadi seorang yang lebih maju ke hadapan.

The world does not revolve around you.


Actions

Information

One response

19 07 2009
nabihah

sangat betol🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: