Makan

3 07 2008

Cuma kita kategorikan cara makan kita. Adakah kita makan dengan cara menikmati, ataupun dengan cara melantak?

Aku mengaku, 5 tahun dulu, masa berada di Malaysia, aku kategorikan cara makan aku dalam kategori melantak. Makan hanya untuk menghilangkan lapar. Sumbatkan jela sampai kenyang. Tapi Alhamdulillah masa tu aku muda lagi, makan banyak mana pun badan tidak naik.

Tetapi setibanya di Jepun, aku mula belajar menikmati makanan. Nikmat makan ni adalah antara nikmat hidup yg terbesar. Makan sikit-sikit sambil menikmati setiap suapan yg masuk dalam mulut. Kenikmatan makan sepinggan hidangan yg hanya 5 minit dapat dipanjangkan menjadi 20 minit. Bahan masakan yg digunakan di sini segar2 dan berkualiti.

Aktiviti jalan2 cari makan telah menjadi hobi aku bersama seorang lagi partner-in-crime aku kat sini. Sanggup pergi Kyoto/Osaka, keluar masuk restoran sedap2 dan pulang dengan penuh rasa kepuasan yg tak terhingga!!

Hari ini aku makan di restoran Thai. Khuang Jai Restaurant, terletak di Sannomiya, Kobe. Aku bagi rating 4/5 bintang. Lama tak rasa kenikmatan makan sebegini sejak partner-in-crime aku dah pulang ke Malaysia. Restoran Thai ini memberi rasa unik Thai yg tidak sama dengan restoran Thai yg lain. Sesiapa yg berkesempatan ke sini, cubalah!

Tips aku kepada semua yg ingin cuba menikmati makanan. Terutamanya yg ingin menjamu selera di medan2 ikan bakar. Kurangkan makan nasi sedaya mungkin, dan pastikan anda “makan lauk”, bukan “makan nasi”. Aku jamin kenikmatan 100%. Bezakan kenikmatan rasa setiap jenis ikan yg ada. Pasti menarik.

(jangan kaitkan entri ni dengan kenapa badan aku gemuk. aku gemuk sebab cara hidup yg kurang sihat, makan banyak bila tension. dan aku memang terasa membazir bila makanan dimasak banyak dan takde orang tolong makan. jadi tolong2lah abiskan makanan tu untuk aku..)


Actions

Information

One response

2 08 2008
nabihah

btul ko ckp tuh,ak nih sbnrnyer jenis org yg mkn lmbt,mkn kunyah slow,smpi mak aku ckp ak mkn mcm nenek ak,hehe…bukanyer ape ak tak bleh mkn laju2 sbb nanti perut ak kembung…ko jgn tak tau, ak kalo mkn dpn tv mau smpi 1/2 jam….bad2 habit mkn dpn tv,hihi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: