Jubli Perak Samura

4 07 2008

Setiap kali melihat gambar2 ex-student samura yg datang ke Sekolah Sains Muar untuk sama2 dengan pelajar dan guru2 di sana menyambut ulangtahun jubli peraknya, tiada perasaan lain yg lahir selain dari perasaan terkilan. Kalau aku berada di Malaysia sekarang ini, sememangnya aku akan hadir ke majlis itu.

Bukan kerana aku terlalu berbangga dengan sekolah lama aku itu. Bukan kerana aku mengharapkan akan dapat berjumpa kawan2 lama di situ.

Semuanya adalah kerana banyak memori aku yg tertanam di situ. Setiap kaki persegi dalam Samura itu ada menanam banyak kenangan aku di situ. Aku bukan jenis orang yg membawa bersama memori bersama aku. Aku tinggalkan memori2 itu di situ kerana di situlah tempat ia sepatutnya berada.

Setiap kali melangkah masuk ke Samura, setiap memori2 lama yg ditinggalkan di situ akan menerjah masuk dalam fikiran satu persatu, dan aku tidak dapat menghalang diri sendiri dari tersenyum, mungkin tergelak sorg2, atau mengeluh kesedihan. Terlalu banyak kenangan aku tinggalkan di sana walaupun hanya 2 tahun sahaja. Samura adalah syurga zaman persekolahan aku..

Bila melihat gambar2 ex-student yg datang ke Samura turut datang menyambut ulang tahun ke 25 kelahirannya, aku rasa gembira juga melihat mereka semuanya boleh dikatakan berjaya dalam hidup mereka. Ada yg menjadi jurutera, arkitek, doktor, lecturer, usahawan berjaya, dan banyak lagi. Samura telah melahirkan org2 yg berjaya seperti mereka2 ini.

Terima kasih seluruh warga Samura. Aku akan mengenang jasamu dan membalas jasamu. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula Sains Muar..
>>Youtube link for this video<<

Lagu Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA)
-Berilmu dan Berbakti-


Janji kami pada negara dan bangsa
Menunaikan khidmat dan jasa
Berilmu Berbakti amalan semua
M
encapai cita-cita
Restui kami dari ibu dan bapa
Semoga kami berjaya
Bergerak melangkah berjuang bersama
Untuk nusa dan bangsa
Kamilah pelita alam semesta
Tunas pemimpin negara
Pelopor pada kemajuan pembangunan
SMS mengorak langkah
Doa kami pada Allah yang Esa
Menyanjung segala usaha
Menuju ke arah matlamat utama
Berusaha akan berjaya

Actions

Information

2 responses

18 07 2008
I_Am_Megat

bear…bile nak masuk entry soltan mohammad??hehe

2 08 2008
nabihah

hehe…aku pun same…bile ingt2 blk…slalu aku syum sengsorg :)…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: