Iblis vs Syaitan

5 07 2008

Suatu ilmu baru hari ini yg ingin dikongsi bersama. Tahukah anda apakah bezanya Iblis dan Syaitan?

Pada kita2 yg selalu nak sembahyang ringkas dan cepat, Surah An-nas kat bawah ini cukup popular,

“Katakanlah, Aku berlindung kepada Tuhan yg telah memelihara manusia. Raja kepada manusia. Yg disembah manusia. Dari kejahatan syaitan yg khannas (yg diwakilkan menghasut seorang manusia). Yang membisikkan ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia. (Surah An-nas ayat 1-7)

Dari ayat ini menerangkan bahawa Syaitan itu adalah terdiri dari golongan Jin dan dari golongan Manusia. Bermakna Kawan yg menghasut kita ke arah kejahatan juga ialah Syaitan. Jadi tidak salahlah rupanya ada orang kita yg bercakap “Kau ni memang Setan laa!!”, ataupun bila terlalu marah ada yg sanggup menyebut “Pergi mampus lah kau, setan!!”

Surah An-nas pendek dan padat. Islam menyuruh kita melindungi diri kita dari syaitan2 yg menghasut ke arah kejahatan. Oleh itu, berawaslah kita dalam berkawan. Janganlah kita bersahabat dengan syaitan. Iblis, jin kafir yg menentang Islam, dan begitu juga dengan orang kafir yg menentang Islam, mereka semuanya bersekutu merosakkan umat Islam, dengan cara halus.

Kita pernah dengar orang pergi jumpa bomoh. Ada bomoh bersahabat dengan jin Islam dan mengamalkan perubatan tradisional cara Islam, dan ada juga yg bersahabat dengan jin kafir, mungkin juga ada perikatan dengan Iblis laknatullah. Bomoh2 yg ini juga adalah syaitan. Moga masyarakat Islam kita sedar.. Membuat perjanjian dengan syaitan pasti membawa mudarat akhirnya nanti. Jauhilah perkara syirik ini.

Aku tidak bersahabat dengan jin. Tapi aku pernah meminta bantuan jin mengurut kaki aku sewaktu aku hampir tidak dapat berjalan lepas kaki, badan lebam2 masa pertandingan silat olahraga 1998 kat pengkalan balak. Alhamdulillah efeknya lebih hebat dari tukang urut. Sifat mereka sama seperti manusia, cuma jin berasal dari api. Jika kita minta pertolongan, InsyaAllah mereka akan tolong. Tetapi jika kita menganggap mereka seperti tuhan, kita tergolong dalam golongan musyrikin. Begitu juga jika kita menganggap seseorang sebagai tuhan. Ianya syirik.

Kenapa aku katakan jin itu sama sahaja seperti manusia? Seperti manusia, mereka dipecahkan kepada 2 golongan, jin Islam dan jin kafir. Dalam jin kafir itu ada golongan Iblis, yg nyata2 mereka berjanji akan menyesatkan manusia dari jalan Islam hingga hari kiamat, kerana jin diciptakan daripada Api, lebih mulia dari manusia yg diciptakan daripada Tanah. Dan dalam jin kafir itu juga, ada jin kafir yg menentang Islam, dan ada jin kafir yg boleh hidup harmoni bersama jin2 Islam yg lain. Tetapi dengan pengaruh jahat Iblis, berkemungkinan kesemua jin2 kafir ini akan menjahanamkan Muslimin.

Manusia juga begitu. 2 golongan, orang Islam dan orang kafir. Dalam golongan kafir itu, ada golongan Nasionalis Yahudi(Zionis), yg nyata2 mereka tidak menerima dan mengakui ajaran yg disampaikan Nabi Muhammad yg bukan dari bani Israel. Mereka berpegang pada kitab Taurat, Zabur, Injil yg diubahkan kandungannya oleh mereka, dan menolak kitab Allah yg terakhir, Quran yg dijamin terpelihara kandungannya sehingga hari kiamat. Dan dalam orang kafir itu juga, ada yg menentang Islam, dan ada org kafir yg boleh hidup harmoni bersama org2 Islam dan hidup dalam negara Islam. Tetapi dengan pengaruh jahat Nasionalis Yahudi, berkemungkinan kesemua org2 kafir ini juga akan menjahanamkan Muslimin.

Jadi nampak tak persamaannya? Kesimpulannya Iblis dan Zionis adalah Syaitan yg nyata. Dan orang2 dan jin2 kafir lain yg dipengaruhi mereka untuk memusnahkan Muslimin juga adalah Syaitan, yg tersembunyi.

Kita sebagai muslimin (org Islam), perlulah menyedari hal ini dan menghalang segala bisikan2 halus Syaitan ke dalam dada kita. A’u zubillahimin as-syaitan irrajim…


Actions

Information

2 responses

2 08 2008
nabihah

ko biar btul?yeke?mcm maner ko bleh mintak tolong die?curious aku…

3 08 2008
Beskal Emas Tua

mintak tolong.. guna telepati la. area pengkalan balak tu memang banyak orang buang “benda” tu kat situ. sampai satu tahap bila waktu malam kita dpt rasa kewujudan dia kat sekeliling.aku tak ingat aku communicate guna hati ke, atau cakap mulut je. tapi aku memang rasa la ada jin yg urut kaki aku. walaupun aku tak nampak.p/s: mungkin ada sesuatu dlm bloodline keturunan aku yg ada kaitan kuat dengan benda2 ghaib ni. moyang aku bela saka harimau putih (sejenis jelmaan jin) dan mungkin keturunannya ada yg boleh communicate, boleh nampak hantu(jin) tu sendiri. Terakhir aku dapat tengok hantu masa umur 7 tahun. Nampak bayang2 hantu je time 13 tahun, dan zaman2 lepas umur 7 tahun tu aku cuma boleh mendengar sahaja kadang2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: