Yahudi

6 07 2008

Ada info baru dari kawan aku. Bukan semua orang Yahudi jahat. Kita bersihkan pandangan kita kepada mereka. Jangan kita dengan lantang menyebut “Yahudi Laknatullah!”, mahupun “Kafir Laknatullah!” Bukan semua Yahudi menentang Islam, dan nyatanya bukan semua kafir menentang Islam.

Sesiapa yg menyakiti kafir yg tidak memusuhi Islam itu, juga menyakiti Rasulullah. Musuh kita bukan Yahudi keseluruhannya, tetapi Zionis. Mereka adalah Nasionalis Yahudi.

Beliau menceritakan pada aku, profesor beliau seorang Israeli. Profesor itu sendiri pernah menolong beliau (seorang Muslim) membuat recommendation letter untuknya mendapat penajaan sewaktu di US. Orang Yahudi yg tidak memusuhi Islam ini kebanyakannya penduduk tetap Israel. Yang lahir dan membesar di situ sebelum kedatangan Yahudi jahat dari Eropah.

Israeli yg pernah hidup harmoni bersama Islam, mereka tahu mereka tidak ditindas oleh Islam. Dan apabila Nasionalis Yahudi dari Eropah ini masuk ke Israel, penduduk asal Israel yg berpemikiran dan bersikap seperti profesor tadi ini jatuh sebagai penduduk kelas kedua, dan Yahudi2 yg bangsat ini yg naik sebagai penduduk kelas pertama, yg menjadi dalang memusnahkan kerajaan Islam.

Bersihkan fikiran kita untuk belajar mengenali bangsa lain. Jangan bias. Dan buatlah pertimbangan dengan sewajarnya. InsyaAllah kita sedang mengikuti ajaran Islam yg sebenarnya.

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” -Al Hujrat, ayat 47


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: