Makanan Halal di Negara Bukan Islam

7 07 2008

Suatu masa ketika aku belajar di sekolah agama, aku nampak satu kecenderungan pelajar2 sekolah agama ini. Mereka (termasuk diri aku sendiri) merasakan diri sendiri mengamalkan ajaran Islam yg 100% betul, dan orang lain di luar sana punya amalan Islam boleh dipertikaikan. Bila dah dewasa sikit, baru aku sedar, Islam itu mudah, Islam itu syumul. Tidak bererti orang yg tidak seperti kamu, dia bukan 100% Islam, mungkin mereka hanya jahil, pimpinlah mereka. >>Baca sedikit cerita menarik berkenaan isu ini di sini<<

Aku tidak lagi seperti mereka. Jika mereka ingin terus begitu, terpulang. Tetapi bila mereka ingin menghentam aku, tidak kena pada masanya, aku akan serang balas.

Bila datang ke Jepun, setiap pelajar diberi panduan mengenai makanan yg halal dan haram. Aku memang mengikuti panduan ini. Setiap makanan yg aku nak beli, aku akan lihat bahan2 yg digunakan di belakang pek makanan. Jika tidak ada kandungan tidak halal, aku menolak makanan2 ini, kerana ia akan menjadi darah daging nanti. Pada aku, panduannya senang sahaja:
1) apabila makanan itu jelas2 pada zahirnya ada kandungan yg haram, jangan makan.
2) kalaupun tidak tertulis apa2 pada makanan itu tentang ada benda2 yg haram, buat pertimbangan sendiri. jika was-was, jangan makan.
3) apabila ada sahabat lain tahu makanan tersebut haram dan disampaikan dgn kita, aku membuat pilihan untuk tidak makan makanan tersebut.

Tetapi bila berada di luar negara, kena dengan situasinya, hukum darurat boleh diguna pakai. Cuba lihat situasi ini dan nilaikan sendiri:

  • Apabila anda lapar dan terlalu penat untuk pulang memasak di rumah, kita memilih untuk makan di kedai. Perlukah kita fikir bahawa pinggan2 itu juga digunakan untuk menghidang makanan dari babi?
  • Apabila menu di kedai tersebut tidak banyak makanan yg boleh dimakan oleh kita, adakah salah kita memilih makanan yg pada pada mata kita melihat ianya bukan dibuat dari unsur yg haram ? (babi / daging dari haiwan yg tidak disembelih dengan halal, dsb) Adakah perlu kita terjah ke dalam dapur mereka dan lihat bagaimana proses penyediannya?
  • Itu kes baik lagi. Aku hidup serumah dengan orang Korea, China, ada yg Islam ada yg bukan Islam. Adakah aku perlu perhatikan dia setiap kali dia memasak dan pastikan masakan terkandung Babi merecik ke alat2 memasak aku atau tidak? Perlukah aku samak setiap kitchenware sebelum aku pakai? Aku dah ingatkan mereka jangan pakai alat2 aku. Selebihnya yg di luar penglihatan aku, aku serahkan pada Allah.

Selama hidup sebagai orang Islam dan lahir sebagai orang Melayu ini, aku dapat melihat satu perkara. Orang Melayu merumitkan agama Islam itu sendiri. Tidakkah kita berasa pelik apabila negara Malaysia yg 60% penduduknya adalah Melayu yg Islam, tidak dapat menarik minat orang yg bukan beragama Islam untuk memeluk Islam, atau sekurang2nya membuka minat mereka untuk mengenali keindahan agama Islam? Dapat hidup harmoni antara orang Islam dan bukan Islam. Kerana pada pandangan mereka, Islam itu susah dan menyekat diri dari menikmati erti kebebasan yg ingin dimilikinya. Jangan kita dengan entengnya cakap, “Mereka tidak diberikan hidayah”. Adakah ia sama seperti, “jika kau diberikan pas masuk (hidayah), kau dibenarkan masuk (syurga)”? Kita tidak boleh berfikir sebegitu. Allah itu maha adil pada sekalian hambaNya..

Cuba kita lihat di negara2 Eropah. Yang majoriti penduduknya Bukan Islam. Kita lihat hari demi hari, jumlah penduduk Islam di Eropah semakin meningkat kerana mereka suka kepada Islam. Islam itu mudah, Islam itu syumul, panduan hidup yg mencakupi segala aspek kehidupan. Sampai peningkatan jumlah penduduk Islam di Eropah menakutkan ahli negarawan, hinggakan ahli parlimen Belanda, Geert Wilders berasa agamanya terancam dan bertindak menerbitkan movie Fitna yg menghina AlQuran?

Islam semakin berkembang hari demi hari. Perubahan cara hidup zaman kini berbanding zaman Rasulullah membuatkan mufti2 sedunia bekerja keras meneliti AlQuran, AsSunnah, disokong dengan kisah2 sahabat Nabi untuk menentukan hukum hakam mengenai sesuatu perkara. Sikap kita orang Melayu, kita cenderung mengeluarkan fatwa yg diri kita rasakan betul, dan fatwa yg kita jatuhkan itu disebarkan pada yg lain. Kalau ianya untuk pertimbangan untuk dirimu, tidak mengapa. Jangan kita menghukum orang lain dengan hukum hakam yg kita jatuhkan pada orang lain.

Orang Islam seperti kita dalam sedar atau tidak, membantutkan perkembangan Islam itu sebenarnya. Imej yg menunjukkan Islam itu agama yg mudah itu dicalarkan.

OKlah, aku tidak mahu bercerita panjang lagi. Sebagai penutup, mari kita sama2 menonton video ceramah oleh Mufti Perlis, DR Mohd Asri bin Zainal Abidin. Semoga kita sama2 dibukakan minda kita. InsyaAllah.

(esok aku nak makan kat kafe sekolah. ada sesiapa mahu join?)


Actions

Information

One response

7 07 2008
tunjot

heheh well said….aku sebenarnye xde masalah langsung dgn org yg suke merumitkankan hidup diorng sindri tp aku stat jd bengang bile diorng mule merumitkan idup aku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: