monolog 7/10

10 07 2008

Bila aku sedang bersantai2 dia rumah, kadang2 aku suka menjengah online diary seorang gadis singaporean melayu, yg sekarang ni masih lagi menikmati zaman remajanya. http://a i d a h-b u r n.livejournal.com/?skip=40 (copy paste kat browser at- your-own-risk. buang semua space yg ada. hahaha)

Pada aku dia kelakar. Cerita segala kejadian menarik yg berlaku dlm blog. Kisah keluarganya dan rakan2nya. Aku bagai dapat merasakan sendiri bagaimana kehidupan seorang melayu muslim di singapura yg kawan2 nye terdiri dari berbilang bangsa melalui kaca mata dia ni. Menarik gak singapura.. negaranya dan juga orangnya..

Dia muslim tetapi dia memandang wanita bertudung itu hipokrit. Selalu buat jokes pasal indian men dgn kawan2. Racist sekali sekala. Seringkali menyalahkan diri dilahirkan sebagai melayu. Ada kawan cina yg lebih faham mengenai budaya melayu, pepatah melayu berbanding dirinya sendiri. Dia ada satu character unik yg mungkin tiada dalam masyarakat Malaysia.

Walaupun isu2 bangsa dibuat modal jenaka, aku nampak mereka di singapura hidup lebih harmoni berbanding kita di Malaysia. Melayu tampak lebih selesa hidup dengan melayu, dan begitu juga dgn bangsa2 lain. Perlukah seseorang itu mengorbankan sedikit nilai2 agama dan nilai2 bangsa untuk bersatu melahirkan satu bangsa Malaysia? Pada aku itu tidak perlu. Ia seperti lumut2 di dalam air. Sama2 bergerak mengikut arus, tetapi berdiri teguhlah di atas akar sendiri.

Mmm.. aku tak berniat nak mengulas tentang perkara ni. Cuma ingin memberitahu yg aku sedang menikmati dan menyelami hidup seorang melayu di seberang Tambak Johor sana. Aku bukanlah sesiapa untuk mengadili orang lain. Terima kasih kepadanya kerana memberi aku satu sudut pandangan yg berbeza.


Actions

Information

One response

2 08 2008
nabihah

ak tak tau lak pasal melayu kat singapore.ak bukan nak ckp aper la tpi ak rase bangse melayu n india mcm tertindas gak kat situ.maybe ak berfikiran cetek.tapi disebabkn ak slalu tgk tv singapore,byk yg ak perasan secara tak lgsung.lgpun singapore tuh sbhgn dr malaya kan dulu tpi dah diasingkn sebab2 sejarah dulu,ntahla aku pun dah tak ingt.aku maybe silap tapi ntah ak saje ckp pasal opinion ak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: