"Selamat Harijadi Proton. Selamat Harijadi Tun Mahathir"

10 07 2008

9hb Julai adalah hari kelahiran Proton. Hari berikutnya 10hb Julai ialah hari kelahiran ayah kepada Proton, Tun Mahathir Mohamad. Pada diri aku, ianya cukup sinonim dengan diriku. 13hb September ialah hari lahirku, dan hari berikutnya 14hb September ialah hari kelahiran ibuku.

Bila aku fikirkan Proton ialah anak Tun Mahathir yg gagal, aku terbayangkan diriku sendiri, adakah aku anak Rusnah Hj Ahmad yg gagal. Pada aku istilah pantang mengalah sebati dengan diri aku. Aku akan buktikan aku bukanlah anak yg gagal. Aku akan buatkan ibuku bangga dengan aku. Bila mengenangkan nasib Proton, tidak boleh tidak, aku rasa aku perlu lakukan sesuatu untuk mengubah nasibnya. Sekiranya aku berpeluang dan kiranya aku mampu.

Kelahiran sulung Proton, Proton Saga hampir seusia denganku. Sejak kecil aku membesar melihat segala kejayaan negara, termasuklah kejayaan Proton. Setiap kali model baru kereta Proton dilancarkan, seluruh rakyat Malaysia duduk di hadapan kaca TV menonton siaran langsung pelancaran kereta2 tersebut. Dalam hati rakyat Malaysia, tiada apa yg dapat menghalang dari melahirkan perasaan bangga melihat satu demi satu kejayaan Malaysia. Bertuah dapat lahir di zaman Tun Mahathir menjadi PM, melihat satu demi satu kejayaan besar yg berjaya ditempa negara.

Kini, Proton bukanlah suatu jenama yg dibanggakan negara. Malah menerima kutukan rakyat Malaysia sendiri di atas kualiti pembuatan dan teknologi yg kurang memuaskan. Sedih melihat nasib Proton sebegitu, namun pemilik kereta Proton ketika itu lebih tahu. Mereka tidak menghentam tanpa sebab.

————————————————————————————————–
Di sini aku nak bercerita tentang kisah dan pendapat peribadi aku. Kenapa aku kurang menggemari kewujudan Perodua dalam industri negara, dan bermulanya azam aku ingin bekerja di Proton. Pada kawan2 yg berada di Perodua, jangan ambil hati. Ini hanya luahan peribadi. Kepada bapak aku yg memiliki Myvi, dan mereka2 yg beli kereta Perodua pun, jangan ambil hati.

Tahun lepas, aku berpeluang menjadi penterjemah bahasa Jepun ke bahasa Melayu (baca: Indonesia) di Kilang Daihatsu, Osaka, Jepun. Aku ditugaskan khusus untuk menterjemahkan buku2, slide powerpoint yg mengandungi manual cara kerja dalam kilang kereta Daihatsu untuk diajar kepada pekerja2 baru di kilang Daihatsu Indonesia. Aku enjoy kerja menterjemah ini, sambil belajar ilmu baru, sambil mengingat balik istilah2 kejuruteraan yg aku belajar dalam subjek Teknologi Kejuruteraan di sekolah sains.

Aku bekerja di dalam pejabat bahagian bisnes Daihatsu luar negara. Segala perbualan mereka aku dengar. Bagaimana mereka bekerja juga lihat, dan aku dapat taiken sendiri(berpengalaman sendiri(?)) Dan lebih seminggu aku bekerja part time di sana, aku dapat rasakan diri aku tidak sesuai kerja dalam environment kerja Jepun. Tidak mungkin kerja di Jepun. Aku boleh stress!!!

Mungkin kewujudan aku di situ banyak memecahkan kesunyian. Kadangkala aku berulang alik dari kerusi ke meja bos untuk bertanyakan istilah2 khas dalam kilang, yg kadang2 hampir semua orang dalam pejabat saling “bertukar2 servis” untuk menerangkan istilah itu hingga aku faham. Begitu juga aku jadi tempat mereka bercerita tentang Malaysia, Indonesia. Dari satu sudut, mereka menceritakan keunikan kedua2 negara ini. Dan dari satu sudut lagi, mereka menggambarkan diri seolah2 seperti “raja” hidup di Malaysia.

Salah seorang antara mereka ialah orang utama yg bertanggungjawab membawa masuk Perodua Myvi ke dalam negara. Model yg memberi keuntungan besar kepada Daihatsu, dan juga model yg menarik perhatian rakyat Malaysia kepada projek otomobil kedua negara itu. Otai2 besar Daihatsu rupa2nya berada di depan mata aku.

Aku ambil peluang melihat data penjualan kereta Perodua. Melihat kejayaan Perodua dalam laptop kilang Daihatsu. Jualan yg memberangsangkan. Otai2 besar ini memang berjaya menjalankan tugas mereka.

Apabila mereka “meeting” bersama, topik mereka hanyalah PROFIT. Setiap parts kereta yg gagal= kerugian. Kereta terjual=keuntungan. Kalau di Jepun, 1 dari 10 enjin sahaja kena reject. Di Malaysia, dari 10 enjin, 4 enjin kena reject. Di Indonesia ketika itu, dari 10 enjin, hanya 1 atau 2 enjin sahaja yg tak kena reject. Dan nyatanya ianya kerugian pada Daihatsu.

Benda yg ingin aku sampaikan di sini, kompeni luar negara mementingkan keuntungan semata2. Dalam masa yg sama aku melihat berapa banyak RM yg mengalir masuk dalam negara mereka, hasil jualan Perodua. Pada aku, ianya bukan sesuatu yg menggembirakan.

Kalau aku ingin bekerja mengerah tenaga untuk mendapat gaji menyara hidup, aku tidak kisah untuk bekerja dengan mana2 syarikat negara mana pun. Tetapi untuk menyumbangkan ilmu, R&D untuk negara lain menyedut keluar RM dari Malaysia, aku tidak mahu. Aku lebih sanggup mencurahkan ilmu yg tidak seberapa ini untuk keuntungan negara sendiri.

Bila melihat orang lain memandang tinggi Jepun, ataupun merasakan hebatnya dapat berada dan hidup di Jepun, pada aku TAKDE MAKNANYE!! Aku mengagumi usaha mereka membangunkan negara mereka, tetapi negara Malaysia juga mampu seperti mereka. Cuma orang kita masih sibuk menjaga hal orang lain hingga kita mengenepikan tujuan dan masa depan kita.

Kalaulah pertandingan carmaker ini seperti pertandingan bola sepak, wakil negara kita, Proton sedang berada dalam tempat antara yg tercorot di dalam liga. Tetapi orang kita masih berminat hendak menyokong team negara lain, walaupun Malaysia masih berada dalam carta perlawanan. Atau mungkin apa salahnya menyokong team kedua Malaysia yg jurulatih pasukan dan tonggak utama pasukannya juga adalah orang luar. Still under brand Malaysia, right?


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: