Pembangunan Modal Insan

12 07 2008

Bukan berniat hendak membicarakan isu politik di sini. Sekadar memberikan pendapat yg ringan2 sahaja.

Pembangunan modal insan yg hendak dibangunkan oleh Paklah apabila dilihat dari satu sudut ianya memang tidak begitu berjaya. Tapi dilihat dari suatu sudut yg lain, apa yg kita saksikan yg berlaku di Malaysia sekarang ini adalah ambang kemuncak pembangunan modal insan tersebut.

Kita dapat lihat sekarang ini, kemahiran intelektual rakyat (bertindak secara rasional, bukan emosi) sedang berkembang pesat, yg mana mereka yg bijak pandai dapat meninggalkan jauh di belakang mereka2 yg kurang bijak. Di mana kebijaksanaan lebih bernilai dari harta kekayaan. Di mana orang yg bijak berfikir lebih tinggi kedudukannya dari orang yg kaya dengan wang ringgit. Kerana duit boleh membuatkan manusia lupa diri, tetapi akal boleh membuatkan manusia sedar dirinya.

Dari pandangan aku, Paklah bukanlah seseorang yg terlalu bijak, tetapi percaturannya yg kurang bijak itu jugalah yg berjaya mencetuskan “spark” dalam hati rakyat untuk kembali menilai sejauh mana kita telah melangkah semenjak merdeka, untuk membuka hati dan minda untuk mempelajari sejarah pembentukan Malaysia. Kemudiannya kita dapat sama2 merancang hala tuju Malaysia.

Kita dapat lihat perbezaan dua “puak” ini. Yang Pandai bertindak secara rasional, menentang percaturan kerajaan Paklah yg salah melalui blog ataupun media2 lain, ataupun menyampaikan secara lisan. Simboliknya kali ini, mereka berpakat memakai “ribon putih”. Dan Yang Kurang Pandai pula bertindak dengan emosi, menyalak dan berapat umum mengikut Anwar dan konco2nya untuk mendapat perhatian.

Orang pendek akal yg bertindak mengikut emosi ini lama2 akan sedar, orang yg “kukuh” kedudukannya seperti Paklah ini bukanlah seorang yg mudah untuk dijatuhkan. Mereka perlu belajar daripada orang yg panjang akal bahawa tindakan yg rasional lebih memberikan momentum yg lebih besar kepada sesuatu perubahan itu.

Mesej yg ingin aku sampaikan ini mudah. Merusuh, membuat huru hara di jalanan, dan segala tindakan emosional yg lain akan mengheret negara Malaysia tercinta kita ke dalam kelompok negara Dunia Ketiga. Orang seperti Anwar Ibrahim akan menggunakan kita sebagai bidak(pawn dlm catur) dalam percaturannya untuk mencapai cita2 peribadinya. Untuk melunaskan dendamnya. Parti DAP pula contohnya, mengambil ruang yg ada ini juga untuk mencapai matlamatnya yg tersendiri. Akhirnya, kita memperjudikan masa depan negara kita ini di tangan mereka2 ini.

Sanggupkah kita mengambil risiko menaikkan satu lagi kroni, membiarkan mereka menstruktur semula sistem pemerintahan negara yg mungkin menyebabkan negara kucar kacir dan rakyat berperang sesama sendiri? Malaysia hendak diberikan “penjenamaan semula” yg kembali memerlukan mungkin 50 tahun untuk rakyat dan Dunia mempercayai “jenama baru” Malaysia itu? Dijenamakan Malaysia di bawah produk Amerika atas dana IMF. Dalam tempoh itu negara huru hara, pelabur asing lari, dan rakyat terhumban dalam kancah kemiskinan. Yang kaya akan terus membolot kekayaan dan yg miskin akan mati kelaparan. Malaysia jatuh ke Dunia Ketiga atas tangan2 kita, dan anak2 kita menyalahkan kita atas kebodohan diri kita..

Sebaliknya, cubalah kita fikirkan tindakan sebahagian besar rakyat Malaysia yg lain mula mengambil pendekatan yg lebih rasional. Menentang dengan fakta yg tepat, hujah dan idea yg bernas. Menentang secara literal dan verbal. Mendesak Paklah supaya berundur. Tindakan menggunakan akal inilah yg akan membawa minda, psikologi ke ke suatu tahap yg lebih tinggi: Daya pemikiran masyarakat negara Maju.

Kesimpulannya, apa yg berlaku sekarang ini juga adalah fasa pembangunan negara dalam mencapai wawasan 2020. Maju dari segi psikologi, dan kerohanian(to be exact, ketatasusilaan). Walaupun kemajuan dari segi pembangunan fizikal dan ekonomi agak kurang memberangsangkan dalam tempoh pemerintahan Paklah, tapi dari segi pembangunan psikologi itu sendiri, rakyat sudah mula berfikir lebih jauh, belajar mengenai kesan buruk atas tindakan pemimpin negara, keburukan kronisme dan korupsi, dan tekanan kerajaan yg semakin mendesak rakyat untuk menjadi seorang survivor. Kita tidak dimanjakan, malah kita ditekan psikologi kita, kemampuan diri kita untuk survive dalam negara yg semuanya “naik”.

Terima kasih PakLah, terima kasih juga kepada Mahathir. Kerana membuka minda rakyat Malaysia. Mungkin ada benarnya Malaysia perlukan 2 tahun lagi untuk mendidik mereka yg bertindak secara emosional ini belajar bertindak selepas berfikir dengan rasional. Membawa daya pemikiran seluruh rakyat Malaysia ke suatu tahap yg lebih tinggi. Harapnya kemajuan dari segi sosial dan kerohanian juga kita dapat kecapi pada 2010. Apa yg berlaku selepas 2010, pembangunan menyeluruh negara Malaysia mungkin tidak dapat disaingi oleh mana2 negara pun di Dunia. Bangsa Malaysia yg Maju dari pelbagai sudut: ekonomi, sosial, kerohanian, mindanya dan budayanya. Malaysia dengan identitinya yg Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

(Aku teringat movie “V for Vendetta”. Ada seorang perempuan yg kena torture, ditekan psikologi dia untuk menjadikan dia orang yg lebih kuat, menentang kerajaan yg zalim dan corrupt)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: