Penulis

3 08 2008

Hari ini, aku dengan rasminya ingin melabelkan diri sebagai seorang penulis. Seorang pelajar di universiti, dan nanti seorang engineer di syarikat, tetapi seorang penulis ketika berseorangan di pondok biru ini. Bukan economist, bukan activist mahupun politician yg mempunyai agenda peribadinya yg tersendiri. Hanya seorang penulis yg menulis mengikut naluri hati dan kewarasan akal.

Pernah tak anda cuba untuk menulis kata2 yg datangnya dari hati anda sendiri? Kadang2 kita termenung jauh untuk menyusun kata2 hati menjadi suatu ayat, dan kadang2 kita hanya duduk diam sahaja memegang pen/keyboard/handphone yg akhirnya tiada suatu baris ayat pun yg terzahir dari hati kita.

Menulis kata hati bukan senang. Boleh mendengar kata hati orang lain? Itu adalah mustahil. Kalaulah kita boleh dengar kata hati orang lain, ada masanya kita boleh mendengar kata hati itu dengan jelas dan terang. Tetapi di kebanyakan masa kita mungkin akan dengar bunyi “bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzztt”, -bermaksud orang itu sendiri tak tahu apa yg hatinya inginkan. Bercampur baur. Tak ke “menyakitkan telinga” camtu?

Penulisan perlukan gabungan logik dari akal, dan jiwa dari hati. Menulis adalah bidang yg mencabar dan menarik pada aku. Ia berbeza dari bercakap. Kalau orang bercakap dan kita tak nak dengar, org yg bercakap akan sakit hati. Bila menulis, orang yg ingin membaca sahaja akan membaca. Tiada siapa akan marah kalau anda tidak membaca.

Mmm.. anda tidak berminat ke untuk cuba menulis? Menulis untuk cuba memahami kata hati sendiri. Jika kita boleh fahami apa yg kita tulis, ini bermakna kita faham apa yg kita cuba sampaikan kepada orang lain. Bermakna bila kita bercakap pun, orang lain boleh faham apa yg kita rasa, yg kita fikir. Bukan kita bercakap panjang berjela tetapi orang yg mendengarnya tidak berminat atau tidak faham sepatah pun.

Aku ingin memberitahu sesuatu. Orang yg positif dan kreatif akan cuba “menulis” cerita hidup mereka, di mana dirinya adalah watak utama, dan orang sekeliling adalah watak2 lain dalam cerita itu. Cerita yg indah akan membawa kepada kehidupan yg indah, you enjoy your life, dan hidup tanpa “menulis” cerita mungkin akan berakhir dalam kehidupan yg linear sahaja hari2, rutin yg sama, mood yg sama. Di mana kemuncak hidup kita, ketegangan dan perleraian hidup kita menjadi sesuatu yg tidak terjangka, dan mungkin boleh berakhir dengan sebuah kegagalan dalam hidup.

Sedar atau tidak sedar, diri kita sedang menulis kisah kehidupan kita yg akhirnya menjadi sebuah “buku” untuk dipersembahkan kepada Allah s.w.t di Akhirat kelak. Pastikan bahawa diri anda akan menjadi penulis yg sentiasa positif, kreatif dan sentiasa berusaha untuk melahirkan sebuah buku kisah hidup anda yg menarik.

Saya doakan kejayaan awak dalam kisah hidup awak.

“Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang, demikian juga ketajaman dan ketangkasan pena itu juga tidak dimiliki oleh semua insan. Bahkan ramai yang fasih lidahnya, tidak lancar pula penanya.”-Dr Mohd Asri


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: