Another story of me, Malay and Proton

4 08 2008

Baru2 ni ada lagi orang berkata pada aku, “Laa.. Proton ke.. kenapa x kerja tempat lain yg offer gaji 3k ke atas?” Bunyinya seolah2 Proton ni kompeni yg ntahapahapa, dah nak bankrap, dsbnya.Itu terpulang kepada individu. Waima mak aku sendiri pun menunjukkan rasa kesal bila aku telah menolak tawaran dari Panasonic, bila melihat deretan kilang Panasonic di sepanjang jalan antara Kansai Airport ke rumah aku di Kobe.

Aku masih ingat lagi mak aku pernah sangsi dengan kebolehan aku untuk survive di luar negara. Aku terima ia sebagai suatu cabaran, dan akhirnya aku dapat menunjukkan peningkatan dalam diri. Cabaran yg kadang2 membuatkan diri aku tidak lagi mengenali diri aku yg dulu.

Secara jujurnya, Melayu memerlukan cabaran dari luar dan keazaman dari dalam diri untuk terus berjaya dan berjaya. Sejarah hidup orang2 Malaysia hebat yg pernah aku jumpa membuktikan teori ini. Ada antara mereka diherdik, dipandang hina ketika di Malaysia, dan mereka mengambil inisiatif untuk keluar negara demi mencipta kejayaannya sendiri. Ada juga antara Melayu2 ini sampai tidak mahu pulang ke tanahair untuk berkhidmat kepada negara yg masih dicintai hanya kerana tidak selesa hidup bersama orang2 Melayu yg fikirannya negatif dan masih berada di takuk lama.

Kepada warga Malaysia di tanah air, aku ingin bercerita. Kembara aku ke sana sini dalam Jepun ini menemukan aku dengan ramai lagi warga Malaysia yg telah berjaya, dan yg selainnya mempunyai potensi besar untuk masa depan negara. Bersyukur aku berpeluang bertemu mereka, berkongsi idea. Bersyukur juga kerana Malaysia ada rakyat seperti mereka. Positive and ambitious.

Mungkin kepada bekas rakan sekelas atau rakan sekolah masih ingat, betapa berapinya kata2 aku dulu untuk memberi ruang supaya aku dicabar dalam peperiksaan. Ada juga yg sendirinya rasa tercabar bila aku yg suka main dan tidur dalam kelas kemudiannya dipuji guru subjek2 Sains dan Kejuruteraan. Aku suka mencipta atmosfera sebegitu. Kerana pada aku cabaran dan keazaman sahaja yg mampu membawa bangsa Melayu jauh ke hadapan. Dan sekarang aku gembira melihat kejayaan di atas keazaman dan usaha mereka.

Melayu berbakat dan kreatif. Cuma keazaman yg diiringi usaha itu yg kurang. Orang Malaysia umumnya tahu duduk bercakap dan menunding jari kepada orang lain atas sesuatu kegagalan atau kesilapan. Cuba tanya kepada diri sendiri, apa yg kita sedang buat? -duduk. Apa yg kita buat untuk menghadapi masalah? -nothing. Get up and do your work la!!

Selama ini aku bekerja, menyimpan duit seolah2 aku ini orang yg gila kumpul harta. -itu bukan aku, dan bukan itu niat aku. Aku menyimpan niat untuk melakukan sesuatu yg boleh membuatkan warga Malaysia lain senyap dari asyik komplen, tutup mulut dari berkata negatif, dan bekerja untuk masa depan sendiri dan masa depan negaranya.

Aku nak highlightkan perkara ini: Aku nak berkerja dengan Proton untuk warga Malaysia yg sentiasa memandang rendah produk negara sendiri tutup mulut. Mungkin aku takkan jadi kaya kalau aku bekerja dengan Proton, tapi aku akan berpuas hati yg tidak ternilai dengan wang ringgit jika rakyat Malaysia tutup mulut dan buat kerja masing2. Aku juga ingin highlightkan lagi satu perkara: Negara2 penjajah tu bukanlah hebat sangat. Negara mereka kaya kerana dahulu mereka rompak hasil bumi negara2 yg dijajah. Beras yg nenek moyang kita tanam dirompak dan diberi makan anak2 mereka, yg kemudiannya anak2 mereka membesar dan mencipta lagi kekayaan di atas orang2 seperti rakyat negara kita yg memandang tinggi negara mereka hingga kini.
What The Fish!!!

Kini aku yg membesar beberapa tahun ini dengan memakan beras negara mereka and beras thai also. Apakah yg mungkin aku buat? Cakap besar tarak guna kan. I must get up and do my work! Itu baru betul kan..


Actions

Information

One response

22 10 2008
syA desuyo!!☆

“Aku nak berkerja dengan Proton untuk warga Malaysia yg sentiasa memandang rendah produk negara sendiri tutup mulut.”aku setuju!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: