monolog 8/6

6 08 2008

Kerja menjadi tukang cuci bilik hotel dah jadi rutin harian. Hari ini dalam demam selsema aku masih bekerja. Menyebabkan aku amik lebih banyak masa untuk siapkan 1 bilik untuk total 16 bilik semuanya. Pinggang sakit. Tanda2 penuaan. huhuhu. Kesian my partner semalam. Sebaliknya dia yg cakap kat aku, “Gomen ne, osoku natte” (Maaf ye, jadi lambat (sebab kitorg ada miss cuci satu bilik dan kitorg pusing balik untuk buat bilik tu)). Aku hanya senyum kelat je. Sebab aku yg sebenarnya punca semuanya jadi lambat.

Aku nak bercerita. Waktu mencuci bilik, tiba2 ada seorang tetamu dari India cakap pada my partner. Muka my partner kelam kabut, tercari2 aku. “You can enter my room, number 1419 (to clean)”. Itu je yang makcik tu nak cakap je pun. Kelakar bila tengok partner aku kelam kabut mcm tu.

Bila kami masuk bilik makcik Indian ni, dalam selsema pun aku masih dapat bau satu aroma yg pasti membuatkan kita tahu, itu bilik seorang Indian. I’m kinda miss this smell actually. Because I didn’t come back to Malaysia for more than a year. It’s a pure Indian aroma.

Ada benda yg paling menakjubkan yg ingin aku ceritakan sebenarnya. Di India, mereka menggunakan charger bateri yg palamnye jenis 2 mata bulat. Di Jepun guna palam 2 mata leper. Tak boleh masuk kan palam tu dalam soket. Jadi apa yg makcik (atau mungkin suami dia) tu buat, dia cabut kabel pot air panas, pasang palam kabel itu ke soket, dan terminal satu lagi yg bersambung dengan pot itu ada 2 lubang soket mata bulat, yg muat2 je masuk palam 2 mata bulat charger baterinya itu.

Tak terkata kagumnya aku pada kreativiti dan skil ala2 Mc Gyver makcik/pakcik ni. Walaupun aku belajar engineering, kepala aku ini tidak akan terlintas untuk buat perkara2 sebegitu. Aku kira ini sebagai bakat.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: