Keadilan dan ketamadunan

10 08 2008

Jika dilihat dalam senario hidup di Jepun, orang Jepun sering tertanya-tanya, 「正義ってどこにあるのか」yg bermaksud “Di manakah letaknya keadilan?”. Suatu ketika waktu aku pernah melewati bangunan Public Security Intelligence cawangan Kobe, tertera satu slogan di atas bangunan tersebut yg lebih kurangnya bermaksud “Anda adalah Hakim pada orang sekeliling anda”. Aku berasa pelik dengan slogan itu dan bertanya kepada Chief Intelligent Officer nya mengenai kewajaran slogan itu. (Kami baru keluar makan bersama). Dan dia tanpa ragu2 mengulangi slogan itu pada aku seolah2 slogan itu tiada kesilapannya. Aku masih terpinga. Tugas hakim ialah menegakkan keadilan dan kita adalah hakim pada orang di sekeliling kita?

Berbalik kepada soalan. Keadilan itu sebenarnya terletak kepada orang2 yg bertamadun. Tamadun dalam bahasa Inggeris ialah civillization, dari kata asal civil, merujuk kepada peradaban. Di Jepun mereka mempunyai tamadun Jepun, yg mana dibina oleh orang2 Jepun terdahulu mengenai cara hidup kesopanan dan kesusilaan, corak pemikiran dan sikap. Dan mereka macam semut, mengikut garis panduan itu dan tidak pernah keluar dari garis panduan itu. Ini tipikal orang Jepun. Pada mereka yg tidak mengikut garis panduan itu, mereka berada di pihak yg salah. Dan rakyat biasa boleh menjadi hakim untuk mengadili perkara2 sebegini.

Kita besarkan ke skop dunia. Di mana letaknya keadilan? Dengan pertembungan pelbagai tamadun, tamadun terkuat akan dijadikan rujukan utama. Tatkala ini Tamadun Barat berkuasa, dan pertembungan 2 tamadun besar dunia, Barat dan Islam berlaku. Dunia meletakkan keadilan berada di tangan Barat. Barat terus menerus ingin menghapuskan ketamadunan Islam dan mewujudkan New World Order, yg merupakan penolakan kepada kewujudan tamadun Islam yg sebahagian orangnya kini masih lagi berfikiran mereka perlu mengangkat pedang untuk menegakkan keadilan. Di manakah kini letaknya tamadun Islam yg gemilang suatu masa dahulu? Ianya terletak pada tangan-tangan kita sebagai Muslim. Adakah kini pedang (atau keris dalam konteks Malaysia) dijulang untuk menegakkan Islam? Salah.

Pada zaman kegemilangan Islam dahulu, para ilmuwan Islam telah menjelajah bidang Sains dan Teknologi. Sehingga mereka mempunyai teknologi menghasilkan pedang yg kuat dan tajam hingga berupaya mematahkah pedang2 dan menembusi perisai2 tentera Salib. Itu adalah antara peranan para ilmuwan Islam pada waktu itu. Tetapi zaman kini bukan lagi zaman mengangkat pedang mahupun apa jua jenis senjata. Pemikiran yg kuat dan tajam lebih berkuasa dari sebilah pedang. Ilmuwan Islam perlu menggunakan ilmu dan menyumbang buah fikiran dalam membangunkan daya fikir Muslimin yg lain selaras dengan trend ketamadunan zaman kini. Bersama menyumbang ke arah penghasilan teknologi yg menaik taraf hidup manusia dan menyumbang ke arah keharmonian dunia. Barulah tamadun Islam boleh berada di tahap yg lebih tinggi dan tamadun dunia lain memandang tinggi ketamadunan kita.

Menurut Samuel P. Huntington, saintis politik yg menerbitkan teori “Pertembungan Tamadun”, beliau membahagikan dunia kepada 13 tamadun, dan Malaysia termasuk dalam negara bertamadun Islam. Cuba kita lihat sendiri negara kita. Adakah Malaysia meletakkan keadilan itu di atas tangan2 orang2 yg berperadaban Islam? Ada antara kita mengenepikan hukum Islam dan keadilan itu diletakkan di atas tangan2 Melayu yg tamakkan kuasa, menyalahgunakan kuasa, dan kerajaan yg korup. Dunia melabelkan kerajaan Srivijaya sebagai kerajaan yg korup. Melaka jika diteliti sejarahnya juga kerajaan yg korup ketika pemerintahan Sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Syah yg masih muda dan tidak matang. Dan mahukah kita jatuhnya negara Malaysia ini dengan sebuah kerajaan yg korup? Sejarah ingin memberitahu kita sesuatu, terpulang sama ada kita ingin mendengarnya atau tidak.

Cuba kita labelkan Malaysia, Melayu dengan Ketamadunan Melayu. Keadilan ditegakkan oleh orang2 berperadaban Melayu. Apakah mungkin hasilnya?

Bila dunia Islam sudah bersatu membangunkan ketamadunan Islam, adakah kita mahu menyisihkan diri untuk mewujudkan Tamadun Melayu? Islam datang kepada masyarakat Arab Jahiliyah untuk menjadikan mereka manusia bertamadun. Dan Islam telah datang kepada Melayu, adakah kita mahu menjadi jahil (bodoh sombong) dan masih ingin berpegang kepada corak pemikiran dan sikap Melayu?

Mari kita pelihara kesopanan dan kesusilaan Melayu kita dan terima ketamadunan Islam untuk mengubah corak pemikiran dan sikap kita. Kita boleh menyesuaikan budaya Melayu dalam acuan Islam, tetapi bukan menyesuaikan Islam dalam acuan Melayu. Kerana Islam yang menjadi garis panduan kita, bukannya budaya Melayu yg dijadikan panduan. Terimalah juga ketamadunan Buddha, Hindu, Jepun dan lain2 yg baik dan tidak bercanggah dengan Islam. Malaysia akan gagah, dan Melayu juga akan gagah bukan sahaja di Nusantara, malah di Dunia. Keadilan terletak di tangan mereka yg bertamadun dan merekalah yg sepatutnya berada dalam tampok kepimpinan negara.

(artikel ini bukan bermaksud aku sokong PAS dan bukan aku menentang UMNO. ketepikan fahaman politik dan perdalamkanlah fahaman agama dan kita fahami erti di sebalik ketamadunan itu sendiri.)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: