Insan yg patuh dan tidak bersoal.

15 08 2008

Mungkin entri kali ini ada berkait dengan isu yg sedang berlaku di Malaysia. Mungkin ada yg berasa sensitiviti mereka tersentuh dengan apa yg aku ingin perkatakan. Kepada mereka, aku mintak maaf. Untuk tidak menghabiskan membaca entri ini adalah dialukan.

Manusia sejak dilahirkan mereka dididik oleh orang tua mereka dan alam sekeliling mereka tentang mempercayai sesuatu kepercayaan. Dan tidak hairan jika melihat ramai antara kita masih berpegang dengan apa yg mereka percaya.

Dari segi politik, sejak kecil lagi persekitaran mendidik kita untuk percaya apa badan politik yg sekeliling mereka percaya. Jika dilahirkan di pantai barat Malaysia, mereka diasuh supaya taat dan bersyukur dengan pemerintahan BN yg ada sekarang. Dan yg lahir di pantai timur, ada antara mereka sampai mengatakan kerajaan sekarang ini adalah kerajaan yg kafir. Dan contohnya apabila seorang ingin berkempen untuk undi PAS kepada seorang pengundi BN, si pengundi BN siap tunggu di hadapan rumah sambil duduk mengasah parang, sebagai simbol penolakan. Perkara ini biasa berlaku di kawasan kampung2. Mereka percaya apa yg mereka percaya itu betul, dan menolak segala cubaan org lain untuk mengubah kepercayaan mereka. Mereka ini patuh dan tidak bersoal.

Dari segi agama, kita dibesarkan dengan agama (yg Melayu nya dengan beragama Islam), dan kita terus membesar dengan agama, budaya, cara hidup yg diterapkan kepada kita sejak kecil. Yang kita tahu agama kita agama terbaik dan kita tidak berminat langsung hendak mengetahui agama lain. Kita patuh dan yakin pada agama kita dan kita tidak bersoal.

Kita cuba lihat tamadun2 dunia terdahulu. Di zaman itu, manusia hanya patuh dan setia kepada raja. Dan ada raja diangkat sebagai tuhan. Mereka patuh akan peraturan/ tatacara hidup sebegitu dan tidak mempersoalkan apa pun.

Persoalan aku: Adakah masyarakat zaman kini perlu menjadi seorang yg patuh dan tidak bersoal seperti mereka yg hidup pada zaman2 terdahulu?

Aku seorang yg patuh tetapi aku bersoal. Tidak kiralah apa isu pun, aku bersoal dalam hati. Kerana bila bersoal baru manusia menggunakan akal untuk berfikir. Banyak persoalan bermain dalam kepala aku bila suatu isu timbul. Kenapa kerajaan bertindak macam ini untuk menyelesaikan masalah itu. Kenapa aku memilih Islam sebagai agama aku. Kenapa manusia berfikir begini bukan begitu. Dan akhirnya aku berpuas hati dengan hasil pemikiran aku kerana aku mendapat jawapan untuk setiap perkara.

Perkara terbesar antara isu2 itu ialah kenapa aku memilih Islam sebagai jalan hidup aku. Dulu ya, aku patuh mengamalkan ajaran Islam dan tidak mempersoal. Tetapi bila aku datang ke Jepun, orang Jepun sering bertanya kepada aku, kenapa tidak boleh makan babi, kenapa kena sembahyang 5 hari, kenapa kena puasa, kenapa untuk jihad Islam lakukan terrorism, kenapa negara yg percaya Allah adalah negara2 yg masih mundur, kenapa perempuan Islam pakai tudung, kenapa aku sanggup kerugian banyak nikmat dunia (arak, makanan, perempuan) demi menjaga agama, dan banyak lagi kenapa2 yg lain.

Bukankah itu soalan yg menyentuh sensitiviti seseorang yg sensitif? Tetapi aku boleh memberi jawapan kepada setiap soalan itu. Soalan2 yg menguji aqidah aku sendiri sebagai umat Islam, yg kemudiannya membuatkan aku lebih yakin bahawa Islam adalah satu2nya jalan yg benar untuk berjaya di dunia dan di akhirat.

Warga Dunia masih mempunyai banyak persoalan yg ingin ditanyakan kepada kita sebagai orang Muslim, kenapa dan mengapa kita memilih Islam. Adakah kita hendak membiarkan mereka terus tertanya2 dan dibiarkan terus dalam kegelapan mencari hala tuju hidup yg sebenar? Adakah kita hendak membiarkan dunia memandang hina kepada negara2 Islam yg dianggap extremist, terrorist, penggugat keamanan dunia sedangkan anggapan itu silap? Di manakah tanggungjawab kita sebagai seorang muslim kepada mereka? Adakah kita hendak menjadi Insan yang patuh dan tidak mempersoalkan apa2 mengenai agama kita?

Bila kita bersoal, kita mencari jawapan. Dan bila kita dapat jawapan, kita hendaklah menyampaikan jawapan itu kepada mereka yg masih tercari2 jawapan itu. Cukuplah sekadar mereka memahami, walaupun hidayah itu tidak diberikan kepada mereka.

Bila kita memilih untuk tidak memberi ruang kepada segala bentuk persoalan terhadap agama kita, mungkin kerana kita masih rapuh dengan apa yg kita pegang. Kita tidak yakin untuk berbahas mempertahankan pendirian kita. Kamu takut kamu kalah? Jadi kamu memilih untuk mengelak dari memperbahaskannya.

Ramai antara kita yg hanya bijak berbicara di kedai kopi. Jika usul mereka itu menggunakan akal dan tidak hanya ringan mulut bercerita, mereka boleh membahaskan usul itu di Parlimen dan satu negara mendengar usul itu. Itu lebih berharga dari cakap kosong yg tidak menggunakan akal.

Apapun, aku kagum pada wakil forum dari UIA yg berbahas bagi pihak agama Islam untuk forum terbuka mengenai Islam baru2 ini. Beliau yakin dengan pendirian beliau sebagai seorang muslim dan mewakili muslim membincangkan mengenai isu2 yg mungkin sensitif pada Melayu yang lain. Allahuakbar walilla ilham.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: